Kenali Alvin Chong, Aktor Berbangsa Cina Kelahiran Pulau Pinang

Biodata Alvin Chong

Selepas membintangi drama bersiri popular Suri Hati Mr Pilot, nama Alvin Chong mula meniti di bibir para peminat tempatan.

Sejak itu, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini semakin laris di arena seni lakonan dan tersenarai dalam beberapa anugerah seni hiburan tanah air.

Terdahulu, aktor berbangsa Cina ini memulakan karier sebagai anak wayang menerusi drama rantaian Dia Semanis Honey.

Dalam perkembangan terbaharu, figura kacak ini bakal muncul dalam program realiti berjudul The House bersama-sama Fattah Amin mulai 20 September 2017.

Selain itu, drama bersiri lakonannya iaitu Awak Suka Saya Tak bergandingan dengan Emma Maembong akan menemui para penonton pada Oktober 2017.

Berikut, penulis senaraikan ringkasan biodata dan trivia menarik tentang Alving Chong. Selamat membaca!

Biodata Ringkas Alvin Chong

Nama Penuh: Alvin Chean Wah Chong
Nama Komersil: Alvin Chong
Tarikh Lahir: 23 Januari 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Zodiak: Aquarius
Asal: George Town, Pulau Pinang
Adik Beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Model & Usahawan
Agama: Kristian
Bangsa: Cina
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Alvin Chong FC

Drama/Telefilem: Awak Suka Saya Tak, 3 Gadis Manis, Tangisan Kubur, Suri Hati Mr Pilot, Suri Hati Mr Pilot Raya, Dia Semanis Honey,

Filem: Once Open A Time, 3 Brothers & The Dream Boys.

Lagu: Lagu Mu, Don’t Ask Me Why, Born This Way, OH!, Perfect dan pelbagai lagu mandarin.

Laman Sosial Media Alvin Chong

Trivia Menarik Alvin Chong

  1. Alvin kini bernaung dibawah label pengurusan Hashtag Entertainment.
  2. Merupakan finalis program realiti nyanyian, Astro Star Quest (ASQ) pada 2009.
  3. Beliau memulakan langkah seni sebagai seorang penyanyi pada 2012 dan mempunyai 10 buah lagu berbahasa mandarin.
  4. Seorang yang mementingkan kebersihan dan mempunyai masalah Obsesif Kompulsif (OCD).
  5. Pertama kali mengeluarkan single berbahasa Melayu berjudul Lagu Mu yang menjadi lagu runut bunyi OST kepada drama Suri Hati Mr Pilot.
  6. Mempunyai jenama minyak wangian sendiri iaitu Dr.Love Fragrance yang telah berada di pasaran penghujung 2016 lalu.
  7. Pernah tersenarai Top 5 Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017 dan Artis Baharu Meletop di Anugerah Meletop ERA (AME) 2017.
  8. Mempunyai lebih 300,000 pengikut di instagram.

Foto Menarik Alvin Chong

Alvin Chong Driving Alvin Chong Pakai Songkok Alvin Chong Gambar Alvin Chong Sosial Media Alvin Chong Wajah Alvin Chong

Carian Berkaitan

tarikh lahir alvin chong, alvin chong profile, foto alvin chong dan adik beradik alvin chong

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Alvin Chong #alvin chong actor #alvin chong artist #alvin chong bio #alvin chong biodata penuh #alvin chong facebook #alvin chong profile #alvin chong singer #Alvin Chong Suri Hati Mr Pilot #alvin chong tattoo #Alvin Chong The House Astro Ria #Biodata Alvin Chong #Kenali Alvin Chong #Menarik Tentang Alvin Chong #Profil Alvin Chong #Trivia Menarik Alvin Chong

Biodata Sabri Yunus, Pengarah & Otai Komedi Terkenal
Telefilem Pok Ya Cong Codei mula menjadi tular dan mendapat sambutan luar biasa
5 Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Pulau Pinang
Ternyata ramai selebriti popular tanah air yang berasal dari Pulau Pinang selain Johor,
Biodata Hazman Al-Idrus, Pelakon Kacak Drama Kekasih Paksa Rela
Siapa yang menonton drama berantai Kekasih Paksa Rela di TV3, pastinya mengenali jejaka
Anugerah Juara Lagu 32 (AJL), Ini Fakta Menarik Buat Tatapan Pembaca!
Demam Anugerah Juara Lagu (AJL) kini kembali! Bakal bersiaran pada 11 Februari 2018

Comments are closed.