Biodata Syamim Farid, Pelakon Cantik Drama Mata Cinta

Biodata Syamim Farid, Pelakon Cantik Drama Mata Cinta

Setelah setahun berehat dari dunia seni hiburan, Syamim Farid kini kembali dengan buah tangan terbaharunya iaitu drama atas talian atau web berjudul Mata Cinta.

Menerusi drama berkenaan, si cantik ini memegang watak antagonis bernama Ejay yang turut dijayakan oleh Juliana Evans, Julien Buteau, Sasha Saidin dan Dynas Mokhtar.

Drama 10 episod ini sedang ditayang secara eksklusif di platform digital menerusi www.matacinta.com.my serta aplikasi Gempak mulai 9 Oktober lalu.

Meskipun masih hijau di pentas lakonan, figura berwajah lembut ini tetap optimis untuk mencipta namanya sebagai anak wayang.

Untuk pengetahuan para pembaca, anak jati Selangor ini pernah mengacarakan program terbitan Astro iaitu HLive! dan Go Shop.

Terdahulu, wanita berusia 25 tahun ini turut dinobatkan sebagai naib johan Dewi Remaja 2014/2015.

Jangan buang masa, jom intip ringkasan biodata dan trivia Syamim Farid ini.

Biodata Ringkas Syamim Farid

Nama Penuh: Syamim Mohd Farid
Nama Komersil: Syamim Farid
Tarikh Lahir: 29 Januari 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Asal: Batu Caves, Selangor
Adik Beradik: Anak ketiga daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon, Pengacara & Model
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Mata Cinta & Mamat Muka Selenge.

Host TV: Go Shop & HLive!

Laman Media Sosial Syamim Farid

Trivia Menarik Tentang Syamim Farid

  • Mula menceburi bidang peragaan dan pengiklanan sejak berusia 19 tahun lagi.
  • Naib Juara Dewi Remaja 2014/2015 dan Dewi Menawan 2014/2015
  • Wajahnya turut menghiasi pelbagai iklan komersil seperti Johnson’s Baby Care, Nestle Yogurt Bliss, Nescafe, Nestle Aiskrim Goreng dan Fair & Lovely.
  • Menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan hati bernama Tengku Ezrique Ezzuddean yang merupakan kerabat diraja Selangor pada 21 Mac 2016.
  • Bercita-cita ingin memgendalikan rancangan Nona dan Mad Markets.
  • Menjadikan bekas personaliti TV3 iaitu Azizah Ariffin sebagai idolanya dalam bidang pengacaraan dan penyiaraan.
  • Kini bernaung di bawah label E Studios Management Sdn Bhd.
  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.
  • Seringkali dianggap sebagai seorang yang sombong dan high maintenance.
  • Pernah bergelar jurucakap kepada produk kecantikan Sweedskin.
  • Mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Menarik Syamim Farid

wajah-Syamim-Farid-300x300 Biodata Syamim Farid, Pelakon Cantik Drama Mata Cinta Syamim-Farid-300x300 Biodata Syamim Farid, Pelakon Cantik Drama Mata Cinta pelakon-Syamim-Farid-300x300 Biodata Syamim Farid, Pelakon Cantik Drama Mata Cinta gambar-Syamim-Farid-2017-300x300 Biodata Syamim Farid, Pelakon Cantik Drama Mata Cinta

azlan-150x150 Biodata Syamim Farid, Pelakon Cantik Drama Mata Cinta

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Ringkas Syamim Farid #Biodata Syamim Farid #Kenali Syamim Farid #Laman Media Sosial Syamim Farid #Profil Syamim Farid #Syamim Farid #syamim farid dan suami #Syamim Farid Dewi Remaja #syamim farid go shop #syamim farid seksi #Trivia Menarik Tentang Syamim Farid

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.