4 Perkara Menarik Mengenai Telefon Pintar Paling Canggih Keluaran Google. Google Pixel 2 & Google Pixel 2 XL

Google Pixel 2 & Google Pixel 2 XL

Pada 4 Oktober 2017, Google telah melancarkan telefon pintar tercanggihnya iaitu Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL.

Meskipun memiliki spesifikasi yang sama, kedua-dua telefon pintar ini turut mempunyai pelbagai perbezaan lain seperti reka bentuk, warna dan harga yang dikenakan di pasaran.

Seperti iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X, smartphone Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL juga mendapat sambutan yang luar biasa dari para peminat gajet dan teknologi.

Dipetik dari portal Teen.Co.Id, penulis senaraikan 4 trivia menarik tentang Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL buat tatapan pembaca. Check it out!

1. Guna Android Oreo

Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan sistem operasi Android terbaharu yang dikenali sebagai Android Oreo atau Android 8.0. Terdahulu, terdapat telefon pintar keluaran Google yang menggunakan Android Oreo iaitu Google Nexus. Bagaimanapun, Google Pixel 2 dan Google Pixel XL akan tampil lebih eksklusif disebabkan mengandungi filtur Always On Display yang boleh dihidupkan secara langsung.

2. Tidak Pakai Sim Kad

Salah satu kecanggihan Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL adalah mereka telefon pintar pertama yang tidak menggunakan kad Sim dimana memperkenalkan kaedah eSim bagi mengesahkan semua akaun pengguna.

Jika pengguna ingin mencuba menggunakan eSIM bolehlah melanggan Project Fi iaitu operator rangkaian maya mudah alih (mobile virtual network operator) yang menawarkan perkhidmatan telefon, SMS dan internet.

Namun, kedua-dua telefon pintar ini masih menyediakan slot nano sim untuk para pelanggan yang maaih mahu menggunakan kad sim konvesional.

3. Reka Bentuk & Warna

Google Pixel 2 didatangi dengan tiga warna iaitu Clearly White, Kinda Blue dan Just Black manakala Google Pixel 2 XL hadir dengan dua warna sahaja iaitu Just Black dan Black & White.

Selain tahan air dan debu, kedua-dua smartphone ini diserlahkan lagi dengan fungsi fingerprint scanner, prosensor Snapdragon 835, RAM 4 GB serta ruang simpanan sehingga 64 GB dan 128 GB.

Malah, telefon-telefon ini mempunyai kamera depan 8 megapixel dan kamera utama 12 megapixel. Saiz skrin bagi Google Pixel 2 adalah 5 inci manakala Google Pixel 2 XL pula berukuran 6 inci dengan paparan bezel-less.

4. Harga

Harga bagi Google Pixel 2 64 GB adalah USD 649 dan Google Pixel 2 128 GB pula dikenakan USD 749. Sementara itu, Google Pixel 2 XL 64 GB bernilai USD 849 manakala Google Pixel 2 XL 128 GB berharga USD 949.

azlan-150x150 4 Perkara Menarik Mengenai Telefon Pintar Paling Canggih Keluaran Google. Google Pixel 2 & Google Pixel 2 XL

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Google Pixel 2 & Google Pixel 2 XL #smartphone 2017 #Smartphone Google Pixel 2 & Google Puxel 2 XL #Smartphone Keluaran Google 2017 #Telefon Pintar Google Pixel 2 & Google Puxel 2 XL #Trivia Menarik Google Pixel 2 & Google Pixel 2 XL

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.