Mahu Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan Anda? Ikuti 5 Petua Mudah Ini!

Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Durian merupakan salah satu buah-buahan yang paling digemari oleh masyarakat Malaysia. Isi buah yang lembut dan berwarna kuning keemasan membuatkan sesiapa sahaja mahu merasainya.

Apabila musim Raja Buah tiba, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya meskipun harga yang ditawarkan agak mahal.

Malah, sesetengah warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing dek penangan durian kampung. Bahkan, ada membawanya pulang ke ibu kota sebagai kiriman daripada kampung.

Persoalannya, menyimpan durian di dalam kereta akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan dan mengambil masa yang lama untuk mengusir bau kepam tersebut.

Jangan risau! Berikut, penulis kongsikan 5 petua mudah untuk menghilangkan bau durian dalam kenderaan anda. Jom kita semak!

1. Daun Pandan

Selain digunakan dalam masakan terutamanya pencuci mulut tradisional, daun pandan juga boleh menghilang bau yang tidak menyenang seperti durian.

Caranya, letakkan beberapa helai daun pandan di bonet atau di dalam kereta yang telah dipenuhi bau durian. Bukan sahaja menghilangkan bau durian, kereta anda akan berbau harum semerbak.

2. Serbuk Kopi

Kebiasaannya, masyarakat kita khususnya Melayu suka menimum air kopi hangat ketika waktu petang bersama kuih-muih. Tahukah anda, serbuk kopi mempunyai pelbagai manfaat seperti mampu menyerap bau-bauan yang menyengat seperti durian.

Bungkuskan serbuk kopi dalam tisu atau kain lalu diletakkan di dalam bonet atau di dalam kereta. Dengan aroma kopi yang kuat, pastinya anda tidak akan menghidu bau durian lagi selepas ini.

3. Roti

Siapa sangka, roti yang dinikmati kita pada waktu pagi atau sarapan boleh membasmi bau-bauan yang hapak.

Anda disarankan meletakkan dua atau tiga keping roti di bonet atau di dalam kereta dan dibiarkan selama dua hari. Ianya bukan hanya menghilang bau durian bahkan menyedup segala bau yang terdapat dalam kereta anda

4. Cuka

Jika tidak mempunyai daun pandan, serbuk kopi atau roti, anda juga boleh mengurangkan bau durian dengan menggunakan cuka yang terdapat di dapur rumah anda.

Letakkan semangkuk cuka di bonet atau dalam kereta dan biarkan sebentar selama beberapa jam. Segala bau kepam durian akan hilang serta-merta. Hebat bukan!

5. Arang

Untuk info, arang tidak hanya digunakan sebagai bahan bakar malah boleh mengusir bau-bauan yang tidak digemari.

Ambil beberapa ketul arang dan letakkan di bonet atau di dalam kereta yang diseliputi bau durian. Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada bau durian!

azlan-150x150 Mahu Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan Anda? Ikuti 5 Petua Mudah Ini!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bau busuk dalam kereta #bau durian dalam kereta #Cara Mudah Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan #Cara Usir Bau Durian Dalam Kereta Anda #hilangkan bau busuk dalam kereta #hilangkan bau dalam kereta #Petua Mudah Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan Anda

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.