Biodata Syed Shamim, Pelantun Lagu Mana Tahu Siapa Tahu

Biodata Syed Shamim, Pelantun Lagu Mana Tahu Siapa Tahu

Masih ingat duo popular tanah air iaitu Syed Syamim bersama pasangan duetnya, Tasha Manshahar?

Pasangan ini sangat terkenal dengan lagu-lagu seperti Selamat Ulang Tahun Cinta, Ragu-Ragu dan Cuba Teka.

Selepas beberapa tahun bersama, Syed Shamim yang akrab disapa Ed dan Tasha mengubah haluan seninya dengan projek solo.

Awal 2017 lalu, jejaka kelahiran Negeri Sembilan ini melancarkan album solonya berjudul Melodi dimana memuatkan enam buah lagu termasuklah Hidupku Untuk Mu, Belenggu dan Cinta Terbaik.

Malangnya, album berkenaan kurang mendapat sambutan daripada para peminat tempatan.

Tidak berputus asa, anak kedua daripada tiga beradik ini sedang rancak mempromosikan single terbaharunya berjudul Mana Tahu Siapa Tahu.

Lagu ini dihasilkan sepenuhnya oleh komposer hebat tanah air, Patrick Khamis dan muziknya berentak balada sentimental yang menjadi pilihan para pendengar masa kini.

Jangan tunggu lagi, jom semak ringkasan biodata dan trivia menarik penyanyi yang bertubuh kecil dan bersuara serak basah ini

Biodata Ringkas Syed Shamim

Nama Penuh: Syed Shamim Al-Idrus Syed Abdul Kadir
Nama Komersil: Syed Shamim
Nama Panggilan: Ed
Umur: 24 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 27 Februari 1993
Zodiak: Pisces
Asal: Seremban, Negeri Sembilan
Menetap: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak kedua daripada tiga beradik
Kerjaya: Penyanyi & Pelajar
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Mana Tahu Siapa Tahu, Cinta Terbaik, Selamat Ulang Tahun Cinta, Ragu-Ragu, Lalala, Our Song, Be Mine, Cuba Teka, Masih Perlu, Hidupku Untukmu, Belenggu, I Love You, Larut, Sekali Aku Jatuh Cinta dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Syed Shamim

Trivia Menarik Tentang Syed Shamim

  • Penuntut tahun akhir di Institusi Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik (Penghususan Vokal).
  • Ayahnya merupakan seorang guru muzik sambilan dan pemuzik.
  • Memperjuangkan lagu-lagu beriramakan acoustic pop.
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kelana, Seremban, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Hj. Mohd Reza, Seremban dan SMK Dato Sheikh Ahmad, Seremban.
  • Sangat menggagumi Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Bruno Mars, Jason Mraz dan John Mayer.
  • Cinta Terbaik Fan (CTF) adalah nama kelab peminat Syed Syamim yang diilhamkan daripada salah satu judul singlenya.
  • Tashedclusive pula nama kelab peminat Syed Syamim bersama Tasha Manshahar.
  • Namanya pernah tercalon sebagai top 5 Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Kolaborasi Duo/Kumpulan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2015.
  • Sama seperti penyanyi-penyanyi lain, Syed Shamim turut rajin memuat naik video lagu cover nyanyiannya di laman media sosial seperti lagu Bunga (Ara Johari), Rintihan Rindu (Wany Hasrita), Sandiwara (X-Pose), Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli) dan banyak lagi.
  • Bakat nyanyian Syed Syamim dan Tasha dikesan oleh syarikat rakam, FMC Music menerusi saluran YouTube beberapa tahun lalu.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Syed Shamim, Pelantun Lagu Mana Tahu Siapa Tahu

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Syed Syamim #hubungan tasha manshahar dan syed shamim #Kenali Syed Shamim #Lagu Mana Tahu Siapa Tahu #Profil Syed Syamim #Syed Shamim #syed shamim artis #syed shamim biodata #syed shamim cikgu #syed shamim instagram #syed shamim mana tahu siapa tahu #syed shamim songs #syed shamim wikipedia #Syed Syamim Cikgu Selebriti #Syed Syamim Penyanyi Kelahiran Negeri Sembilan #Syed Syamim Penyanyi Lagu Mana Tahu Siapa Tahu

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.