Cara Mengatasi Penyakit Gatal Dan Ruam Pada Kulit Bayi

Atasi Ruam Pada Bayi

Ruam merah atau gatal pada si kecil selalu muncul pada bayi baru lahir. Tahukan anda, kulit bayi 10 kali lebih nipis berbanding kulit orang dewasa.

Oleh itu, kulit mereka yang gebu, halus mulus adalah sangat sensitif pada apa jua gangguan fizikal.

Sesetengah bayi mempunyai alahan di mana kulitnya sangat sensitif sehinggakan tidak boleh dibiarkan di dalam keadaan basah terlalu lama terutamanya akibat peluh ataupun lampin yang sudah penuh.

Kulit mereka akan menjadi kemerahan dan mungkin menggelupas. Perkara ini menyebabkan bayi kurang selesa, kesakitan dan meragam. Tentu para ibu akan berasa panik.

Jadi, apakah yang perlu lakukan untuk menghilangkan ruam pada kulit bayi?

Apakah Itu Ruam?


Ruam biasanya menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan menyebabkan kegatalan terutamanya di bahagian anggota badan seperti di celah kelangkang, kemaluan, punggung, bahagian leher dan peha bayi.

Sekiranya dijangkiti kuman, kawasan ruam akan kelihatan merah, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok. Ruam ini dipenuhi bintik-bintik kecil pada bahagian yang dijangkiti.

Punca Terjadi Ruam
Kebiasaannya ruam berlaku kepada kulit bayi yang sensitif terhadap :

  • Air kencing
    Lampin dipakai terlalu lama. Bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan menyebabkan lapisan pelindungan kulit musnah. Oleh itu, kulit akan menjadi merah dan berlaku keradangan.
  • Najis
    Najis bayi menjadi sedikit berasid bergantung kepada pemakanan bayi dan ubat ubatan tertentu.
  • Bahan Kimia
    Sabun mandian dan sabun membasuh lampin mungkin mengandungi bahan kimia yang menyebabkan kegatalan kepada bayi.
  • Peluh
    Peluh akibat pengaliran udara yang tidak baik, udara panas atau peluh yang terkeluar dari badan bayi ketika bermain.

Tips Penjagaan Kulit Bayi Yang Terkena Ruam

Pastikan bayi sentiasa dalam keadaan kering. Dedahkan bahagian terkena ruam pada udara terutamanya apabila ruam sudah kelihatan atau menjadi semakin teruk.

  • Kerap menukar lampin bayi
    Jangan biarkan air kencing terlalu lama sehingga lampin menjeruk. Tukar lampin dengan segera apabila lampin sudah kotor atau basah.
  • Kurangkan penggunaan sabun
    Jangan mencuci bahagian yang terkena ruam dengan kerap. Sebaiknya hanya menggunakan air suam untuk mencuci sisa kencing atau berak bayi.
  • Elakkan penggunaan bedak talkum
    Bedak akan menyebabkan kulit bayi menjadi kering. Sesetengah bedak memerangkap air termasuklah peluh bayi. Bedak dan peluh yang terkumpul di bahagian pelipat menyebabkan kulit menggatal. Anda boleh menggunakan bedak yang diperbuat daripada cornstarct.
  • Elakkan membasuh cloth diapers dengan sabun pencuci
    Khas untuk mereka yang menggunakan cloth diapers, elakkan penggunaan sabun pencuci yang berbau wangi dan pelembut pakaian. Cukup sekadar membuang sisa, rendam dengan air suam dan bilas beberapa kali.
  • Longgarkan pemakaian lampin
    Jangan pakaikan lampin pada bayi terlalu ketat. Pastikan bayi selesa untuk pergerakan dan kulit boleh bernafas.
  • Menyusu badan
    Ruam disebabkan daya ketahanan badan bayi yang lemah dan tidak dapat melawan jangkitan. Susu ibu sangat membantu untuk mengurangkan ruam bayi. Oleh itu, ibu menyusu perlulah mengambil diet yang berkhasiat untuk membentuk imunisasi bayi yang kuat.

Petua Merawat Ruam Pada Kulit Bayi

  • Tepung Ubi
    Hanya bancuhkan tepung ubi dan sapu pada bahagian ruam. Mudah dan selamat. Ia membantu masalah kulit termasuklah masalah melecet dan jerawat. Ia sejuk apabila disapukan pada kulit dan memberikan rasa selesa kepada bayi.
  • Minyak Zaitun
    Minyak zaitun kaya dengan vitamin E, membantu merawat kulit yang rosak dan mengurangkan rasa kerengsaan pada bayi.
  • Penggunaan Nappy Rash Cream
    Pelbagai krim untuk ruam bayi yang terdapat di pasaran. Sebagai ibu bapa, kita perlulah mencari yang bersesuaian dengan kulit bayi.
Loading...

Tags: #baby rashes #bintik merah pada kulit anak tanpa demam #cara menghilangkan bintik merah di wajah bayi #Cara Menghilangkan Gatal dan Ruam Merah Pada Bayi #cara merawat ruam pada bayi #kulit bayi bintik merah #Penyakit Gatal Dan Ruam Pada Kulit Bayi #petua merawat ruam #Petua Merawat Ruam Pada Kulit Bayi #punca ruam bayi #ruam dan gatal pada bayi #ruam merah pada kulit bayi #ruam pada bayi #ruam pada kulit bayi #salep gatal untuk bayi #tips penjagaan kulit bayi yang terkena ruam #ubat alergi kulit pada bayi #ubat gatal bayi 6 bulan

Wanita, Hindari 5 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Kulit Wajah Anda Bermasalah!
Memiliki kulit wajah yang cerah, tidak berjerawat dan berseri-seri merupakan impian setiap wanita
Ulser Kornea, Pengguna Kanta Lekap Berisiko Mengalami Buta Kekal!
Mesti ada segelintir daripada anda yang gemar memakai kanta lekap dan ada ketikanya
Tanda Mengalami ACL, Kecederaan Lutut Yang Biasa Berlaku Kepada Mereka Yang Aktif Bersukan!
Kecederaan lutut atau dalam bahasa saintifiknya osteoarthritis sering dialami oleh mereka yang gemarkan
20 Fakta Mengenai Manfaat Air Sejuk & Ais Untuk Tubuh Badan Yang Jarang Diketahui!
Minuman mengandungi ais menjadi pilihan utama kerana mampu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat.

Comments are closed.