Kenali Sangeeta Krishnasamy, Pelakon Wanita Terbaik Filem ASK 2017

Kenali Sangeeta Krishnasamy, Pelakon Wanita Terbaik Filem ASK 2017

Boleh dikatakan 2017 menjadi tahun terbaik buat bintang filem Adiwiraku, Sangeeta Krishnasamy.

Mana tidaknya, figura yang mesra disapa Sangeeta ini memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2017 menerusi filem berkenaan pada 3 November lalu.

Tidak itu sahaja, anak jati Kuala Lumpur ini turut dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2017 dan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-29 bagi filem yang sama.

Sekadar info, si cantik manis ini memulakan karier seninya sejak 2009 dimana beliau banyak membintangi drama, telefilem dan filem Tamil Malaysia dan Kollywood (India Selatan).

Selepas mendapat respon positif daripada para peminat dan penggiat seni tempatan, Sangeeta ingin memperluaskan pengaruhnya di industri seni Melayu dek menerima pelbagai tawaran lakonan drama dan telefilem berbahasa Melayu.

Jom kita berkenalan dengan Sangeeta yang fasih bertutur bahasa Tamil, Inggeris dan Melayu ini.

Biodata Ringkas Sangeeta Krishnasamy

Nama Penuh: Sangeeta Krishasamy
Nama Panggilan: Sangeeta
Umur: 32 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 12 Oktober 1985
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon, Pengacara & Model
Agama: Hinddu
Bangsa: India
Warganegara: Malaysia

Drama/Telemovie: Oh My English: Level Up, Last Change, Mounam, Unarvu, Natpugal Pirivathillai, Natpu Natpu, Netru Illatha Matram, A Night Before Christmas, Narmadha, Bangsar Villa’s, Manippu dan banyak lagi

Filem: Adiwiraku, Identity, Ennaval, Kambathe Kannemma, Vetti Passangga, 3 Genius, Goa, Aaram Seiya Virumbu, Zha The Movie, I Know What You Did Last Deepavali, Vennira Iravuggal dan banyak lagi.

Host TV: Kaadhal Oviyam, Yellaithandi Varuvera, Sukaneka 1 Malaysia dan Attam 100 Vagai.

Laman Media Sosial Sangeeta Krishnasamy

Trivia Menarik Tentang Sangeeta Krishnasamy

  • Graduan undang-undang dari University Of London (Kampus Malaysia).
  • Demi minatnya dalam seni lakon, Sangeeta mengikuti kursus lakonan di Kuala Lumpur Perfomers Arts Center (KLPaC).
  • Merupakan pelakon India Malaysia pertama yang membintangi filem Kollywood selepas menjayakan filem Goa dan Zha The Movie.
  • Pernah bercita-cita ingin menjadi seorang anggota polis.
  • Selain drama, telefilem dan filem, Sangeeta turut aktif berlakon iklan komersil seperti Nikon, SPS Jewelries Nilai, Swami Sivananda Hair Oil, L’Oreal Hair Asia Pacific Malaysia dan banyak lagi.
  • Wanita ini pernah menyertai pertandingan Miss Malaysia India beberapa tahun lalu.
  • Seorang vegetarian atau pengamal makan berasaskan tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian dan kekacang.
  • Dilantik sebagai Duta iM4U 2016 (sukarelawan).
  • Mempelajari seni bela diri seperti Kalari Payat dan Aikido.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram dan 40,000 pengikut di Facebooknya.
azlan-150x150 Kenali Sangeeta Krishnasamy, Pelakon Wanita Terbaik Filem ASK 2017

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Sangeeta Krishnasamy #Filem Adiwiraku #Kenali Sangeeta Krishnasamy #Profil Sangeeta Krishnasamy #Sangeeta Krishnasamy #sangeeta krishnasamy age #Sangeeta Krishnasamy Aktres Filem Adiwiraku #sangeeta krishnasamy family #sangeeta krishnasamy goa #sangeeta krishnasamy husband #sangeeta krishnasamy marriage #sangeeta krishnasamy married #sangeeta krishnasamy photo gallery #sangeetha krishnaswamy age

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.