Umpan Terbaik Memancing Di Laut Supaya Tangkapan Lebih Berbaloi!

Umpan Terbaik Mancing Laut

Bagi seorang pemancing, tidak lengkap jikalau mempunyai set pancing mahal namun tidak dapat menguji kehebatan set pancing tersebut dengan tangkapan ikan yang lebih berbaloi.

Oleh itu, jika anda seorang pemancing, perkara asas yang perlu anda tahu ialah berkenaan umpan! Umpan adalah senjata utama kaki pancing dan umpan juga akan menentukan untung nasib sesuatu tangkapan.

Umpan Terbaik Memancing Di Laut

Jom kita semak, apakah umpan terbaik untuk memancing ikan dilaut ;

6. Ikan kerisi/selayang

ikan-kerisi Umpan Terbaik Memancing Di Laut Supaya Tangkapan Lebih Berbaloi!

Ikan Kerisi

ikan-selayang Umpan Terbaik Memancing Di Laut Supaya Tangkapan Lebih Berbaloi!

Ikan Selayang

Merupakan umpan alternatif jika tiada umpan yang didapati semasa memancing di laut. Anda boleh menggunakan teknik umpan hidup atau membuang sisik sebelum dijadikan umpan bagi pancingan dasar. Perkara utama yang perlu pemancing tahu ialah umpan mestilah segar dari ladang!

5. Ikan Selar

ikan-selar Umpan Terbaik Memancing Di Laut Supaya Tangkapan Lebih Berbaloi!
Anda boleh menggunakan umpan ini samada secara hidup atau dikerat-kerat untuk pancingan dasar. Yang pasti keadaan umpan mestilah segar. Umpan ini juga digunakan untuk memancing ikan Kerapu, Tanda dan Jenahak.

4. Ikan Lolong

ikan-lolong Umpan Terbaik Memancing Di Laut Supaya Tangkapan Lebih Berbaloi!
Ikan Lolong merupakan antara umpan pilihan pemancing. Umpan ini amat berkesan jika digunakan secara hidup. Namun, jika tiada pilihan anda boleh menggunakannya untuk memancing ikan dasar.

3. Sotong

sotong Umpan Terbaik Memancing Di Laut Supaya Tangkapan Lebih Berbaloi!
Sotong merupakan umpan utama bagi aktiviti memancing dasar pada waktu malam. Jika anda memperolehi sotong hidup melalui kaedah candat, gunakanlah sotong tersebut sebagai umpan bagi memperolehi tangkapan ikan yang lebih besar! Sotong yang dipotong memanjang menjadi sasaran utama ikan target seperti ikan Kerapu, Jenahak, Tanda, Alu-alu dan Kaci. Jika anda bernasib baik, Ebek atau Gerong Belang juga boleh membaham umpan ini!

2. Ikan Kembung

ikan-kembung Umpan Terbaik Memancing Di Laut Supaya Tangkapan Lebih Berbaloi!
Ikan ini adalah senjata utama bagi menarik perhatian sang Tenggiri. Kebiasaan ia digantung kepada mata kail secara hidup dan dibiarkan. Bagi pemancing ikan Tenggiri, kebiasaan ikan jenis ini digunakan bagi memujuk sang Tenggiri menjamah umpan. Namun, anda juga boleh menggunakan umpan ini untuk memancing ikan dasar dengan cara mengerat kepada bahagian tertentu.

1. Ikan Tamban

ikan-tamban Umpan Terbaik Memancing Di Laut Supaya Tangkapan Lebih Berbaloi!
Ikan Tamban merupakan umpan gred AAA yang digunakan oleh pemancing. Ia berjaya menarik perhatian ikan besar seperti Aruan Tasik, Tenggiri, Alu-alu dan sebagainya. Bagi meningkatkan potensi umpan ini ke tahap maksima, pastikan anda mengguna umpan ikan Tamban hidup. Hasilnya pasti berbaloi. Namun kelemahan umpan ikan ini ialah ia cepat mati sewaktu dipelihara di dalam bekas bot.

Loading...

Tags: #cara mancing dasar #cara mancing supaya dapat ikan besar #cara memancing ikan laut yang benar #cara umpan mancing di laut #gambar umpan mancing #mancing ebek #mancing tenggiri #Memancing Di Laut #pemancing tegar #resipi dapat ikan besar #umpan ikan laut buatan #umpan mancing dasar #umpan mancing ikan laut pinggiran #umpan mancing laut #umpan mancing laut dangkal #umpan mancing laut karang #umpan mancing laut malam hari #umpan pancing bottom #umpan pancing dasar #Umpan Terbaik Memancing #waktu yang tepat mancing di laut

Adakah Kita Akan Kehilangan Hasil Laut Di Masa Hadapan?
Walaupun produk marin secara teknikalnya tidak “lengkap” seperti sumber fosil, penangkapan ikan yang
Penyakit Ikan Marin, Tahap Jangkitan & Punca Kematian
Tahap jangkitan penyakit ikan marin Akut Kadar kematian yang tinggi, bilangan ikan yang
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3

Comments are closed.