Rahsia Cantik Katrina Kaif? Ikuti 5 Petua Kecantikan Ini!

Rahsia Cantik Katrina Kaif

Katrina Kaif, satu bintang yang semakin bersinar terang di dunia seni hiburan Bollywood.

Beri apa sahaja watak, aktres cantik jelita berusia 34 tahun ini berjaya membawanya dengan caranya tersendiri.

Tidak pernah gagal untuk tampil sempurna dari hujung kaki hingga ke kepala, figura berdarah campuran India British ini memiliki semua yang diinginkan oleh wanita termasuklah dikurniakan kecantikan bak bidadari serta memiliki tubuh yang langsing dan seksi.

Meskipun kecantikan seseorang adalah subjektif, tidak ada salahnya jika kita semak bagaimana bintang filem Dhoom 3 dan Bang Bang ini menjaga kesihatan dan kecantikan diri agar kelihatan indah dan menawan setiap masa.

Dipetik dari Stylecraze.com, jom ketahui apa rahsia kecantikan yang diamalkan oleh Katrina Kaif. Check it out!

1. Rajin Pakai Pelembap & Krim Anti UV

“Kita tidak boleh mengabaikan kesihatan kulit kita apatah lagi terdedah dengan panas, debu dan pencemaran. Banyak menggunakan solekan ketika bekerja, saya akan pastikan pakai pelembap serta krim anti UV untuk kulit tetap rasa terhidrasi dan terlindung dari sinar matahari,” katanya.

2. Bersihkan Muka Dari Sebarang Solekan

“Saat di rumah, saya tidak lupa untuk membersihkan muka dari sebarang solekan yang dikenakan terutama sebelum masuk tidur. Paling penting, saya tidak pernah lupa untuk tersenyum. Kulit anda bukan kelihatan segar malah terasa hebat,” jelasnya.

3. Perbanyakkan Minum Air Putih Atau Mineral

“Saya sangat rajin meminum air putih. Selepas bangun pagi, saya akan meminum sekurang-kurang empat gelas air putih atau mineral setiap hari,” katanya.

4. Amalkan Diet Makrobiotik

“Setiap dua jam, saya akan memakan sayur rebus bersama buah-buahan segar. Saya juga menghindari makanan berkarbohidrat dan lebih memilih makanan yang kaya dengan serat,” jelasnya.

5. Pentingkan Kecantikan Dalaman

“Kebanyakkan orang sekarang hanya mementingkan kecantikan luaran semata-mata. Kalau nak tahu, cantik dari dalam membuat seseorang itu cantik di luar. Kalau anda merasa gembira di dalam, penampilanmu juga akan mengikutinya. Oleh itu, kecantikan bermula dari dalam bukan luaran sahaja!,” katanya.

 

Katrina Kaif Wallpaper Hd Wajah Katrina Kaif

Carian Berkaitan

rahsia kecantikan Katrina kaif

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Katrina Kaif #Katrina Kaif Kongsi Rahsia Kecantikan #Nak Cantik Macam Katrina Kaif #Petua Cantik Katrina Kaif #Rahsia Kecantikan Katrina Kaif

Petua Merawat Hernia, Medu Angin, Uluran. Senarai Makanan Ini Patut Dijauhi!
Jika anda menghidap penyakit hernia yang juga dikenali sebagai medu angin, angin pasang
Teknik Memujuk Anak Supaya Senang Makan Ubat, Anak Anda Lekas Sihat!
Salah satu ujian buat ibu bapa ialah apabila anak mereka sakit. Lebih-lebih bagi
Biodata Dina Nadzir, Penyampai Radio Serba Boleh Era.FM
Bagi para pendengar setia Era.FM, nama Dina Nadzir pastinya sudah sebati dan tidak
Biodata Kayda Aziz, Anak Dato’ Sheila Majid Yang Kini Bergelar Penyanyi Rap
Buat penggemar muzik hip hop tempatan, pastinya mengenali penyanyi rap bernama Kayda Aziz