Sinopsis Drama Maaf Tak Indah TV3

Maaf Tak Indah Drama Tv3

JUDUL : MAAF TAK INDAH
EPISOD : 18 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Amka Ahmad, Riqmal Eg
PENGARAH : Zamri Zakaria
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies, Fizo Omar , Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan, Pauline Tan, Yumna Ayuna, Muhammad Mikael Kahirul Izzad

Watak Pelakon
Azlee Khairi sebagai Raimie
Azar Azmi sebagai Syazan
Ruhainies sebagai Zila
Fizo Omar sebagai Jai
Zulkifli Ismail sebagai Rahim
Aida Khalida sebagai Sabariah
Mustapha Kamal sebagai Shariman
Didie Alias sebagai Safiah
Aleza Shadan sebagai Ros
Melanie Tan sebagai Cheryl
Pauline Tan sebagai Kelly
Yumna Ayuna sebagai Tijah
Tuan Zuhayr Al-Mundzair sebagai Adam
Cassia Nur Iman sebagai Tia

Lagu Tema OST
Maaf – Adira Suhaimi

Drama adaptasi novel Maaf Tak Indah karya Emy Roberto yang bakal mengisi slot Samarinda TV3. Menemukan gandingan Azlee Khairi dan Azar Azmi. Drama arahan Zamri Zakaria, terbitan Zamriez Golden Pictures. Telah menemui penonton bermula 12 Februari 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

Sinopsis Drama Maaf Tak Indah

Perkahwinan Syazan dan Raimie yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tidak mahukan anak tetapi Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka dan menjalin hubungan dengan Zila.

Setelah lima tahun, mereka dipertemukan kembali atas urusan kerja dan Syazan merayu agar dia dibenarkan untuk berjumpa dengan Adam. Raimie membenarkan Syazan berjumpa Adam dengan syarat Syazan tidur bersamanya. Demi kasih seorang ibu, Syazan bersetuju dengan syarat bodoh bekas suaminya namun Raimie yang sebenarnya masih menyayangi Syazan tidak bermaksud untuk berlaku jahat terhadap bekas isterinya itu. Tanpa disedari Raimie tidak mengetahui kewujudan anak mereka Tia.

Pada episod 1, Syazan sangat obses menjaga bentuk tubuh badannya, lebih-lebih lagi setelah berkahwin dengan Raimie. Dia banyak habiskan masa dengan sahabatnya, Cheryl di Gym dan kelas Zumba. Oleh sebab itu jugalah dia tidak mahu mengandung, sementelah dia juga bencikan kanak-kanak. Syazan mengamalkan penggunakan pil perancang walaupun Raimei tidak sabar hendakkan anak dari perkahwinan mereka. Namun, Syazan tetap mengandung. Sejak itu, Syazan mula berubah. Dia tidak berkongsi kegembiraan bersama Raimie yang tidak sabar menerima kandungan itu. Syazan mula menyendiri. Dia benci dengan hidupnya ketika itu, lebih-lebih lagi bentuk tubuhnya ketika mengandung yang dirasakan hodoh. Sehinggalah Cherryl mencadangkan Syazan menggugurkan kandungan itu.

Loading...

Tags: #kesudahan drama maaf tak indah #lagu tema drama maaf tak indah #maaf tak indah drama #pelakon drama maaf tak indah #sinopsis drama maaf tak indah #Syazan dan Raimie maaf tak indah #tv3 maaf tak indah

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.