Cara Pemakanan Sunnah Rasulullah S.A.W

Cara Makan Islam

Berikut merupakan amalan pemakanan sihat mengikut sunnah Rasulullah S.A.W;

  • Rasulullah S.A.W tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging dan ayam.
  • Rasulullah S.A.W melarang meminum susu bersama cuka.
  • Rasulullah S.A.W tidak makan ikan bersama daun salad.
  • Rasulullah S.A.W tidak makan ikan bersama daging.
  • Rasulullah S.A.W tidak makan ikan bersama telur.

  • Rasulullah S.A.W tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya baginda memakan buah-buahan sebelum menjamah makanan berat tersebut.
  • Rasulullah S.A.W akan tidur sejam selepas makan tengahari.
  • Rasulullah S.A.W melarang manusia untuk meninggalkan makan malam kerana tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
  • Dalam Kitab Al-Quran juga menerangkan kita tidak digalakkan untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.
  • Rasulullah S.A.W juga melarang manusia makan terlalu banyak. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.
  • Rasulullah S.A.W sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah sukar untuk mendapat penyakit.
  • Rasulullah S.A.W juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan. Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.

  • Rasulullah S.A.W juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
  • Rasulullah S.A.W juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
  • Berdoa sebelum dan selepas makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan.
  • Mulakan menjamah makanan dengan tangan kanan.
  • Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
  • Jangan disisakan sebutir nasi atau bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT.
  • Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamah hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin.

  • Rasulullah S.A.W juga meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah atau Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.
  • Makan beramai-ramai di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W yang harus diikuti.
  • Apabila berpuasa, ketika makan sahur, digalakkan sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa perlu dimulakan dengan memakan manisan terlebih dahulu seperti buah kurma.
Loading...

Tags: #amalan sunnah #amalan sunnah nabi #amalan sunnah rasulullah #makan ikut cara sunnah #makanan #tabiat makan

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Leave a reply "Cara Pemakanan Sunnah Rasulullah S.A.W"