Biodata Ara AF2016, Penyanyi Lagu Warkah Untukku

Gaya Kacamata Ara AF2016

“Sungguh kau yang ku mahu, berdoa semoga kau akan berubah mendampingiku selalu,”

Itu merupakan lirik yang sering menjadi siulan terutama dalam kalangan anak muda remaja pada tika dan saat ini.

Lagu berjudul Warkah Untukku dendangan penyanyi baharu kelahiran Akademi Fantasia (AF) 2016 itu secara tidak langsung dilihat sebagai pembuka laluan rezeki buatnya.

Lagu yang sudah ditonton melebihi empat juta tontonan di Youtube tersebut turut dilihat tersenarai dalam kedudukan teratas carta-carta radio tempatan negara.

Kalau diikutkan, lagu ‘berhantu’ tersebut pernah dipersembahkan pemilik nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari ketika berada di pentas akhir program realiti terbitan Astro itu sekitar hujung tahun lalu.

Namun, akhir-akhir ini, lagu tersebut kerap kali diputarkan di corong-corong radio tempatan termasuk stesen radio di negara jiran, Singapura.

Menerusinya, penyanyi kelahiran Kuala Pilah yang selesa disapa dengan nama Ara itu menerima dengan terbuka jika sudah ditakdirkan single tersebut merupakan pencetus rezekinya dalam menempa dunia hiburan tanah air.

Pada awalnya, mungkin agak ramai yang tidak mengenali bahawa pelantun asal lagu tersebut ialah milik Ara.

Lebih melonjakkan populariti penyanyi berusia 20 tahun itu apabila single pertamanya turut dijadikan sebagai lagu runut bunyi bagi drama bersiri ‘Sayang Papa Saya Tak’ menerusi saluran Astro Ria.

Daripada situ juga, sedikit sebanyak membuatkan ramai netizen mula melakukan carian untuk mengetahui pemilik sebenar suara yang cukup lunak dan bersahaja itu.

Berikut merupakan biodata ringkas penyanyi kecil molek yang sinonim dengan gaya berambut pendek, Ara.

Nama Sebenar: Nurfarrah Izzatie Johari
Nama Komersil: Ara
Umur: 20 tahun (2017)
Tahun Lahir: 1997
Asal: Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kerjaya: Penyanyi dan usahawan
Status: Bujang
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Facebook:

www.facebook.com/eitazzi.eiq
Twitter: https://twitter.com/Araaf2016
Instagram: http://www.instagram.com/arajohari/

Trivia mengenai Ara

* Menduduki tempat keempat menerusi program realiti AF 2016
* AF2016 merupakan program realiti pertama yang disertainya
* Pernah bekerja sebagai jurujual sebelum menyertai AF 2016
* Turut berjinak-jinak dalam dunia fesyen menerusi Ara Johari Collection yang menjual pelbagai koleksi pakaian dan topi
* Menjadikan Datuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain selaku idola dalam bidang nyanyian
* Mempunyai hampir 100 ribu pengikut di Instagram miliknya
* Mula dikenali selepas tular di Youtube berikutan single Warkah Untukku banyak dinyanyikan semula (cover) oleh penyanyi lain

Gambar menarik Ara AF2016

Foto ARA AF2016Gambar Selfie Ara Af Warkah UntukkuPosing Ara Af Warkah UntukkuAra Af Bersama Rakan C5H PagWAAEb0s1 CtxusnuUEAAZh6S Foto Ara Af2016 Baru Gambar Ara Af Warkah Untukku Santai Ara Af2016 Wajah Ara Af Rambut Panjang Wajah Feminim Ara AFPenyanyi Ara Af Warkah Untukku

Carian Berkaitan

biodata ara johari, ara johari biodata, ara johari, biodata ara, biodata ara johari com

Sairul Zamri Misrani

Seorang wartawan muda yang sangat suka melancong dan mengembara ke tempat-tempat baharu. Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di salah sebuah akhbar berbahasa Melayu terkemuka negara hinggalah ke saat ini.

More Posts

Follow Me:
Facebook

Loading...

Tags: #Ara #ara af #ara af 2016 #ara af 2016 pengkid #ara af instagram #ara johari #ara johari biodata #ara johari instagram #ara johari twitter #ara johari warkah untukku #ara johari warkah untukku lirik #ara johari warkah untukku song #biodata ara af2016 #biodata ara johari #biodata penyanyi ara warkah untukku #warkah untukku

Biodata Sabri Yunus, Pengarah & Otai Komedi Terkenal
Telefilem Pok Ya Cong Codei mula menjadi tular dan mendapat sambutan luar biasa
5 Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Pulau Pinang
Ternyata ramai selebriti popular tanah air yang berasal dari Pulau Pinang selain Johor,
Biodata Hazman Al-Idrus, Pelakon Kacak Drama Kekasih Paksa Rela
Siapa yang menonton drama berantai Kekasih Paksa Rela di TV3, pastinya mengenali jejaka
Anugerah Juara Lagu 32 (AJL), Ini Fakta Menarik Buat Tatapan Pembaca!
Demam Anugerah Juara Lagu (AJL) kini kembali! Bakal bersiaran pada 11 Februari 2018

Comments are closed.