Kenali Farisha Irish, Penyanyi Lagu Tak Malu

Kenali Farisha Irish, Penyanyi Lagu Tak Malu

“Ku tak malu cintamu, Ku tak malu mahumu, Biar satu dunia yang tahu, Jantungku jantungku berdegup, Berdegup berdegup selalu untukmu…,”

Itulah bait-bait lirik lagu yang semakin menjadi siulan dan meniti di bibir dalam kalangan penggemar muzik jenis catchy serta anak muda masa kini.

Single berjudul Tak Malu yang dinyanyikan oleh pendatang baharu bernama Farisha Irish dicipta sepenuhnya oleh komposer serta penulis lirik terkenal tanah air iaitu Mike Chan dan Omar K.

Paling menarik, lagu bergenre pop santai ini menjadi lagu tema untuk drama bersiri popular, Duda Pujaan Dara yang dibintangi oleh Kamal Adli dan Zahirah MacWilson.

Untuk info, si cantik berusia 18 tahun ini adalah naib johan program realiti, Idola Kecil musim keempat terbitan TV9 dan dan tempat ketiga Ceria Popstar (Astro Ceria 611).

Jangan buang masa, jom baca ringkasan biodata dan trivia menarik gadis berasal dari Sepang, Selangor ini.

Biodata Ringkas Farisha Irish

Nama Penuh: Farisha Asmadi
Nama Komersil: Farisha Irish
Umur: 18 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 25 April 1999
Zodiak: Taurus
Asal: Sepang, Selangor
Kerjaya: Penyanyi & Mahasiswa
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Tak Malu

Laman Media Sosial Farisha Irish

Trivia Menarik Tentang Farisha Irish

  • Kini, bernaung di bawah label syarikat rakaman Sonic Music.
  • Sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka.
  • Pernah menjadi pengacara untuk program Nasi Lemak Kopi O di TV9 selama dua tahun.
  • Farisha juga pernah mengendalikan dua program kanak-kanak iaitu ChiChi & ChaCha serta Teng Teng.
  • Malah, figura ini juga pernah membintangi sebuah drama bersiri berjudul Nujum Kenit dan sebuah telefilem, Tiba Masanya.
  • Di samping menyanyi, gadis ini juga mahir bermain piano.
  • Sama seperti penyanyi-penyanyi lain, Farisha turut rajin memuat naik video lagu cover nyanyiannya di laman media sosial seperti Sakit (iamNETTA), Takdir Cinta (Fauziah Latiff), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Terus Mencintai (Siti Nordiana) dan banyak lagi.
  • Ibunya berkerja sebagai seorang guru.

Foto Menarik Farisha Irish

Farisha-Irish-yang-comel-300x300 Kenali Farisha Irish, Penyanyi Lagu Tak Malu Farisha-Irish-300x300 Kenali Farisha Irish, Penyanyi Lagu Tak Malu Foto-Menarik-Farisha-Irish-300x300 Kenali Farisha Irish, Penyanyi Lagu Tak Malu gambar-selfie-Farisha-Irish-300x300 Kenali Farisha Irish, Penyanyi Lagu Tak Malu

azlan-150x150 Kenali Farisha Irish, Penyanyi Lagu Tak Malu

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Farisha Irish #farisha ceria popstar #Farisha Irish #farisha irish biodata #farisha irish ceria popstar #farisha irish idola kecil #Farisha Irish Penyanyi Lagu Tak Malu #farisha irish profile #farisha irish songs #farisha irish tak malu #farisha irish umur #gambar Farisha Irish #Kenali Farisha Irish #lagu tak malu #penyanyi lagu tak malu #profil Farisha Irish

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.