Iklan Palsu Dan Tidak Jujur. Ini Panduan Tindakan Yang Boleh Diambil Oleh Pengguna

Iklan Palsu Dan Tidak Jujur. Ini Panduan Dan Tindakan Yang Boleh Diambil Oleh Pengguna

Kita sering melihat dan mendengar iklan yang berbunyi, ‘Beli satu percuma satu’, ‘Diskaun sehingga 70%’, ‘100% original’, ‘Pil pelangsingan badan dan anda boleh turun berat badan dalam masa 2 minggu’ dan banyak lagi. Kebanyakan pengiklan membuat kenyataan palsu atau mengelirukan, semata-mata untuk mendorong seseorang pengguna untuk melakukan kesilapan dalam membuat keputusan untuk membeli.

Iklan dalam konteks ini termasuklah yang berupa ucapan, tulisan, bunyian atau gambar yang diterbitkan melalui pempameran, penggunaan media cetak, seperti surat khabar, majalah atau bahan-bahan bercetak, seperti katalog dan senarai harga, pertunjukan filem, gambar atau penggunaan medium elektronik, seperti radio, televisyen atau telekomunikasi atas talian.

Apa yang tidak diketahui oleh orang ramai ialah risiko yang bakal mereka hadapi di sebalik harga yang ditawarkan terlalu murah. Begitu juga dengan promosi yang ditawarkan, seperti ‘Beli satu, percuma satu’ serta diskaun yang terlalu tinggi oleh penjual yang menjual barangan tersebut.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima banyak aduan mengenai iklan yang ditawarkan oleh penjual yang tidak jujur. Antara aduan tersebut ialah barang yang diiklankan tidak wujud, barang tersebut berkualiti rendah, menjual barang yang palsu, penjual tersebut tidak dapat dikesan selepas pembayaran dibuat, dan produk tersebut tidak berkesan seperti yang dijanjikan.

Sebagai contoh, ‘Kulit akan menjadi putih dalam masa 2 minggu dan sekiranya tidak berkesan, wang pengguna akan dikembalikan’. Apabila pengguna cuba menghubungi penjual tersebut, mereka gagal untuk mendapatkan kembali wang yang telah dibayar untuk produk tersebut.

Berikut merupakan kes sebenar yang diterima oleh NCCC:

“Pengguna dijanjikan barangan percuma untuk setiap pembelian seperti yang diiklankan dan kos penghantaran adalah percuma di laman sesawang. Tetapi realitinya, pengguna terpaksa membayar kos penghantaran, cukai dan sebagainya. Apabila pengguna menghubungi penjual tersebut, mereka hanya diberikan janji kosong bahawa wang mereka akan dikembalikan.”

Panduan Kepada Pengguna Terhadap Iklan Palsu Dan Penipuan

Pengguna harus tampil membuat aduan mereka sekiranya mereka mendapati wujudnya iklan yang palsu dan mengelirukan. Pengguna harus mengetahui bahawa iklan yang palsu atau mengelirukan adalah salah di sisi undang-undang. Pengiklan, sama ada pengeluar, agensi pengiklanan, media dan pihak lain yang terlibat dalam pengeluaran iklan tersebut, boleh dikenakan tindakan.

Semua iklan palsu atau mengelirukan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda antara RM50,000 hingga RM1 juta, dan penjara antara tiga hingga lima tahun.

Aduan dan Tindakan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna (KPDN-HEP) telah menubuhkan Jawatankuasa Pengiklanan, khususnya untuk melindungi pengguna yang berhadapan dengan masalah seperti ini. Peruntukan baru ini bertujuan untuk memantau iklan-iklan palsu atau mengelirukan pengguna.

Pengguna juga boleh membuat aduan kepada NCCC melalui laman sesawang www.nccc.org.my / myaduan@nccc.org.my dan juga kepada Jawatankuasa Pengiklanan di e-aduan@kpdnkk.gov.my atau melalui laman sesawang, http://e-aduan.kpdnkk.gov.my.

Pengguna haruslah berhati-hati semasa membuat sebarang pembelian berdasarkan iklan yang dikemukakan. Buat penyelidikan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mengetahui sama ada syarikat tersebut berdaftar atau tidak.

Pembelian tiket secara atas talian pula akan menambahkan tekanan kepada pengguna jika mereka tidak menyimpan resit-resit pembelian. Hal ini disebabkan pengguna tiada bukti yang dapat dikemukakan untuk membuktikan tuntutan mereka. Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan resit pembelian untuk membuat tuntutan terhadap syarikat yang terbabit.

Rujukan :

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Ringgit Edisi 72

Loading...

Tags: #Aduan iklan palsu #aduan pengguna yang ditipu dalam jual beli #akta pengguna #Akta Perlindungan Pengguna 1999 #beli satu percuma satu #cara nak buat aduan produk tipu #fake news #hak pengguna #iklan palsu dan mengelirukan #mangsa iklan palsu #mangsa penipuan iklan #NCCC #panduan pengguna #penipuan dalam jual beli online #penipuan iklan perniagaan #penipuan iklan wang akan dikembalikan #produk tipu #produk tipu pengguna #pusat khidmat aduan pengguna nasional #tindakan mangsa iklan palsu dan mengelirukan

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Masalah dan Punca Wanita Sukar Hamil
Ketidakupayaan untuk hamil atau sukar hamil disebut sebagai masalah kesuburan atau ketidaksuburan. Kemandulan
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Leave a reply "Iklan Palsu Dan Tidak Jujur. Ini Panduan Tindakan Yang Boleh Diambil Oleh Pengguna"