Biodata Shuk Sahar HotFM, Pelawak

Shuk Sahar

Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk ialah seorang pelawak, pengacara TV dan pelakon lelaki yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau pernah menjadi peserta Raja LawakMusim ke-5 dalam kumpulan Balas pada tahun 2011. Beliau bergandingan dengan Fendi dalam kumpulan tersebut dan mereka berdua berasal dari Pulau Pinang.

Pada 20 Disember 2015, Syuk telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya bersama gadis pilihannya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera (23 tahun) di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Pada 30 Oktober 2016, isteri Shuk selamat melahirkan anak perempuan mereka yang pertama diberi nama Nur Qurratu Ain pada pukul 10.05 malam di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh.

Shuk terlibat dengan stesen radio Hot FM, pengacara program Pop TV (TV9) dan Kaki Bahan (HyppTV). Disebabkan terlibat dengan kerjaya di stesen radio Hot FM pada setiap Isnin hingga Jumaat, Shuk banyak menerima tawaran sebagai pengacara. Jadi, ruang untuk berlakon menjadi agak terhad dan terbatas.

Shuk berusaha melakukan anjakan dalam kerjaya seninya agar tidak mudah berasa selesa. Dia mahu mencabar diri menjadi berdikari.

Untuk kekal dalam industri, dia perlu mempelbagaikan bakat termasuk berani mencuba perkara baharu selain tidak terlalu bergantung pada satu-satu sayap kerjaya.

Pada tahun 2019, Shuk terlibat dengan pengacaraan rancangan realiti I can See Your Voice Malaysia bersama Sean Lee.

Biodata Ringkas Shuk Sahar :

Nama penuh : Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar
Asal : Pulau Pinang, Malaysia
Kediaman : Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Warganegara : Malaysia
Nama lain : Shuk Joras, Shuk Balas
Pekerjaan : Pelakon, Pelawak, Pengacara TV, Penyampai Radio
Tahun aktif : 2011 – kini
Pasangan : Rossalennah Asshaferah (2015)
Nama anak sulung : Nur Qurratu Ain (2016)
Instagram : https://www.instagram.com/shuk_hotfm/

Loading...

Tags: #isteri shuk #pengacara i can see your voice malaysia #shuk balas #shuk hotfm #shuk parodi #shuk pelawak #shuk sahar #shuk syj

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.