Kenali Noor Nabila, Isteri Tercinta Sharnaaz Ahmad

Nabila Noor

Nama Noor Nabila Mohd Noor atau mesra disapa Nabila tiba-tiba sensasi dan tular di media sosial setahun yang lalu.

Ini kerana, si cantik manis berkenaan merupakan buah hati kepada pelakon kacak bertubuh sasa, Sharnaaz Ahmad pada ketika itu.

Setelah dua tahun menyulam cinta, Nabila dan Sharnaaz disatukan sebagai suami isteri pada 31 Mac 2017 setelah dirisik pihak lelaki pada 18 Disember 2016.

Jangan buang masa, jom kenali isteri tercinta pengacara program Gempak Superstar ini.

Trivia Menarik Noor Nabila

1. Kakak kepada selebriti popular negara

Merupakan kakak kepada pengacara, pelakon dan usahawan hijab berjaya iaitu Neelofa. Nabila merupakan anak kedua daripada sembilan adik-beradik.

2. Mempunyai darah kacukan tiga negara

Di sebalik wajahnya yang cantik, Nabila memiliki darah campuran Melayu (Malaysia), Pakistan dan Arab.

3. Perkahwinan kali kedua

Sebelum bergelar isteri kepada Sharnaaz Ahmad, Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada Julai 2013 namun bercerai setahun kemudian.

4. Berkenalan menerusi Neelofa

Hubungan pasangan suami isteri ini bermula selepas Nabila meminta Neelofa untuk diperkenalkan beliau kepada Sharnaaz. Bagamanapun, Sharnaaz membalas salam perkenalan berkenaan setahun kemudian sebelum mula mengenali diri dan menjalinkan hubungan cinta antara satu sama lain.

5. Orang kuat Naelofar Hijab

Nabila merupakan Pengarah Urusan kepada Naelofar Hijab Prima Internasional Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam urus tadbir syarikat dan bisnes.

Biodata Ringkas Noor Nabila

Nama Penuh: Noor Nabila Mohd. Noor
Nama Panggilan: Nabila
Tarikh Lahir: 4 September 1984
Umur: 33 Tahun (2017)
Asal: Pasir Mas, Kelantan
Keluarga: Anak kedua daripada sembilan beradik
Status: Berkahwin
Nama Suami: Sharnaaz Ahmad
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Laman Sosial Noor Nabila

Gambar menarik Noor Nabila

gambar-nabila-noor-melancong-dengan-suami-300x300 Kenali Noor Nabila, Isteri Tercinta Sharnaaz Ahmad gambar-nabila-noor-300x300 Kenali Noor Nabila, Isteri Tercinta Sharnaaz Ahmad pasangan-secocok-nabila-noor-sharnaaz-300x300 Kenali Noor Nabila, Isteri Tercinta Sharnaaz Ahmad pasangan-suami-isteri-noor-nabila-dan-sharnaaz-300x300 Kenali Noor Nabila, Isteri Tercinta Sharnaaz Ahmad

azlan-150x150 Kenali Noor Nabila, Isteri Tercinta Sharnaaz Ahmad

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bekas suami noor nabila #Biodata Noor Nabila #kakak neelofa #kenapa noor nabila bercerai #Noor Nabila #noor nabila biodata #Noor Nabila Isteri Sharnaaz Ahmad #noor nabila janda #Noor Nabila Kakak Neelofa #noor nabila mohd noor bercerai #noor nabila umur #noor nabila wikipedia #siapa nabila noor #Trivia Menarik Noor Nabila #umur isteri sharnaaz ahmad

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Kenali Noor Nabila, Isteri Tercinta Sharnaaz Ahmad"