Cara Mengatasi Masalah Kelawar Dari Memasuki Bumbung Rumah Anda

Kelawar Dalam Bumbung

Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung.

Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia.

Pernahkah rumah anda dimasuki kelawar melalui celahan bumbung atau bahagian atap?

Pastinya ia cukup mengganggu dengan bunyi bisingnya lebih-lebih lagi najis yang menyebabkan bau yang tidak selesa dan mengotorkan bahagian loteng rumah anda.

Jika pernah, bagaimanakah cara untuk menghalau atau menghalang kelawar dari memasuki loteng rumah?

Berikut merupakan cara-caranya :

  • Gunakan jaring
    Untuk menghalang kelawar dari memasuki bahagian bumbung, pasangkan jaring untuk menutup lubang di bahagian salur atap. Cara ini lebih menjimatkan kos berbanding anda menggunakan perkhidmatan pest control.
  • Gunakan atap transparent
    Atap transparent atau atap jernih membolehkan cahaya matahari memasuki bahagian loteng. Kelawar tidak suka pada cahaya dan keadaan cerah.
  • Pasang lampu pendaflour
    Pasangkan lampu pendaflour atau lampu kalimantang pada bahagian siling, luar atap tempat kelawar memasuki rumah. Ternyata cara ini dapat menghalang kelawar dari memasuki atap dan tinggal dalam loteng rumah anda kerana kelawar tidak sukakan cahaya.
  • Ubat gegat
    Letakkan ubat gegat atau semburkan ubat nyamuk untuk menghalau kelawar. Cara ini berkesan untuk beberapa bulan namun praktikal dan menjimatkan kos.
  • Letakkan benda berduri

    Bahagian pokok yang berduri seperti pokok bunga kertas, dahan pokok salak dan sebagainya boleh diletakkan di bahagian atap dan laluannya. Kelawar tidak suka pada benda berduri kerana akan terluka apabila mengenai sayapnya.
  • Daun durian belanda
    Ini merupakan petua orang dahulu. Gunakan dahan durian belanda yang mempunyai daun, letakkan pada bahagian bumbung rumah. Kelawar akan tidak lagi memasuki rumah anda dan beransur untuk meninggalkan loteng. Sangat berkesan untuk menghalau kelawar.

Peralatan Menghalang Kemasukan Kelawar Di Pasaran

Selain daripada kaedah di atas, terdapat juga cara lain untuk menghalang kemasukan haiwan seperti kelawar, burung dan musang daripada memasuki bumbung rumah anda.

Cara pemasangannya adalah sangat simple dan tidak memerlukan tenaga pakar yang mahir. Kebiasaannya peralatan ini sering dipasang sebagai aksesori tambahan pada rumah banglo yang mempunyai jenis atap bata monier.

Terdapat dua jenis dipasaran seperti gambar di bawah ;

Alat Halang Kelawar Halang KelawarCara Pasang Alat Halang Haiwan MasukAlat Halang Kelawar Burung

Carian Berkaitan

cara berkesan halau kelawar, carA halau kelawar, cara halau kelawar dari bumbung rumah, cara halau kelawar masuk, halau kelawar dari bumbung rumah
Loading...

Tags: #cara halang kelawar memasuki bumbung rumah #cara halau kelawar memasuki rumah #cara tutup lubang atap #halau kelawar rumah cara jimat #Peralatan Menghalang Kemasukan Kelawar Yang Terdapat Di Pasaran #perangkap kelawar

Cara Menghilangkan Marah Mengikut Ajaran Islam
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk
Senarai Barangan Yang Dilarang Dalam Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Terdapat peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi oleh para penumpang pesawat, termasuk antaranya peraturan mengenai benda-benda
Senarai Makanan Paling Sesuai Semasa Wanita Datang Haid!
Dalam kitaran sistem reproduksi wanita, sewaktu PMS, semasa pengovulan, semasa datang haid dan
Petua Menghilangkan Parut Dengan Mudah
Parut terjadi kerana pertumbuhan kolagen yang berlebihan dan cepat terbentuk akibat proses penyembuhan luka

Comments are closed.