4 Rahsia Kecantikan Diri Siti Saleha Yang Perlu Anda Ketahui

Rahsia Cantik Siti Saleha 2017

Jika anda antara pengemar drama-drama Melayu, nama Siti Saleha mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Beri apa sahaja watak, wanita berusia 27 tahun ini akan mencuba membawanya dengan cara tersendiri.

Mula dikenali menerusi drama Nora Elena, pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum ini dikurniakan rupa paras cantik menawan dan mempunyai badan yang kurus langsing bak jam pasir. Siapa sahaja yang memandang pasti jatuh cinta dengan keayuan yang dimilikinya.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda empat rahsia kecantikan Siti Saleha buat tatapan para pembaca. Check it out!

1. Makan Makanan Seimbang

“Saya makan nasi sekali seminggu. Saya lebihkan memakan salad dan sayuran dalam hidangan serta elakkan memakan makan berminyak dan berlemak. Jangan lupa untuk memakan buah-buah dan minum air putih,” katanya.

2. Cuci Wajah Setiap Hari

“Kita kena rajin mencuci wajah setiap hari. Sebelum menggenakan sebarang solekan, saya sapu minyak hidrasi dan pelembap. Sebelum tidur, saya akan pastikan wajah bersih daripada sebarang solekan dan memulakan rejim malam iaitu dengan menggunakan pupur dan pelembap wajah,” jelasnya.

3. Buat Rawatan Rambut Di Salon

“Rambut saya akan jadi berminyak jika tidak dicuci setiap hari. Oleh itu, saya akan menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai supaya dapat mengelakkan rambut kering akibat dibasuh setiap hari. Selain itu, saya akan ke salon setiap tiga bulan untuk membuat rawatan rambut dan memotong seinci hujung rambut bagi menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat,” katanya.

4. Gemar Cuba Solekan & Gaya Baru

“Untuk ke majlis formal atau anugerah, saya suka bereksperimen dengan teknik solekan dan gaya baru. Di samping maskara, sedikit olesan pemerah pipi dan pengilat bibir mampu menambah seri wajah seseorang,” jelasnya.

Sumber: Majalah EH!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cantik Macam Siti Saleha #Petua Kecantikan Siti Saleha #Rahsia Cantik Siti Saleha #Rahsia Kecantikan Siti Saleha #siti saleha

Contoh Format Resume Memohon Kerja Terbaik Dan Lengkap
Apa itu resume? Resume adalah satu dokumen ringkas namun padat yang menggambarkan profil diri,
Cara Melatih Anak Supaya Solat 5 Waktu
Untuk mengajarkan anak kecil solat memang amanah yang sukar. Apatah lagi untuk solat
Cara Tulis Surat Rasmi Permohonan kerja Dalam Bahasa Melayu@Inggeris
Surat memohon kerja WAJIB dilampirkan bersama dengan resume anda ketika membuat permohohan kerja.
Khasiat Bunga Telang Untuk Kesihatan
Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea selalunya digunakan sebagai pewarna semula jadi

Comments are closed.