Biodata Raysha Rizrose, Heroin Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Gambar Raysha Rizrose

Sudah lama tidak mendengar khabar berita tentang pelakon baharu bernama Raysha Rizrose ini.

Walaupun namanya sedikit suram dipersada seni hiburan tanah air namun bakat lakonan anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini tidak boleh dipandang enteng.

Meskipun masih bertatih dalam industri seni lakon, pengarah dan penerbit tempatan meletakkan kepercayaan yang tinggi buat gadis berusia 21 tahun ini dalam menjayakan projek seni seperti drama, telemovie ataupun filem.

Terkini, aktres cantik ini membintangi drama bersiri berjudul Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin bergandingan dengan dua aktor kacak iaitu Azrel Ismail dan Idris Khan yang disiarkan menerusi slot Akasia di saluran TV3 mulai 10 Julai 2017 lalu.

Berikut, penulis senaraikan lima trivia menarik mengenai Raysha Rizrose yang perlu anda ketahui. Check it out!

1. Lahir Dari Program Realiti Mencari Bakat

Raysha dilahirkan menerusi satu program mencari bakat iaitu Dewi Remaja 2014/2015. Menerusi program berkenaan, Raysha dinobatkan sebagai juara dengan menewaskan empat pesaing terdekatnya iaitu Mawar Rasyid, Syamin Farid, Deeba Halim dan Balqish Maarif. Paling menarik, pelakon muda ini melakar sejarah tersendiri apabila menjadi juara paling muda iaitu 18 tahun sejak program berkenaan diadakan mulai 1985.

2. Adik Tiri Kepada Pelakon Wanita Popular

Kalau anda nak tahu, Raysha merupakan adik tiri kepada dua pelakon wanita cantik dan popular tanah air iaitu Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose. Malah, para peminat turut seringkali membandingkan lakonan Raysha dengan kedua-dua kakak tirinya tersebut.

3. Mempunyai Darah Campuran

Hadir di dalam industri seni dengan bakat dan rupa paras yang menawan, Raysha juga memiliki darah campuran Melayu, Siam dan Cina.

4. Bercita-cita Menjadi Seorang Peguam

Jika tidak terlibat dengan dunia seni hiburan, Raysha bercita-cita ingin menjadi seorang peguam. Beliau juga melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Taylor’s University.

5. Bercinta Dengan Pelumba Kereta GP2 Negara

Media tempatan melaporkan bahawa bintang filem Dukun Doktor Dani ini menjalinkan hubungan cinta dengan pelumba kereta GP2 negara, Nabil Jefri. Malah, Raysha juga pernah memuatnaik fotonya bersama kekasih hati di instagram miliknya sebelum ini.

Biodata Ringkas Raysha Rizrose

Nama Penuh: Farza Naquraisha Mohd Fariz
Nama Komersil: Raysha Rizrose
Tarikh Lahir: 22 Jun 1996
Umur: 21 Tahun (2017)
Zodiak: Cancer
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Adik Beradik: Anak keempat daripada tujuh beradik
Kerjaya: Pelakon dan Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Raysharians

Drama/Telefilem/Filem:
Pingan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Isteriku Miss Sally, Batas, Misi Laksa & Laksam, Muluk dan Dukun Doktor Dani.

Media Sosial Raysha Rizrose

Gambar Menarik Raysha Rizrose

foto-Seksi-Raysha-Rizrose-300x300 Biodata Raysha Rizrose, Heroin Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin pelakon-Raysha-Rizrose-300x300 Biodata Raysha Rizrose, Heroin Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raysha-Rizrose-Pingan-Tak-Retak-Nasi-Tak-Dingin-300x300 Biodata Raysha Rizrose, Heroin Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raysha_Rizrose-dewi-remaja-300x300 Biodata Raysha Rizrose, Heroin Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raysha-Rizrose-hairstyle-300x300 Biodata Raysha Rizrose, Heroin Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin wajah-cantik-Raysha-Rizrose-Pingan-Tak-Retak-Nasi-Tak-Dingin-300x300 Biodata Raysha Rizrose, Heroin Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

azlan-150x150 Biodata Raysha Rizrose, Heroin Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Raysha Rizrose #Farza Naquraisha Rizrose #foto Raysha Rizrose #Images for Raysha Rizrose #keluarga senrose #Pelakon Drama Pingan Tak Retak Nasi Tak Dingin #Pinggan tak retak nasi tak dingin #Profil Raysha Rizrose #Raysha Rizrose #raysha rizrose 2017 #raysha rizrose adik tiri #Raysha Rizrose Adik Tiri Uqasha & Nelydia Senrose #raysha rizrose drama #raysharizrose ig #senarai adik beradik nelydia senrose #Trivia Menarik Raysha Rizrose

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.