Cara Guna Perkhidmatan oBike. Sewa Basikal Jalanan Di Malaysia!

Cara Guna Perkhidmatan OBike. Sewa Basikal Jalanan Di Malaysia!

Sekiranya anda ke beberapa negara berhampiran, termasuk Singapura, China dan sebagainya, perkhidmatan perkongsian basikal semakin popular di mana pengguna boleh membuat tempahan untuk menggunakan basikal terus melalui aplikasi, mendapatkan kod untuk mengakses basikal berkenaan dan menunggangnya ke mana-mana.

Kini, salah satu perkhidmatan seumpamanya turut memasuki pasaran tempatan, dinamakan sebagai oBike.

Melalui oBike, pengguna perlu mengakses dan membuat tempahan melalui aplikasi Android atau iOS yang khusus untuknya, seterusnya menunggangnya ke mana-mana dan meletakkannya di tempat parkir basikal yang terpilih.

Perkhidamatan oBike telah dilancarkan di Malaysia pada April 2017 dengan menawarkan perkhidmatan sewaan basikal berasaskan aplikasi telefon pintar. Sebelum ini, oBike telah mula ditawarkan di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, seperti Sunway City, Damansara Perdana, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Cyberjaya, dan Petaling Jaya.

Bagi memperluaskan penawaran mereka, perkhidmatan ini telah sedia dinikmati di Bukit Bintang, iaitu salah satu lokasi popular untuk membeli-belah di Kuala Lumpur.

Cara Menggunakan oBike

  1. Muat turun Aplikasi dan pendaftaran

obike-apps Cara Guna Perkhidmatan oBike. Sewa Basikal Jalanan Di Malaysia!

Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi oBike di App Store atau Play Store, dan kemudian, daftar dan log masuk akaun oBike.

  1. Deposit dan caj sewaan

Bagi pengguna kali pertama, perkhidmatan oBike ini memerlukan anda memasukkan deposit sebanyak RM129 untuk dewasa dan RM79 untuk pelajar. Bayaran deposit ini akan kekal berada di dalam akaun anda, walaupun anda telah menamatkan aktiviti berbasikal pada satu sesi. Bermakna, anda tidak perlu memasukkan deposit baru setiap kali anda ingin menggunakan perkhidmatan ini.

Sekiranya anda ingin mendapatkan kembali deposit ini, anda hanya perlu pergi ke aplikasi oBike > My Wallet > dan klik pada “Refund Deposit”. Proses pengembalian deposit ini akan mengambil masa sekitar 1-30 hari untuk dimasukkan ke akaun anda. Proses pengembalian wang ini walau bagaimanapun hanya ditawarkan percuma untuk kali pertama, dan dikenakan caj tambahan sekiranya anda menggunakan fungsi refund untuk kali kedua dan ke atas.

Harga untuk sewaan basikal pula ditawarkan berasaskan blok masa, dengan harga serendah RM1 untuk 15 minit. Bermakna, sekiranya anda berbasikal sekitar 35 minit, anda dikenakan bayaran sebanyak RM3 mengikut blok masa RM1/15 minit. Sebagai perbandingan, anda akan dikenakan bayaran RM4 untuk penggunaan sekitar 60 minit atau 1 jam.

  1. Cari lokasi basikal

obike-rent Cara Guna Perkhidmatan oBike. Sewa Basikal Jalanan Di Malaysia!

Dengan menggunakan aplikasi, tempah dan cari lokasi basikal.

  1. Imbas kod QR untuk nyahkunci

obike-parking Cara Guna Perkhidmatan oBike. Sewa Basikal Jalanan Di Malaysia!

Anda hanya perlu mengimbas QR Code yang tertera di basikal, dan kemudian, basikal tersebut akan dinyahkunci secara automatik melalui kunci yang sedia terpasang pada tayar basikal.

  1. Kunci kembali setelah tamat sesi

obike-unlock Cara Guna Perkhidmatan oBike. Sewa Basikal Jalanan Di Malaysia!

Untuk menamatkan sesi berbasikal pula, anda hanya perlu meletakkan basikal tersebut di mana-mana lokasi parkir oBike. Lokasi terakhir basikal tersebut kemudiannya akan dimanfaatkan untuk pengguna lain yang mungkin berada pada sekitar lokasi tersebut.

 

obike-malaysia Cara Guna Perkhidmatan oBike. Sewa Basikal Jalanan Di Malaysia!

Loading...

Tags: #bagaimana guna oBike #basikal #basikal oBike #cara guna oBike #Cara menggunakan perkhidmatan oBike #oBike #obike charges #obike contact #obike cost #obike deposit #oBike Malaysia #obike malaysia charges #obike malaysia location #obike malaysia price #panduan menggunakan oBike #sewa basikal #sewa basikal bandar #Sewa basikal jalanan di Malaysia

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Cara Guna Perkhidmatan oBike. Sewa Basikal Jalanan Di Malaysia!"