Biodata Emelie Hanif, Aktres Drama Dendam Aurora

Biodata Emelie Hanif, Aktres Drama Dendam Aurora

Sedar atau tidak, aktres bernama Emelie Hanif telah bergelumang dalam bidang seni lakonan selama sembilan tahun.

Namun begitu, namanya masih lagi pudar dan tidak dikenali oleh para peminat tempatan meskipun sudah berlakon pelbagai drama dan telefilem Melayu.

Walaupun tidak sepopular Bella Dally, dan Zulin Aziz, bintang kelahiran Pilih Kasih (musim pertama) ini tetap memperjuangkan bakat yang dikurniakan kepadanya.

Terkini, anak jati Ipoh, Perak ini telah membintangi drama bersiri berjudul Dendam Aurora yang disiarkan di Astro Prima dan Astro Maya HD mulai 25 Julai 2017 lalu.

Memegang watak sebagai Marzia, drama 100 episod ini turut dijayakan oleh Nabila Huda, Ungku Ismail, Mia Nasir, Shah Iskandar dan Octavia Manrose.

Jom kita berkenalan dengan wanita berusia 27 tahun ini.

Biodata Ringkas Emelie Hanif

Nama Penuh: Puteri Emelie Norfarihin Mohd. Hanif
Nama Komersil: Emelie Hanif
Tarikh Lahir: 2 Ogos 1990
Umur: 27 Tahun (2017)
Asal: Ipoh, Perak
Kerjaya: Pelakon & Usahawan
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Dendam Aurora, Anakku Diva, Suamiku Encik Sotong, Memori Cinta #3, Seharum Mawar, Dawai Asmara, Akadku Yang Terakhir, Kopi Sentul Mocha Santorini, Cinta Iris, Dengan Mu Aku Berpaut, Bila Hati Berbicara, Lima Kali Cinta, Nota Untuk Sang Awan dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Emelie Hanif

Trivia Menarik Emelie Hanif

  • Si manis ini merupakan dua pupu pelakon cantik jelita, Fathia Latiff.
  • Housemate dan BFF kepada pelakon dan penyampai radio Suria.FM, Zulin Aziz.
  • Mempunyai kedai makanan dan minuman di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak Selatan menghala ke arah Kuala Lumpur.
  • Fanatik dengan drama-drama dari Korea Selatan (K-Drama).
  • Mengidolakan primadona filem Melayu klasik, Allahyarhamah Siput Sarawak dalam bidang seni lakonan.
  • Mengidam watak aksi dan lasak seperi Angelina Jolie dalam filem Lara Croft.
  • Pernah menjayakan sebuah teater berjudul Dara Ka Janda yang diarahkan oleh Nina Fazurina.
  • Memiliki lebih 30,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Menarik Emelie Hanif

Aktres-Drama-Dendam-Aurora-300x300 Biodata Emelie Hanif, Aktres Drama Dendam Aurora emelie-hanif-pic-300x300 Biodata Emelie Hanif, Aktres Drama Dendam Aurora emelie-hanif-300x300 Biodata Emelie Hanif, Aktres Drama Dendam Aurora Foto-Menarik-Emelie-Hanif-300x300 Biodata Emelie Hanif, Aktres Drama Dendam Aurora Trivia-Menarik-Emelie-Hanif-300x300 Biodata Emelie Hanif, Aktres Drama Dendam Aurora wajah-emelie-hanif-Aktres-Drama-Dendam-Aurora-300x300 Biodata Emelie Hanif, Aktres Drama Dendam Aurora

azlan-150x150 Biodata Emelie Hanif, Aktres Drama Dendam Aurora

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Emelie Hanif #Drama Dendam Aurora Astro Prima #Emelie Hanif #emelie hanif instagram #Emelie Hanif Pelakon Drama Dendam Aurora #Emelie Hanif Pilih Kasih Musim Pertama #emelie hanif profile #Emelie Hanif Profiles #emelie hanif umur #Images for Emelie Hanif #Kenali Emelie Hanif

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.