Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmara

Putri Najuwa

Putri Najuwa mula dikenali selepas drama Dari KL Ke Queenstown

drama-Dari-KL-Ke-Queenstown-e1500669232856 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai AsmaraSinopsis drama : Saiful Bahrin, anak tunggal Hasnah yang hidup serba kekurangan ke kota Queenstown, New Zealand bagi meneruskan cita-citanya. Hadirnya di sana membuka suatu lembaran baru, bertemu dan berkenalan dengan pelajar Malaysia yang lain iaitu Lily, Sofia, Mimi dan Baby.

Drama ini membawa penonton mengembara bersama kelompok pelajar Melayu yang nilai timurnya kian lenyap, Saiful bertekad untuk menyelami gaya hidup pelajar itu satu persatu. kehadiran Lily John, membakar semangatnya untuk mengharungi segala kepayahan hidup di kota asing itu. Sifat riang dan prihatin Lily menjadikan mereka lebih akrab, dan tentunya menceriakan kehidupan Saiful. Tanpa diduga, satu perbalahan hebat tercetus antara Saiful dan Sofia apabila mereka ditemukan dalam sebuah pertemuan tidak dirancang di Lapangan Terbang Christchurch.

Sofia Tarodin yang sememangnya dikenali dengan sifat kasar, angkuh dan terlampau kebaratan menerbitkan perasaan kurang senang di hati Saiful. Pastinya, Sofia yang liar dan gemar bersosial menimbulkan lebih banyak prasangka buruk pada Saiful yang bersifat lebih pendiam, serius dan fokus. Daripada Sofia, Saiful berkenalan dengan Baby dan Mimi, teman dan sahabat paling rapat Sofia.

Keakraban Baby dan Mimi tentunya kerana mempunyai hobi yang sama, mengambil kesempatan dan gemar mempermainkan hati pelajar lelaki lain di Universiti Canterbury. Tiga sahabat karib ini sering kelihatan berlegar-legar di kelab malam bagi memenuhi masa lapang mereka. Juga dikecam dengan pelbagai permasalahan hidup, ketiga-tiga gadis ini dilihat memberontak dan berani melakukan apa saja bagi kepuasan hidup masing-masing.

Drama hebat ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Eizlan Yusoff (sebagai Saiful), Intan Ladyana (Sofia), Efa Nareesha (Mimi), Tengku Putri Najwa (Lily), Dian P Ramlee (Hasnah), Ahmad Tamimi Siregar (Datuk Tarodin), Almy Nadia (Illa), Abdul Rashid Jaafar (Pak Long) dan ramai lagi.

Watak Tasya dalam drama Dawai Asmara

  • Judul Drama : Dawai Asmara
  • Siri : 20 Episod
  • Tarikh Siaran : 9 Mac 2016
  • Siaran : Slot Azalea TV9
  • Pengarah : Azma Aizal Yusoof / Aidilfitri Mohamed Yunos
  • Penerbitan : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

gambar-drama-Dawai-Asmara-TV9-e1500669285790 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai AsmaraSinopsis drama : Mengisahkan Hashim seorang bapa yang memanjakan anaknya yang bernama Natasya. Hashim telah membelikan seutas rantai dan sebentuk cincin emas untuk Natasya sempena harijadinya yang ke 3 tahun. Rosmah tidak begitu bersetuju dengan cara Hashim membesarkan anak mereka. Dia merasakan seolah Hashim terlalu memewahkan hidup Natasya.

Rosmah juga menyayangi Natasya, tetapi dia tidak mahu mengukur kasih sayangnya dengan nilai kebendaan. Hal ini tidak pedulikan oleh Hashim  yang mahu membuat apa sahaja untuk kehidupan anak tunggalnya. Dalam kejadian lain, Ziana pula dihalau oleh ibu bapanya dari rumah mereka selepas melahirkan seorang anak luar nikah. Tiga tahun berlalu, Shahir yang pernah berjanji akan bertanggungjawab, tidak pernah muncul untuk mengakui Amira sebagai anak mereka. Tidak sanggup lagi menerima cemuhan orang kampung, ibu bapa Ziana mahu Ziana membawa anaknya pergi jauh dari kampung.

Drama hebat ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Emelie Hanif, Zoey Rahman, Faiez Affandi, Wanny Mustahfah , Sherie Merlis, Mahmud Alibashah, Zalfa Zin, Kamal Ibrahim, Amanda Hariz, Alesha Hariz, Kamal Ibrahim, Fathimah Az Zahra, Elya Miera Ismail

 

 

Watak Pelakon :

  • Hanna Aqeela sebagai Maya
  • Tengku Putri Najuwa sebagai Tasha
  • Emelie Hanif sebagai Shiera
  • Zoey Rahman sebagai Fareez
  • Wanny Mustahfah sebagai Nabihah
  • Kamal Ibrahim as ayah adam
  • Amanda Hariz sebagai Natasya
  • Alesha Hariz sebagai Amira

Lagu tema / OST Dawai Asmara

  • Lagu : Sesaat Cuma, Penyanyi : Toy
  • Lagu : Tak Pernah Penyanyi : Menyerah, Dayang Nurfaizah
  • Lagu : Tetap Aku Rindu, Penyanyi : Aina Abdul
  • Lagu : Tak Mungkin, Penyanyi : Sarah Fazny
  • Lagu : Hidayahmu Penyanyi : Ippo Hafiz
  • Lagu : Dihukum Cinta Penyanyi : Azharina feat Min Yasmin
  • Lagu : Harapan Itu Penyanyi : Azharina feat Min Yasmin
  • Lagu : Titipan Kasih Penyanyi : Alyah feat Min Yasmin

Biodata Putri Najuwa

Nama Penuh : YM Tengku Putri Najuwa bt. Tengku Yusof

Nama Popular : Putri Najuwa atau Wawa

Tarikh  Lahir : 13 November 1986

Umur : 30 tahun (2016)

Asal : Pekan, Pahang

Keturunan : Darah campuran

Agama : Islam

Warganegara : Malaysia

Kerjaya : Pelakon

Populariti : Lakonan dalam drama Dari KL Ke Queenstown dan Dawai Asmara

Drama : Waris Kasih, Playboy Itu Suami Aku, Panggilan Rayyan, Dari KL Ke Queenstown, Bohsia, Ahmad Albob, Dawai Asmara, Mr Secret Admirer (HyppTV)

Lagi fakta mengenai Putri Najuwa

  • Putri Najuwa adalah anak kepada bekas model dan pemenang Dewi Remaja 1985 iaitu Tengku Anis Ismail.
  • Putri Najuwa pernah mempunyai konflik dengan Julia Ziegler berkenaan hal peribadi.
  • Putri Najuwa sedang bercinta dengan seorang lelaki yang merupakan bekas kekasih pelakon wanita lain.
  • Putri Najuwa adalah bekas kekasih Shaheizy Sam suatu ketika dahulu sebelum perkahwinan dengan pasangannya Syatilla Melvin.

http://www.mynewshub.cc/artis/hanya-puteri-najwa-bekas-kekasih-saya-shaheizy-sam/

Laman Sosial Putri Najuwa

Gambar menarik Putri Najuwa

gambar-mata-putri-najuwa-300x300 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmaragambar-pelakon-putri-najuwa-300x300 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmarawajah-sebenar-putri-najuwa-e1476711866461-300x300 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmarapelakon-drama-Dari-KL-Ke-Queenstown-300x300 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmara

pelakon-drama-melayu-putri-najuwa-300x300 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmara putri-najuwa-Mr-Secret-Admirer-HyppTV-300x300 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmara gambar-puteri-najuwa-pakai-tudung-300x300 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmara gambar-selfie-puri-najuwa-300x300 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmara pelakon-cantik-putri-najuwa-300x300 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmara gambar-pelakon-putri-najuwa-1-300x300 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmara

logo-150x150 Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmara

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmara

Loading...

Tags: #bekas kekasih shaheizy sam #biodata putri najuwa #drama putri najuwa #gambar tengku putri najuwa #koleksi gambar putri najuwa #lagu ost dawai asmara #pelakon dawai asmara #pelakon drama dari KL ke queenstown #pelakon jelita putri najuwa #pelakon putri najuwa #profil putri najuwa #sinopsis drama dari KL ke queenstown #sinopsis drama dawai asmara

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Berkenalan Dengan Putri Najuwa Pelakon Drama Dawai Asmara"