Ariana Grande, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!

Biodata Ariana Grande Wallpaper

Who doesn’t love Ariana Grande. Berbekal suara merdu, vokal yang mantap dan memiliki rupa paras cun melecun, nama Ariana atau mesra disapa Ari mekar mewangi ke seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Mengenengahkan irama pop dan R&B, kekasih hati kepada rapper popular, Mac Miller ini sangat terkenal dengan lagu-lagunya iaitu Dangerous Women, Everyday, Into You, Focus, Problem dan banyak lagi.

Menariknya, lagu-lagu nyanyian figura kelahiran Florida, Amerika Syarikat ini berjaya menguasai carta pertama muzik di televisyen dan radio di seantero dunia.

Di samping aktif menyanyi, bintang Nickelodeon ini berbakat besar dalam bidang lakonan. Rancangan komedi seperti Victorious serta Sam & Cat melonjakkan namanya di persada seni lakonan ketika usia meningkat remaja.

Jangan buang masa, jom kita baca 5 trivia menarik mengenai Ariana Grande ini.

1. Bermula Dengan Teater Kanak-Kanak

Sebelum bergelar penyanyi tersohor antarabangsa, Ariana memulakan kerjaya seninya dengan membintangi teater kanak-kanak. Teater pertama yang dilakonnya adalah Fort Lauderdale dengan memegang watak sebagai Annie. Pada tahun 2008, dia berlakon dalam teater muzikal The Wizard Of Oz dan Beauty and The Beast.

2. Mempunyai Alahan

Walaupun namanya diilhamkan menerusi dari salah satu watak dari filem Felix The Cat, Ariana mempunyai alahan teruk pada kucing. Selain kucing, bekas kekasih kepada Big Sean ini juga alergi pada pisang.

3. Dog Lovers

Meskipun alergi pada kucing, Ariana merupakan pencinta anjing atau dog lovers. Pelantun lagu Side By Side ini mempunyai lebih 5 ekor anjing peliharaan. Antara nama anjing belaannya adalah Coco, Cinnamon, Ophelia, Toulouse, Fawkes dan Sirius Black.

4. Jaguh Tiru Suara Artis

Penyanyi muda ini pernah mencipta fenomena di dunia seni hiburan antarabangsa seketika apabila berkebolehan meniru suara artis popular seperti Britney Spears, Celine Dion, Shakira dan Christina Aguilera. Malahan, Celine Dion turut memuji kebolehan meniru suara bintang berusia 24 berkenaan. Hebat bukan!

5. Mempunyai Ramai Pengikut Di Media Sosial

Pernah disenaraikan sebagai 100 orang paling terpengaruh di dunia pada tahun 2016 oleh majalah Time, Ariana kini berada di tempat kedua mempunyai pengikut Instagram paling ramai di dunia iaitu seramai 110 juta follower selepas Selena Gomes (123 juta follower).

Biodata Ringkas Ariana Grande

Nama Penuh: Ariana Grande-Butera
Nama Komersil: Ariana Grande
Tarikh Lahir: 26 Jun 1993
Umur: 24 Tahun (2017)
Asal: Florida, Amerika Syarikat
Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon
Kelab Peminat: Arianators

Album: Your Truly (2013), Christmas Kisses (EP, 2013), My Everthing (2014), Love Me Harder (EP, 2014), The Remix (2015), Christmas & Chill (EP, 2015) dan Dangerous Women (2016).

Lagu: Side By Side, Focus, Everyday, Dangerous Women, Into You, Bang Bang, One Last Time, Break Free, Beauty And The Beast, Problem, Love Me Harder, Research, Almost Is Never Enough, Best Mistake dan banyak lagi.

Drama/Filem/Teater: Sam & Cats, Victorious, Winx Club, Snowflake The White Gorilla, Snow White Christmas, Swindle, Scream Queen, Zoolander 2 dan banyak lagi.

Anugerah & Pencapaian:
Artist Of The Year di American Music Awards (AMA) 2016, Favorite Pop/Rock Female Artist di AMA 2015 Breakthrough Artist Of The Year di Music Business Association 2014, Young Influencer Awards di iHeartRadio Music Awards 2014, Rising Star di Billboard Women In Music Awards 2014, Favorite TV Actress di Nickelodeon Kids’ Choice Awards 2014 dan banyak lagi.

Media Sosial Ariana Grande

Gambar Menarik Ariana Grande

ariana_grande-wallpaper-wide-300x300 Ariana Grande, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! Ariana-Grande-wallpaper-for-windows-7-300x300 Ariana Grande, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! beauty-girl-Ariana-Grande-1280x1024-300x300 Ariana Grande, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! best-ariana-granade-header-background-300x300 Ariana Grande, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! best-photo-ariana-grande-300x300 Ariana Grande, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! red-background-ariana-grande-300x300 Ariana Grande, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!

azlan-150x150 Ariana Grande, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Ariana Grande #ariana grande 2017 #ariana grande age #ariana grande instagram #ariana grande songs #ariana grande tour #ariana grande twitter #ariana grande wiki #ariana grande youtube #Biodata Ariana Grande #foto ariana grande #Kenali Ariana Grande #menarik tentang ariana grande #Trivia Menarik Ariana Grande

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.