Kenali Brian Chen, Deejay Radio Suria.FM & Host CJ Wow Shop

Kenali Brian Chen, Deejay Radio Suria.FM & Host CJ Wow Shop

Memulakan tugas di Suria.FM sejak 2015, nama Brian Chen kini sebaris dengan penyampai-penyampai radio popular negara seperti AG Selamat, Fizie, Johan dan Radin.

Anak jati Johor ini mengendalikan segmen Menu Suria yang berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat mulai 10.00 pagi hingga 1.00 petang yang membicarakan tentang menu seimbang gaya hidup sihat, tips kekeluargaan, soal jawab agama dan sebagainya.

Pada hari Ahad pula, figura berbangsa Cina ini menerajui konti menerusi slot Inspirasi Suria (6.00 pagi-8.00 pagi) dan Jom K-Pop (8.00 pagi-9.00 pagi).

Tidak hanya bergelar deejay radio, pemuda yang mesra disapa Abang Brian ini juga aktif mengacarakan sesebuah program.

Selain rancangan masakan seperti Chef Adik dan Menu Kita Walla, lelaki berusia 31 ini mengacarakan program jual beli secara talian iaitu CJ Wow Shop yang disiarkan di saluran televisyen dibawah Media Prima.

Untuk pengetahuan para pembaca, Abang Brian adalah finalis top 8 rancangan masakan, MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama.

Jom intip ringkasan biodata dan trivia menarik figura berbintang Aquarius ini.

Biodata Ringkas Brian Chen

Nama Penuh: Brian Chen Tzee Yuuen
Nama Komersil: Brian Chen
Nama Panggilan: Abang Brian
Umur: 31 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 3 Februari 1986
Zodiak: Aquarius
Asal: Batu Pahat, Johor
Adik Beradik: Anak sulung daripada dua beradik
Kerjaya: Penyampai Radio, Pengacara & Chef Selebriti
Status: Single
Agama: Buddha
Bangsa: Cina
Warganegara: Malaysia

TV Host: CJ Wow Shop, Chef Adik & Menu Kita Walla.

Laman Media Sosial Brian Chen

Trivia Menarik Tentang Brian Chen

  • Sebelum menyertai program MasterChef Selebriti Malaysia, Abang Brian bekerja sebagai seorang akuantan.
  • Mempunyai Diploma dalam masakan dan pastri serta Ijazah Sarjana Muda dalam perakaunan dan kewangan.
  • Kini, melanjutkan pelajarannya di peringkat Master di Open University Malaysia dalam jurusan pendidikan.
  • Boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa Perancis.
  • Merupakan salah seorang pemilik, pendidik dan pengetua di Young Chef Academy (YCA) yang terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Sekolah memasak kanak-kanak telah ditubuhkan sejak enam tahun lalu.
  • Mengeluarkan buku masakan buat kanak-kanak berjudul Cooking With Kids-Abang Brian. Ini adalah buku masakan ketiga sepanjang bergelar seorang chef.
  • Pernah tercalon sebagai Penyampai Radio Meletop dan Program Radio Meletop di Anugerah Meletop ERA (AME) 2017.
  • Turut muncul dalam program realiti membuat kek iaitu Semanis Fondant bersama-sama Datuk Fazley Yaakod, Chef Adu Amran, Chef Emelda dan ramai lagi.
  • Abang Brian juga berkongsi pelbagai tips kulinari, kesihatan dan kekeluargaan di laman webnya sendiri iaitu www.abangbrian.com.
  • Mempunyai lebih 90,000 pengikut di Facebook dan lebih 30,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Kenali Brian Chen, Deejay Radio Suria.FM & Host CJ Wow Shop

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Abang Brian #agama brian masterchef #Biodata Abang Brian #Biodata Brian Chen #biodata brian masterchef malaysia #biodata chef brian chen #Brian Chen #brian chen agama #Brian Chen DJ Radio Suria.FM #Brian Chen Host CJ Wow Shop #brian chen instagram #brian masterchef malaysia profile #Kenali Brian Chen #Suria.FM

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.