Biodata Nina Nadira, Aktres Drama Red Velvet

Biodata Nina Nadira, Aktres Drama Red Velvet

Nina Nadira memulakan langkah seninya apabila menyertai program realiti nyanyian iaitu Akademi Fantasia (AF) 2014.

Meskipun tersingkir daripada AF2014, pintu rezeki si cantik menawan ini melimpah ruang sebagai seorang anak wayang.

Antara drama dan telefilem yang telah dibintanginya adalah M.A.I.D, Sesal Separuh Nyawa dan Akadku Yang Terakhir.

Terdahulu, anak jati Selangor ini diberi peluang daripada Astro untuk menjadi pengacara dan wartawan lokasi bagi program hiburan, HLive!.

Dalam perkembangan terkini, wanita berusia 25 tahun ini muncul dengan drama terbaharu berjudul Red Velvet bergandingan dengan Alif Satar dan Neelofa.

Sekadar info, drama Red Velvet sedang rancak ditayangkan di slot MegaDrama di Astro Ria mulai 23 Oktober 2017 setiap Isnin hingga Khamis tepat jam 10.00 malam.

Mari kita intip ringkasan biodata dan trivia menarik figura berbintang Cancer ini.

Biodata Ringkas Nina Nadira

Nama Penuh: Nina Nadira Naharuddin
Nama Komersil: Nina Nadira
Umur: 25 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 5 Julai 1992
Zodiak: Cancer
Asal: Subang Jaya, Selangor
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Pengacara & Usahawanita
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Red Velvet, Megat Extend, M.A.I.D, Sesal Separuh Nyawa, Isteri VS Tunang, Akadku Yang Terakhir, Dee The Series, M.A.I.D Pun Nak Raya, Ketupat Jantung Hati dan banyak lagi.

Lagu/Single: Misteri

TV Host: HLive!, VivoRazzi & UEuroMaxx

Laman Media Sosial Nina Nadira

Trivia Menarik Tentang Nina Nadira

  • Graduan Diploma Seni Lakon Teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif (Drama) di Deakin University, Melbourne, Australia.
  • Mahir bermain alat muzik seperti piono, gitar dan ukulele.
  • Tersingkir pada minggu kelapan AF2014 bersama Zarif.
  • Nina’s Angels adalah nama kelab peminatnya.
  • Misteri merupakan single pertamanya selepas AF2014.
  • Menamatkan zaman solonya denga jejaka pujaan hati, Ahmad Farhan pada 29 Julai 2017 setelah mengikat tali pertunangan pada Mac 2017.
  • Suaminya merupakan seorang arkitek.
  • Sangat fobia dengan tempat gelap meskipun bilik tidur sendiri.
  • Nina seorang yang gemarkan muzikal dan peminat muzik Jazz.
  • Nina turut terlibat dalam beberapa teater seperti Puteri Gunung Ledang, Musang Berjanggut, My Prince Will Come, Uncle Vanya, Muzikal Kg.Baru, Y U No Speak Inglais dan Whoa! Willow!! The Musical.
  • Sangat menggagumi Puan Seri Tiara Jacquelina dan Datuk Faridah Merican
  • Nina memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagramnya.

Foto Menarik Nina Nadira

gambar-kahwin-nina-nadira-dan-suami-300x300 Biodata Nina Nadira, Aktres Drama Red Velvet nina-nadira-dan-suami-300x300 Biodata Nina Nadira, Aktres Drama Red Velvet Nina-Nadira-Aktres-Drama-Red-Velvet-300x300 Biodata Nina Nadira, Aktres Drama Red Velvet wajah-nina-nadira-300x300 Biodata Nina Nadira, Aktres Drama Red Velvet

azlan-150x150 Biodata Nina Nadira, Aktres Drama Red Velvet

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Nina AF2014 #Biodata Nina Nadira #Drama Red Velvet Astro Ria #Kenali Nina Nadira #Laman Sosial Nina Nadira #nina af instagram #Nina AF2014 #Nina Nadira #Nina Nadira Aktres Red Velvet #nina nadira biodata #nina nadira ig #nina nadira instagram #nina nadira isteri vs tunang #nina nadira kahwin #nina nadira red velvet #nina nadira wedding

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.