Biodata Nadiyah Shahab, Aktres Cantik Manis Kelahiran Singapura

Biodata Nadiyah Shahab, Aktres Cantik Manis Kelahiran Singapura

Cantik, Bijak Dan Berbakat. Itulah pakej lengkap yang boleh penulis gambarkan tentang pendatang baharu bernama Nadiyah Shahab.

Mesra disapa Naddy, figura cun melecun ini mula dikenali para peminat tanah air selepas membintangi drama berantai popular iaitu Encik Suami Mat Salih Celop dan Hikayat Cinta Si Pematah Hati.

Terkini, drama bersiri lakonannya iaitu Mr Hijab sedang rancak ditayangkan di slot Iris di TV3 mulai 17 Oktober lalu. Drama terbitan Rumah Karya Citra ini turut dijayakan oleh Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad dan Hafiz Hamidun.

Untuk info, sebelum terjun ke arena seni lakon, wanita kelahiran Singapura ini aktif di pentas modeling dan iklan-iklan komersil (TVC).

Apa tunggu lagi, jom ketahui ringkasan biodata dan trivia menarik figura berbintang Gemini ini.

Biodata Ringkas Nadiyah Shahab

Nama Penuh: Syarifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab
Nama Komersil: Nadiyah Shahab
Umur: 26 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 29 Mei 1991
Zodiak: Gemini
Asal: Singapura
Adik Beradik: Anak sulung daripada dua beradik
Kerjaya: Pelakon, Pengacara & Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu Singapura
Warganegara: Singapura
Kelab Peminat: Naddys.FC

Drama/Telefilem: Mr. Hijab, Encik Suami Mat Salih Celop, Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Lafazkan Kalimah Cinta Mu, Kelip Kelip Kota London dan banyak lagi.

Filem: Mia Tiara

Hos TV: Lost At SEA (Go Asean 737).

Laman Media Sosial Nadiyah Shahab

Trivia Menarik Tentang Nadiyah Shahab

  • Menjadi model wanita di dalam video muzik Akim & The Majistret menerusi lagu Mewangi.
  • Sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di University of London, Singapura.
  • Mempunyai darah campuran dari Yaman (sebelah ayah) dan Indonesia (sebelah ibu).
  • Sangat mengagumi pelakon hebat tempatan, Lisa Surihani.
  • Menjalinkan hubungan cinta dengan aktor kacak, Ben Ali.
  • Encik Suami Mat Salih Celop adalah drama bersiri pertamanya di Malaysia.
  • Merupakan Duta Volunteer Malaysia 2016 bersama-sama Thanuja Ananthan, Atu Zero dan Baki Zainal.
  • Berkawan baik dengan Nelydia Senrose, Uqasha Senrose, Raysha Rizrose, Aprena Manrose dan Octavia Manrose.
  • Memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Menarik Nadiyah Shahab

drama-lakonan-Nadiyah-Shahab-300x300 Biodata Nadiyah Shahab, Aktres Cantik Manis Kelahiran Singapura Nadiyah-Shahab-pelakon-dari-singapura-300x300 Biodata Nadiyah Shahab, Aktres Cantik Manis Kelahiran Singapura Nadiyah-Shahab-300x300 Biodata Nadiyah Shahab, Aktres Cantik Manis Kelahiran Singapura poster-Nadiyah-Shahab-300x300 Biodata Nadiyah Shahab, Aktres Cantik Manis Kelahiran Singapura

azlan-150x150 Biodata Nadiyah Shahab, Aktres Cantik Manis Kelahiran Singapura

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Nadiyah Shahab #Kenali Nadiyah Shahab #Laman Media Sosial Nadiyah Shahab #Nadiyah Shahab #nadiyah shahab agama #nadiyah shahab biodata #nadiyah shahab facebook #nadiyah shahab height #nadiyah shahab husband #nadiyah shahab instagram #nadiyah shahab parents #pelakon berasal dari singapura #Profil Nadiyah Shahab #siapa nadiyah shahab

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.