3 DIY Masker Buah-buahan Ini Dapat Atasi Masalah Rambut Anda!

Diy Masker Rambut

Tidak dinafikan, buah-buahan sangat baik dan bermanfaat kepada kita semua.

Bukan sahaja boleh dimakan terus atau dibuat jus minuman, buah-buahan juga turut digunakan dalam aspek kecantikan diri dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Bagi yang mengalami masalah rambut, penulis kongsikan 3 DIY masker buah-buahan untuk kegunaan harian anda. Selamat mencuba!

1. Pisang

Siapa sangka, khasiat vitamin A dan C yang terkandung pada pisang mampu mengatasi masalah rambut kering dan bercabang.

Bahan-bahan:

  • 1 biji pisang
  • Yogurt
  • Madu

Cara Rawatan:

Caranya, kisar sebiji pisang dengan tiga sudu makan yogurt dan dua sudu makan madu dengan mesin pengisar sehingga menjadi adunan masker Setelah siap, oleskan masker dari kulit kepala sehingga hujung rambut. Biarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan dengan air hangat.

2. Lemon

Bukan sahaja digunakan dalam masakan dan minuman, buah lemon juga sangat bagus untuk kecantikan rambut kita semua. Pastinya, lemon menjadikan rambut anda lebih lembut, sihat dan bersinar.

Bahan-bahan:

  • Perahan Jus lemon
  • Madu

Cara Rawatan:

Campurkan 2 atau 3 sudu perahan jus lemon bersama-sama satu sudu makan madu. Kacau campuran ini sehingga sebati dan menjadi adunan masker. Lumurkan masker campuran lemon dan madu ini ke sekeliling kulit kepala dan rambut berserta urutan secara perlahan-lahan selama 15 minit. Seterusnya, tutupi rambut anda dengan tuala hangat dalam masa 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

3. Avokado

Avokado atau nama saintifiknya Persea Americana sangat kaya dengan pelbagai khasiat termasuklah protein, zat besi, kalsium dan vitamin E. Buat yang mengalami masalah rambut kering, buah avokado boleh jadi solusi terbaik anda.

Bahan-bahan:

  • ¬†Avokado
  • Sebiji Telur
  • Air Putih

Cara Rawatan:

Ambil 1 atau 2 biji buah avokado (buah matang). Korek isi buahnya dengan menggunakan sudu kemudian kisar dalam mesin pengisar. Tambahkan air putih dan sebiji telur ke dalam adunan avokado dan kisar sehingga terbentuknya masker. Aplikasikan masker keseluruh rambut dan diamkan seketika selama 20 minit. Akhir sekali, bersihkan masker ini dengan air hangat.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Atasi Masalah Rambut Dengan DIY Masker Buah-Buahan #Cara Buat DIY Masker Buah-Buahan #DIY Masker Buah-Buahan #masker untuk rambut #Rambut Cantik Dengan DIY Masker Buah-Buahan

Tips Membuka Penutup Botol Yang Ketat! Jom Cuba Teknik Ringkas Ini!
Buat anda yang suka memasak, pastinya mempunyai pelbagai botol atau bekas simpanan yang
5 Cara Betul Simpan Minyak Wangi Anda Supaya Kekal Tahan Lama!
Pada hari ini, pelbagai produk wangian diri terdapat di pasaran sama ada minyak
Cara Usir Nyamuk Menerusi Tanaman Pokok Hiasan. Anda Wajib Cuba!
Kehadiran nyamuk bukan sahaja menganggu persekitaran anda dan sekeluarga tetapi membawa pelbagai penyakit
5 Alasan Lelaki Masa Kini Tidak Terburu-Buru Untuk Berkahwin!
Apabila berbicara tentang perkahwinan, ianya merupakan impian setiap manusia di muka bumi ini.

Comments are closed.