Cara Membuat Aduan Jika Ditipu Peniaga. Sebagai Pengguna, Anda Perlu Tahu!

Cara Buat Aduan Jika Ditipu Peniaga

Apa yang berlaku jika anda mendapati barang yang anda beli mengalami kerosakan dan pihak peniaga enggan melayan aduan anda? Adakah anda mempunyai hak? Sebagai pengguna, sudah tentu anda mempunyai hak. Namun anda perlu mengetahui bagaimana anda boleh mengambil tindakan dan menjadi pengguna yang bijak.

Apabila anda membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk kegunaan peribadi, pembelian anda adalah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Oleh itu, sekiranya pihak peniaga enggan melayan aduan anda tentang barang yang rosak, maka anda perlu membuat aduan.

Anda boleh membuat aduan kepada persatuan pengguna atau Pusat Pengurusan Aduan Pengguna, yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Anda perlu menggunakan hak anda sebagai pengguna atau pembeli untuk melindungi diri anda daripada peniaga yang tidak beretika. Oleh itu, anda perlu mengetahui cara dan saluran untuk membuat aduan.

Berikut adalah antara beberapa kes yang anda perlu membuat aduan:

  • Anda dikenakan sesuatu bayaran yang tidak dinyatakan sebelum ini, yang diistilahkan sebagai ‘caj tersembunyi’. Anda sewajarnya dimaklumkan terlebih dahulu berapa banyak yang anda perlu bayar.
  • Barang yang anda beli berkualiti rendah. Sekiranya barang tersebut rosak selepas anda meninggalkan kedai atau tidak menepati jaminan keselamatan yang ditetapkan, ia tidak selamat digunakan.
  • Barang yang harganya terlalu tinggi. Jika anda merasakan harga barang keperluan meningkat secara mendadak (melebihi 30%).
  • Iklan yang mengelirukan. Anda membeli sesuatu barang yang tidak sama seperti yang diiklankan.
  • Produk tiruan. Jika anda mendapati barang yang dibeli adalah barang tiruan. Namun pekedai enggan menggantikan dengan barang yang tulen atau memulangkan semula wang.
  • Anda tidak berpuas hati dengan barang yang anda beli dan anda membuat aduan kepada peniaga. Tetapi peniaga enggan melayani aduan anda.
  • Peniaga meletakkan tanda harga yang mengelirukan, iaitu harga di rak berbeza dengan harga di kaunter bayaran.

Saluran Lain untuk Membuat Aduan

  1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Anda boleh memfailkan kes tuntutan anda di TTPM, yang mengendalikan kes sehingga RM25,000. Untuk membuat aduan, anda boleh pergi ke pejabat TTPM, atau melalui eTribunal di laman sesawang, https://ttpm.kpdnkk.gov.my.

  1. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).

NCCC akan membantu anda untuk menyalurkan aduan kepada pihak yang berkaitan. Anda boleh menghubungi NCCC di www.nccc.org.my

  1. Prosedur Tuntutan Kecil.

Jika tuntutan anda tidak melebihi RM5,000, anda juga boleh memfailkan kes di Prosedur Tuntutan Kecil di Mahkamah Majistret.

Langkah-langkah untuk memenuhi aduan pengguna

Apa yang perlu dilakukan sebelum membuat aduan rasmi:

  • Anda cuba untuk menyelesaikan masalah dengan pihak peniaga terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak berpuas hati, barulah anda membuat aduan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
  • Pastikan anda menyimpan semua dokumen dan bukti yang berkaitan dengan aduan anda, seperti invois, resit, surat-menyurat, e-mel dan sebagainya.
  • Anda hendaklah menyerahkan aduan anda pada masa yang bersesuaian dan membuat susulan terhadap aduan tersebut.
  • Jika pihak peniaga bertindak melampaui batas atau membuat ugutan, jangan berurusan terus dengan mereka. Sebaliknya anda perlu membuat laporan polis.

 

Rujukan :

https://ringgitplus.com

https://www.bnm.gov.my

Carian Berkaitan

cara membuat aduan pengguna tertipu
Loading...

Tags: #aduan ditipu #aduan ditipu penjual #aduan pembeli #aduan pengguna #cara buat aduan #cara membuat aduan pengguna #cara membuat aduan terhadap penipuan bisnes #cara membuat aduan terhadap penipuan perniagaan #cara membuat aduan terhadap penipuan produk #hak pengguna #kes aduan pengguna #kes aduan peniaga #membuat aduan terhadap harga barangan #penjual menipu #saluran aduan pengguna #tindakan apabila ditipu online seller

Amalan Isteri Derhaka Kepada Suami Walaupun Tanpa Disedari
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Punca Rezeki Suami Menjadi Sempit. Ini Sebab Ramai Isteri Tidak Perasan!
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi SAW. Selain daripada mendapat pahala dengan menyempurnakan sunnah, perkahwinan turut
Ini Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih!
Adakah anda sedang hadapi masalah yang banyak hingga menyebabkan rezeki itu lambat datang?
Punca Suami Berubah Hati. Para Isteri Wajib Baca!
Apabila bergelar seorang isteri, sudah pasti setiap wanita mahu untuk menjadi seorang isteri

Leave a reply "Cara Membuat Aduan Jika Ditipu Peniaga. Sebagai Pengguna, Anda Perlu Tahu!"