5 Restoran Milik Selebriti Lelaki Malaysia Yang Wajib Anda Singgah Untuk Jamu Selera!

5 Restoran Milik Selebriti Lelaki Malaysia

Selain sibuk dengan kerjaya seni, ternyata ramai selebriti negara melibatkan diri ke arah bidang perniagaan sebagai punca pendapatan kedua mereka.

Antara bisnes yang menjadi pilihan selebriti-selebriti tempatan adalah menjual tudung, minyak wangi, pakaian, barang kosmetik dan kecantikan serta membuka restoran.

Untuk kali ini, penulis senaraikan 5 restoran milik selebriti lelaki Malaysia yang wajib anda singgah untuk jamu selera. Penasaran? Check these out!

1. Stalkers Cafe – Fattah Amin

stalkerscafe 5 Restoran Milik Selebriti Lelaki Malaysia Yang Wajib Anda Singgah Untuk Jamu Selera!

Akuan Instagram: @stalkerscafe

Tidak hanya mencipta nama di dunia seni, Fattah Amin juga turut mengembangkan sayapnya ke arena perniagaan di mana beliau telah membuka sebuah restoran yang diberi nama Stalkers Cafe. Beroperasi sejak Oktober 2016, kafe ini menawarkan pelbagai menu berasaskan makanan barat seperti Grilled Chicken Salad, Double Beef Burger, Roasted Chicken, Beef Short Ribs, Chicken Tenders, Chicken Barbecue Pizza dan Spicy Seafood Olio.

Terletak di Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, kafe ala-ala hispter ini dibuka dari 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam pada hari Selasa hingga Khamis dan Ahad, 3.00 petang hingga 1.00 pagi pada hari Jumaat manakala 12.00 tengahari hingga 1.00 pagi pada Sabtu.

2. SukaSucre Bistro – Dato’ Fazley Yaakob

SukaSucre-Bistro 5 Restoran Milik Selebriti Lelaki Malaysia Yang Wajib Anda Singgah Untuk Jamu Selera!

Akaun Instagram: @sukasucrebistro

Buat anda yang sukakan pencuci mulut dan manisan yang sedap dan menarik, bolehlah singgah ke kafe milik juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012, Dato’ Fazley Yaakob iaitu SukaSucre Bistro. Selain kek, cupkek, macaron dan kuih-muih tradisional, bistro ini turut menghidangkan makanan berorientasikan Melayu Fusion terutamanya masakan lauk-pauk Negeri Sembilan.

Bistro yang terletak di Taman Perdana, Cheras, Kuala Lumpur ini beroperasi setiap hari Selasa hingga Khamis bermula 12.00 tengahari hingga 7.00 manakala Jumaat hingga Ahad pula dibuka pada jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam.

3. Comedy Planet – Dato’ Afdlin Shauki

Comedy-Planet 5 Restoran Milik Selebriti Lelaki Malaysia Yang Wajib Anda Singgah Untuk Jamu Selera!

Akaun Instagram: @afdlinscomedyplanet

Siapa yang tidak mengenali dengan pelawak serba boleh bernama Dato’ Afdlin Shauki ini. Meskipun sibuk dengan aktiviti seninya, bintang filem Buli dan Soal Hati ini turut membuka dua restoran bertempat di Kilang Bateri, Johor Bahru dan Great Eastern Mall, Ampang.

Di restoran ini, para pengunjung disajikan dengan makanan tradisional Melayu dan barat di mana hidangannya menggunakan nama-nama yang unik seperti Sup Tulang Merah Tanda Berhenti, Sizzling Nasi Goreng Ke Ladang, Nasi Goreng Ke Laut, Gado-Gado Balik Rumah, Nasi Lemak Konfius Mak, Meet Syiok Sedulang dan Shell Syiok Sedulang.

Paling menarik, para pelanggan juga akan dihiburkan dengan program hiburan santai seperti lawak jenaka dari pelawak-pelawak tempatan, persembahan nyanyian, berkaraoke dan banyak lagi.

4. JMT Cafe – Issey Fazlisham

JMT-Cafe 5 Restoran Milik Selebriti Lelaki Malaysia Yang Wajib Anda Singgah Untuk Jamu Selera!

Akaun Instagram: @jmtcafe

Korang dah pernah kunjungi JMT Cafe? Kalau anda nak tahu, JMT Cafe atau Jeligho, Menyelerakan, Tasty Cafe ini milik pelawak dan penyampai radio Hot.FM, Issey Fazlisham yang menyajikan makanan barat dengan harga mampu milik.

Jika sebelum ini dibuka di Kampung Baru, JMT Cafe yang kini beroperasi di Segambut di buka setiap hari dari 5.00 petang hingga 1.00 pagi kecuali Isnin. Antara makanan yang terdapat di kafe ini adalah Spaghetti Kampung JMT, Ayam Gunting JMT, Chicken Chop JMT, Burger Ayam JMT, Mushroom Soup JMT dan banyak lagi.

5. Fizo Mawar Kitchen- Fizo Omar

Fizo-Mawar-Kitchen 5 Restoran Milik Selebriti Lelaki Malaysia Yang Wajib Anda Singgah Untuk Jamu Selera!

Akaun Instagram: @fizomawarkitchen

Bukan sahaja terkenal dengan Hot Burgernya, Fizo Omar bersama isterinya, Mawar telah membuka sebuah restoran bernama Fizo Mawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Pelbagai sajian makanan Thai disediakan di restoran ini termasuklah Nasi Gaul, Siakap Miangkam, Khau Moh Khai, Bangkok Tomyam, Dragon Tomyam, Meggi Ketam Tomyam, Daging Bakar Thai dan Mee Udang Tomyam. Untuk info, restoran ini beroperasi setiap hari bermula 12.00 tengahari hingga 11.00 malam.

azlan-150x150 5 Restoran Milik Selebriti Lelaki Malaysia Yang Wajib Anda Singgah Untuk Jamu Selera!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #afdlin comedy planet kajang #afdlin comedy planet menu #Bisnes Artis Lelaki Malaysia #Bisnes Restoran Selebriti Malaysia #Comedy Planet #comedy planet great eastern mall contact number #comedy planet jb #comedy planet kl review #comedy planet menu #comedy planet review #dr fazley cafe shah alam #Fizo Mawar Kitchen #fizo mawar kitchen alamat #fizomawar kitchen bangi menu #harga makanan di fizomawar kitchen #harga makanan fizo mawar kitchen #jmt cafe menu #jmt cafe segambut #lokasi fizo mawar kitchen #makan di comedy planet #restoran afdlin #restoran dato fazley shah alam #restoran fattah amin #restoran fizo omar #Restoran Milik Artis Malaysia #Restoran Selebriti Malaysia #stalkers cafe fattah amin address #stalkers cafe fattah amin location #stalkers cafe instagram #stalkers cafe review #stalkerscafe #sukasucre bakery #sukasucre bistro price #sukasucre bistro shah alam #sukasucre instagram

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.