Top 5 Video Muzik Paling Banyak Tontonan Di YouTube Hingga Saat Ini!

Vdo See You Again

YouTube, laman perkongsian video yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat hari ini.

Bukan sahaja dapat menonton pelbagai video dari dalam dan luar negara malah anda juga boleh memuat naik dan memuat turun video kegemaran di saluran berkenaan.

Menerusi YouTube, anda juga boleh mendengar single terbaharu artis-artis tempatan dan antarabangsa sekaligus menonton video muzik yang dihasilkan mereka.

Berbicara tentang YouTube dan muzik, siapa agaknya yang senarai sebagai video muzik paling banyak ditonton di platform tersebut.

Dipetik dari portal berita The Telegraph UK, penulis senaraikan top 5 video muzik paling banyak tontonan di YouTube sehingga saat ini. Take a look!

5. Uptown Fuck – Mark Ronson ft Bruno Mars

Uptown-Fuck-Mark-Ronson-ft-Bruno-Mars Top 5 Video Muzik Paling Banyak Tontonan Di YouTube Hingga Saat Ini!

Ditonton lebih 2.6 bilion tontonan, lagu Uptown Fuck nyanyian Mark Ronson dan Bruno Mars menduduki tangga kelima sebagai Top 5 video muzik paling banyak ditonton di YouTube sehingga saat ini.

Dimuatnaik sejak 19 November 2014, lagu ini telah memenangi tiga anugerah iaitu Best Pop Vocal Album, Best Pop Duo/Group Performance dan Records Of The Year di Grammy Awards 2016. Lagu ini juga mengungguli carta pertama di Billboard Hot 100 Amerika Syarikat selama 14 minggu dan 7 minggu di UK Singles Chart.

4. Sorry – Justin Bieber

Justin_Bieber_-_Sorry_ Top 5 Video Muzik Paling Banyak Tontonan Di YouTube Hingga Saat Ini!

Penyanyi dan penulis lirik kelahiran Kanada ini berada di tangga keempat menerusi lagu Sorry yang ditonton lebih 2.7 bilion tontonan sejak dimuatnaik pada 22 Oktober 2015.

Lagu ini pernah memenangi beberapa anugerah iaitu Video Of The Year di American Music Awards 2016, Best Song di MTV Europe Music Awards 2016 dan Choice Music Single: Male di Teens Choice Awards 2016. Terdahulu, single pertamanya iaitu Baby pernah tersenarai sebagai top 10 video muzik paling banyak ditonton di YouTube kira-kira 1.7 bilion tontonan sebelum terkeluar carta.

3. Gangnam Style – PSY

Gangnam-Style-PSY-300x300 Top 5 Video Muzik Paling Banyak Tontonan Di YouTube Hingga Saat Ini!

Mencipta fenomena luar biasa dalam industri muzik antarabangsa sekitar 2012, lagu Gangnam Style nyanyian asal PSY ini merupakan video muzik pertama yang ditonton 1 bilion tontonan dalam sejarah YouTube. Kini, lagu ‘berhantu’ ini berada di posisi ketiga sebagai top 5 video muzik paling banyak ditonton di saluran YouTube sehingga saat ini.

Mengutip sebanyak 2.9 bilion tontonan, lagu ini telah dimuatnaik di saluran berkenaan pada 15 Julai 2012. Terbaharu, penyanyi yang berasal dari Korea Selatan ini telah melancarkan album kelapannya bertajuk 4×2=8 dimana single pertamanya iaitu I Luv It semakin meraih perhatian daripada penikmat muzik global.

2. See You Again: Wiz Khalifa ft Charlie Puth

Wiz_Khalifa_Feat._Charlie_Puth_-_See_You_Again Top 5 Video Muzik Paling Banyak Tontonan Di YouTube Hingga Saat Ini!

Lagu See You Again dendangan Wiz Khalifa bersama penyanyi popular Hollywood, Charlie Puth menyandang tempat kedua dengan meraih 3 bilion tontonan di YouTube. Video klip yang dimuatnaik pada 6 April 2015 ini menjadi lagu soundtrack kepada filem box office, Furious 7 (2015).

Malah, lagu ini juga ditujukan kepada aktor, Paul Walker iaitu pemegang karakter utama siri filem Fast & Furious sebagai Brian O’Connor yang meninggal dunia akibat kecelakaan kereta pada 2013. Lagu ini ditulis oleh Puth apabila mendapat ilham tatkala merindui kawan baiknya.

1. Despacito : Luis Fonsi ft Daddy Yankee

Despacito-Luis-Fonsi-ft-Daddy-Yankee Top 5 Video Muzik Paling Banyak Tontonan Di YouTube Hingga Saat Ini!

Tempat pertama top 5 video muzik paling banyak ditonton di YouTube menjadi milik Luis Fonsi dan Danddy Yankee menerusi lagu Despacito. Lagu berbahasa Sepanyol ini berjaya mendapat tontonan sebanyak lebih 3.6 bilion sejak dimuatnaik di YouTube pada 12 Januari 2017.

Sementara itu, versi remix bersama Justin Bieber pula ditonton lebih 500 juta tontonan. Bukan sahaja tular di media-media sosial, lagu ini turut dijadikan video nyanyian cover oleh artis-artis popular dunia dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Hebat bukan!

azlan-150x150 Top 5 Video Muzik Paling Banyak Tontonan Di YouTube Hingga Saat Ini!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Despacito : Luis Fonsi ft Daddy Yankee #Gangnam Style - PSY #hit video youtube #See You Again: Wiz Khalifa ft Charlie Puth #Sorry - Justin Bieber #top video dalam youtube #Uptown Fuck - Mark Ronson ft Bruno Mars #Video Muzik Paling Banyak Tontonan Di YouTube #Video Muzik Paling Banyak View Di Youtube

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.