Petua Menghilangkan Parut Dengan Mudah

Petua Menghilangkan Parut Dengan Mudah

Parut terjadi kerana pertumbuhan kolagen yang berlebihan dan cepat terbentuk akibat proses penyembuhan luka secara semulajadi. Kolagen terdiri daripada sekumpulan protein yang wujud secara semulajadi dan membentuk komponen utama tisu-tisu penghubung. Kehadiran parut sangat merunsingkan fikiran sesetengah orang kerana dapat menjejaskan penampilan lebih-lebih lagi terdapat parut di bahagian wajah.

Parut dapat dibezakan dengan tiga jenis iaitu parut luka biasa, parut atrofi dan parut keloid. Parut luka biasa akan kelihatan meradang dan gelap pada awalnya, kemudian menjadi leper dan tidak terlalu ketara serta meninggalkan kesan parut yang nipis. Parut atrofi biasanya wujud di bawah permukaan kulit. Contoh parut ini adalah seperti parut jerawat atau parut cacar air. Parut keloid pula ialah parut akibat terkena api. Parut keloid adalah parut yang timbul di permukaan kulit. Parut ini boleh merebak melebihi kawasan yang luka dan juga akan terus membesar dan muncul semula walaupun telah dibuang.

Terdapat beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan untuk menghilangkan parut seperti berikut :

  • Beras, kunyit hidup dan bawang putih

Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar ketiga-tiga bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan sapu dengan rata di bahagian berparut. Biarkan sehingga kering dan gosokkan perlahan-lahan seperti anda sedang memakai skrub. Kemudian, bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang memuaskan.

  • Kulit kayu manis

Ambil kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Bancuhkan serbuk yang telah lumat tersebut dengan bedak sejuk dan tuangkan sedikit air. Setelah sebati, sapu rata di bahagian yang berparut. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga parut beransur hilang.

  • Jagung

Sediakan jagung muda dan parutkan jagung sehingga lumat dan sapukan pada daerah kulit yang ber parut. Lakukan setiap hari atau sekerap mungkin sehingga kesan parut tersebut pudar.

  • Kacang hijau

Sediakan segenggam kacang hijau dan tumbuk sampai hancur sehingga menjadi serbuk. Kemudian,campurkan dengan sedikit air. Akhir sekali,sapukan ramuan tadi pada bahagian yang berparut. Amalkan sekerap yang boleh.

  • Kulit pisang

Kulit pisang juga berkesan untuk menghilangkan kesan parut. Gosokkan tempat parut tersebut setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

  • Biji asam jawa

Ambil biji asam jawa dan gorenglah tanpa menggunakan minyak kira-kira lima minit. Kemudian,ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Apabila serbuk tersebut keluar titiskan sedikit air dan gosokkan pada parut.

  • Asam jawa

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Tetapi jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

  • Daun lidah buaya (Aloe Vera)

Ambil sehelai daun lidah buaya. Kemudian belahkan kepada dua dan ambil lendirnya. Sapukan lendir tersebut pada bahagian tubuh yang berparut sebanyak dua kali sehari dan biarkan ia sehingga kering. inshaAllah, parut anda akan beransur pudar.

IMG_20171206_114610-150x150 Petua Menghilangkan Parut Dengan Mudah

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #cara hilangkan parut luka #cara menghilangkan parut di muka dengan cepat #cara menghilangkan parut hipertrofik #cara menghilangkan parut kudis #hilangkan parut #hilangkan parut jerawat dalam masa 3 hari #jenis-jenis parut #parut #Parut atrofi #parut keloid #petua hilangkan parut jahitan #petua hilangkan parut luka #petua hilangkan parut melecur #petua semulajadi #petua semulajadi hilangkan parut

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.