Biodata Hez Hazmi, Penyanyi Lagu Aku Mula Rindu

Biodata Hez Hazmi, Penyanyi Lagu Aku Mula Rindu

“Aku mula rindu rindu dalam hati, Aku jika sayang sayang sepenuhnya, Jangan engkau pergi jangan engkau jauh dari hati…”

Itulah bait-bait lirik lagu Aku Mula Rindu dinyanyikan oleh pendatang baharu bernama Hez Hazmi.

Lagu bergenre balada ini semakin meniti di bibir para peminat dan menjadi halwa telinga apabila seringkali dimainkan di corong-corong radio tempatan.

Untuk info, single ini dicipta sepenuhnya oleh Hez atau nama lengkapnya Muhammad Hazmi Nadzim Hamdan.

Paling menarik, lagu Aku Mula Rindu turut menjadi lagu tema untuk drama bersiri Duda Pujaan Dara yang dibintangi oleh Kamal Adli dan Zahirah MacWilson yang ditayangkan di slot MegaDrama di Astro Ria 104 beberapa bulan lalu.

Terdahulu, nama anak kelahiran Kuala Lumpur ini dikenali menerusi lagu pertamanya iaitu Setiaku.

Bukan sahaja aktif menyanyi, jejaka berusia 25 tahun ini juga mahu memperluaskan bakatnya dalam bidang pengacaraan dan lakonan.

Apakata kita berkenalan lebih dekat dengan penyanyi serba boleh ini.

Biodata Ringkas Hez Hazmi

Nama Penuh: Muhammad Hazmi Nadzim Hamdan
Nama Komersil: Hez Hazmi
Umur: 25 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 10 Februari 1992
Zodiak: Aquarius
Asal: Cheras, Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Kerjaya: Penyanyi, Komposer Penulis Lagu & Pengacara
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Aku Mula Rindu & Setiaku.

Host: Joox Punya Talk Show & Jom Pi Karaoke.

Laman Media Sosial Hez Hazmi

Trivia Menarik Tentang Hez Hazmi

  • Sebelum bergerak secara solo, Hez pernah menganggotai kumpulan nyanyian yang dikenali sebagai #tag (Hashtag) bersama Akira Shukri di bawah label KRU Music.
  • Antara lagu kumpulan #tag adalah My Crush dan Hey Kamu.
  • Graduan Diploma Sains dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis.
  • Selepas KRU Music, Hey kini bernaung di bawah syarikat rakaman baharu, Jewel Sounds di bawah bimbingan komposer dan penerbit muzik, DJ Fuzz.
  • Hezzers adalah nama kelab peminat Hez Hazmi.
  • Selain menyanyi, figura ini turut berbakat besar dalam penulisan lirik lagu. Beliau juga menghasilkan lirik lagu buat penyanyi baharu seperti Eleena Harris berjudul Lelaki Korea dan Azren Bakri (Cinta Luar Biasa).
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakan, Kajang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sg. Long.
  • Peminat tegar bola sepak dan penyokong setia pasukan Liverpool.
  • Di samping bermain gitar, Hey juga boleh menyanyi rap dan menari.
  • Pernah tercalon sebagai top 5 Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017.
  • Mempunyai lebih 50,000 pengikut di Instagram dan lebih 20,000 pengikut di Facebook miliknya.
azlan-150x150 Biodata Hez Hazmi, Penyanyi Lagu Aku Mula Rindu

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #aku mula rindu #Biodata Hez Hazmi #Hez Hazmi #hez hazmi instagram #hez hazmi lagu #hez hazmi lirik #Hez Hazmi Penyanyi Lagu Aku Mula Rindu #hez hazmi profile #hez hazmi wikipedia #Kenali Hez Hazmi #Penyanyi Lagu Aku Mula Rindu #Profil Hez Hazmi #siapa hez hazmi

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.