13 Fakta Menarik Tentang Gegar Vaganza (GV)

Fakta Tentang GV Gegar Vaganza

Gegar Vaganza (GV) merupakan satu program realiti nyanyian yang tidak asing lagi di dunia seni hiburan negara.

Mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan para peminat tempatan, rancangan terbitan Astro ini menyaksikan seramai 12 peserta yang terdiri daripada penyanyi profesional lama dan berpengalaman berentap di pentas untuk meraih gelaran juara.

Rancangan kesukaan rakyat Malaysia ini kini kembali buat musim keempat mulai 29 Oktober 2017 dan dibawa secara langsung setiap Ahad menerusi Astro Ria 104 tepat jam 9.00 malam.

GV4 kali ini menampilkan barisan artis seperti Liza Hanim, Syura, Ferhad, Lan, Hazami, Elyana, Aqasha, Aishah, Raja Azura, Haida Hafiz, Firman Siagian dan Tia Jinbara.

Program yang bermula sejak 2014 ini telah mengangkat nama Ayai Ilusi sebagai juara GV1, Siti Nordiana (juara GV2) dan Azharina (juara GV3).

Sebelum menutup tirai beberapa minggu lagi, penulis kongsikan 13 trivia menarik Gegar Vaganza buat tatapan para pembaca dan penggemar setia program ini. Take a look!

1. Sepanjang empat musim, GV kini mempunyai seramai 48 alumni (para peserta) sejak diperkenalkan empat tahun yang lalu.

2. Tahukah anda, GV1 pernah ditayangkan secara rakaman sebelum disiarkan secara langsung mulai musim kedua sehingga hari ini. Pertama kali disiarkan dikaca televisyen mulai 16 November 2014.

3. Selain Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, pihak produksi turut menggunakan Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor sebagai sebagai lokasi program. Lokasi GV yang paling kerap digunakan adalah Dewan Auditorium MBSA iaitu selama tiga musim.

4. Masih lagi mengekalkan pengacaranya iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sejak musim pertama.

5. Dalam sejarah GV, seramai tiga juri profesional (juri tetap) diberi mandat untuk menilai vokal dan persembahan para peserta iaitu Dato’ Ramly MS (GV 1 hingga GV 4), Dato’ Khatijah Ibrahim (GV1 hingga GV3) dan Hetty Koes Endang (GV4).

6. Bukan sahaja juri tetap, GV turut mengundangkan selebriti terkenal tanah air selaku juri undangan seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Yusof Haslam, Mamat Khalid, Ning Baizura dan ramai lagi. Setakat artikel ini ditulis, juri jemputan yang paling banyak diundang ke program ini adalah Mamat Khalid, Datuk Yusof Haslam dan Datuk M.Nasir.

7. GV4 pada kali ini turut membuka penyertaan bintang dari negara luar iaitu Firman Siagian (Indonesia) dan Ferhad (Singapura).

8. Pihak produksi juga memperkenalkan kuasa imuniti yang dipegang oleh Datuk Seri Vida mulai GV2 bagi menyelamatkan bintang-bintang yang tersingkir untuk kembali berentap. Antara bintang yang pernah mendapat imuniti adalah Acong SweetChild (GV2) dan G-Mie (GV3).

9. Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom adalah satu-satunya bintang yang menarik diri daripada bertanding sepanjang sejarah GV.

10. Terdapat banyak lagu yang didendangkan lebih dari sekali oleh bintang-bintang di pentas GV sepanjang empat musim ini. Antaranya lagu nyanyian Judika berjudul Aku Yang Tersakiti dialunkan oleh Intan Sarafina dan Fazli Zainal (pada minggu keempat GV3) serta Elyana dan Aepul Drama Banda (pada minggu keempat GV4) manakala lagu Rindu Serindu Rindunya daripada kumpulan Spoon dipersembahkan oleh Firman Siagan (pada minggu kedua GV4) serta Nizam Laksamana (pada minggu keenam GV2).

11. Bintang-bintang GV1 dan GV2 bergabung tenaga menjayakan Konsert Mega Gegar Vaganza yang telah diadakan pada 15 hingga 17 Januari 2016 di Istana Budaya (IB).

12. Selain Pamoga selaku penaja utama, rancangan santai ini juga pernah ditaja oleh Digi, KFC, Power Cat dan Adabi.

13. Diatas kejayaan luar biasa GV, Astro turut memperkenalkan program Gema Gegar Vaganza (GGV) yang bersiaran di saluran Astro Oasis 106 mulai April 2017 dimana disertai oleh 10 bintang yang terdiri daripada kumpulan nasyid dan penyanyi-penyanyi kerohanian terkenal tanah air. Rancangan ini dikendalikan oleh Siti Nordiana, Achey Bocey dan Fikry Ibrahim sebagai pengacara program.

azlan-150x150 13 Fakta Menarik Tentang Gegar Vaganza (GV)

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Fakta Disebalik Gegar Vaganza #Fakta Gegar Vaganza #fakta tentang rancangan gegar vaganza #Gegar Vaganza #Gegar Vaganza 2017 #gegar vaganza 2017 kepala bergetar #gegar vaganza 2017 live #gegar vaganza 2017 minggu 1 #gegar vaganza 2017 minggu 2 #gegar vaganza 4 2017 #gegar vaganza kepala bergetar #gegar vaganza musim 4 #Gegar Vaganza wiki apa yang menarik Gegar Vaganza #GV 2017 #konsert Gegar Vaganza #peserta gegar vaganza 4 #Trivia Disebalik Gegar Vaganza #Trivia Menarik Gegar Vaganza

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.