Biodata Mustaqim Bahadon, Pelakon Kacak Persis Azrel Ismail

Biodata Mustaqim Bahadon, Pelakon Kacak Persis Azrel Ismail

Pemilik nama Mustaqim Baharon atau lebih dikenali sebagai Mustaqim merupakan seorang pelakon dan model iklan yang berasal dari Kangar, Perlis.

Jejaka kacak ini mula dikenali selepas membintangi drama bersiri popular berjudul Kerana Anisa bergandingan aktres cantik, Zara Zya yang telah bersiaran di saluran TV3.

Hari ini, nama Mustaqim semakin disebut-sebut sebagai pendatang baharu yang bakal mencipta nama dalam industri seni lakonan negara.

Sedar atau tidak, pemuda berusia 32 tahun ini sudah berkelana dalam arena seni hiburan tempatan hampir 8 tahun.

Terkini, lelaki bertubuh sasa ini sedang sibuk dengan sesi pengambaran dua drama berantai terbaharunya iaitu Tiada Arah Jodoh Kita (Akasia TV3) dab Jangan Padam Rindu (RTM).

Jangan buang masa, jom kita berkenalan dengan figura yang dikatakan persis Azrel Ismail ini.

Biodata Ringkas Mustaqim Bahadon

Nama Penuh: Mustaqim Bahadon
Nama Komersil: Mustaqim Bahadon
Umur: 32 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 1 Mac 1985
Zodiak: Pisces
Asal: Kangar, Perlis
Adik Beradik: Anak kelima daripada enam beradik
Karier: Pelakon, Model, Jurulatih Kecergasan & Usahawan
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Fatonah Azali, Kak Marr, Tiada Arah Jodoh Kita, Jangan Padam Rindu, Bawa Aku Ke Syurga, Cinta Hati Batu, Lara Terindah, Encik Ustaz, Kerana Anisa, Selumbar Kasih, Mata Hati Ibu, Married Tapi Benci, Anak Ke-5, Jodoh Ke Uolls, Hidayahmu Ramadan, Menantu Second Class, Hati Perempuan, Milik Siapa Syurga Itu, Menantu Tiga Rasa, 4 Penjuru, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Terciptanya Takdir, Serondeng Daging Abang Sado, Mat Kari Mek Tomyam, Asmaradana, Jodoh 2, Lara Hati, Kasyaf dan banyak lagi.

Filem: Kau Yang Satu, KL Gangster 2, Surf This Love, KL Vampire dan KL Special Force.

Laman Media Sosial Mustaqim Bahadon

Trivia Menarik Tentang Mustaqim Baharon

  • Lulusan jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah.
  • Jejaka kacak ini berdarah campuran Melayu-Cina.
  • Pernah menyertai program Pencarian Lelaki Maskulin (PLM) 2008/2009.
  • Di samping aktif berlakon, Mustaqim juga berjinak-jinak dalam bisnes dimana membuka sebuah kedai gunting rambut iaitu Shortea Barbershop yang beroperasi di Wangsa Maju mulai 31 Oktober 2016.
  • Wajahnya turut menghiasi beberpa iklan komersil tempatan seperti Jakel, Tia Amelia dan Nescafe Ipoh White Coffee.
  • Finalis program terbitan TV9, Perang Bibir yang turut disertai Neera Azizi, Mawar Rashid dan Zulin Aziz.
  • Pemuda tinggi lampai ini pernah bergelar jurulatih kecergasan peribadi di sebuah pusat kercergasan di Kuala Lumpur.
  • Menjadi model lelaki dalam video muzik untuk single terbaharu Ara Johari berjudul Bunga.
  • Namanya pernah tular dan sensasi di laman media sosial setahun lalu gara-gara menjadi model untuk jubah lelaki Pahlawan yang dikatakan menyerupai pakaian wanita.
  • Mustaqim Baharon Official FC adalah nama kelab peminat aktor ini.
  • Memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Mustaqim Bahadon, Pelakon Kacak Persis Azrel Ismail

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Mustaqim Baharon #figura yang dikatakan persis Azrel Ismail #Kenali Mustaqim Baharon #mustaqim bahadon #mustaqim bahadon 2017 #mustaqim bahadon dan isteri #mustaqim bahadon drama #mustaqim bahadon instagram #Mustaqim Baharon #Mustaqim Baharon Official FC #Profil Mustaqim Baharon

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.