Manfaat Luar Biasa Air Kelapa Kepada Kesihatan!

Manfaat Air Kelapa Muda

Rasanya, tiada sesiapa yang tidak menyukai air kelapa lebih-lebih lagi ketika musim panas.

Selain air putih, cecair ‘ajaib’ dari kelapa muda ini sangat digemari dari kanak-kanak hinggalah golongan dewasa tanpa mengira usia, jantina dan bangsa.

Tidak dinafikan, air kelapa memiliki 1001 khasiat baik yang terkandung di dalamnya selain menghilangkan rasa dahaga dan menyegarkan tubuh badan.

Ingin tahu manfaat disebalik air kelapa kepada kesihatan manusia? Jom semak artikel dibawah. Keep scrolling!

1. Bantu Turun Berat Badan

Buat anda yang masih lagi bergelut untuk menurunkan berat badan, apakata mengamalkan meminum air kelapa dimana sangat kaya dengan nutrien yang boleh meningkatkan metabolisme tubun badan manusia.

Malah, air kelapa memiliki kalori yang rendah dan boleh membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Oleh itu, meminum air kelapa sebelum makan mampu menurunkan nafsu makan anda.

2. Kurangkan Tekanan Stress

Stress boleh terjadi kepada sesiapa sahaja di dunia ini. Persoalannya, bagaimanakah kaedah untuk mengurangkan tekanan ini?

Kalau nak tahu, khasiat Vitamin B Kompleks dalam air kelapa mampu mengurangkan tekanan stress yang dihadapi anda. Di samping itu, air kelapa juga mengandungi Magnesium yang menjadikan anda lebih tenang dan menjauhkan diri daripada tekanan.

3. Menghidratkan Kulit

Tahukah anda, kekurangan air di dalam badan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan organ lain untuk berfungsi dengan lancar sekaligus menyukarkan proses pembuangan toksik daripada tubuh kita semua.

Amalan meminum air kelapa secara rutin tidak hanya untuk menghidrat dan melembapkan kulit tetapi membantu menyahtoksik serta menggantikan mineral yang hilang dari tubuh badan anda. Bahkan, merawat kulit kering dan kasar yang mencacatkan penampilan anda.

4. Meningkatkan Memori

Masalah seringkali lupa bukan sahaja terjadi pada golongan dewasa atau warga emas malah turut berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Siapa sangka, air kelapa boleh meningkatkan memori kita semua.

Kandungan Asid Amino dan Asid Glutamat disebalik air kelapa memberikan manfaat untuk membantu kita mempunyai ingatan yang lebih kuat. Mulai hari ini, jangan pandang rendah terhadap khasiat yang terdapat pada air kelapa ini.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #efek samping air kelapa #Ingin Tahu Manfaat Air Kelapa Untuk Kesihatan? manfaat air kelapa muda hijau #Kebaikan Air Kelapa #Kebaikan Air Kelapa Kepafa Manusia #Ketahui Manfaat Minum Air Kelapa Selama 2 Minggu #Manfaat Air Kelapa #Manfaat Air Kelapa Bagi Kesihatan Tubuh #Manfaat Air Kelapa Buat Kesihatan Manusia #manfaat air kelapa muda bagi kesuburan #manfaat air kelapa muda bagi pria #Manfaat Air Kelapa Wajib Anda Ketahui #Manfaat Kandungan Air Kelapa Hijau #Perubahan Tubuh Setelah Minum Air Kelapa Setiap Hari

Ini Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih!
Adakah anda sedang hadapi masalah yang banyak hingga menyebabkan rezeki itu lambat datang?
Punca Suami Berubah Hati. Para Isteri Wajib Baca!
Apabila bergelar seorang isteri, sudah pasti setiap wanita mahu untuk menjadi seorang isteri
Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya
Hidup ini ada kalanya memang menyesakkan. Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan
Contoh Format Membuat Surat Aduan Kepada Agensi Kerajaan
Surat-menyurat adalah salah satu daripada kaedah komunikasi yang diguna pakai secara meluas sehingga

Comments are closed.