6 Cara Mudah Jaga Kesihatan di Tempat Kerja

Kerja Office

Bagi yang bekerja dalam pejabat, kebanyakan masa anda dihabiskan duduk ketika sedang bekerja. Kadang kala postur duduk anda yang salah boleh mengakibatkan masalah kesihatan.

Menurut pakar perubatan barat, 75% punca keletihan, sakit otot dan sakit sendi adalah disebabkan oleh cara duduk yang salah semasa menghadap komputer dan 25% lagi adalah kegagalan untuk seimbangkan waktu kerja dan waktu rehat.

Di bawah, dikongsikan enam cara mudah untuk jaga kesihatan anda di tempat kerja.

1.Sakit Kaki

Jangan silangkan kaki anda. Ia akan menjejaskan peredaran darah, menekan urat kaki dan turut menyebabkan ketidakselesaan dalam bentuk sindrom kaki kebas. Apa yang boleh anda lakukan ialah pastikan kerusi anda berada dalam ketinggian yang selesa. Pastikan kaki anda tidak tergantung  sewaktu anda duduk dan tepi tempat duduk anda tidak menekan lutut anda.

Letakkan kaki anda di atas lantai atau di atas tempat letak kaki khas supaya kaki anda berada dalam kedudukan yang lebih sedikit dari 90 darjah.

2.Sakit Belakang

Kedalaman kerusi perlu sepadan dengan panjang pinggul anda. Jika anda duduk di atas kerusi yang terlalu besar, letakkan bantal di bawah pinggang anda untuk menyokong badan anda. Jika tidak, badan anda akan melurut ke bawah dan ini akan mengakibatkan  ketegangan dan kesakitan pada belakang anda.

Kerusi perlu mempunyai belakang yang selesa dengan lengkungan semula jadi agar belakang anda tidak berada dalam bentuk ‘tanda tanya’. Jangan tergesa-gesa untuk mengubah kedudukan sekirannya anda rasa tidak selesa.

Biarkan otot anda mengambil masa untuk sesuaikan dengan postur yang betul. Sesetengah dari otot anda akan berehat dan postur anda akan menjadi lebih sihat namun ia tidak akan berlaku dengan serta merta.

3.Tangan Yang Keletihan

Apabila anda bekerja menggunakan komputer, tangan anda mungkin akan cepat letih. Beban dan kedudukan yang salah boleh menyebabkan sakit serta kebas di bahagian tangan pada waktu pagi. Kedudukan yang betul adalah dengan memastikan papan kekunci dan tetikus berada  di paras siku anda. Pergelangan tangan anda harus lurus dan tangan anda perlu dibengkokkan pada siku pada sudut 90 darjah dan harus diletakkan di atas meja sebagai sokongan.

4.Sakit Leher

Untuk elak dari sakit leher dan kepala, amat penting sekali untuk membetulkan kedudukan skrin komputer anda. Jika ia terlalu rendah, maka anda perlu bengkokkan badan anda ke belakang dan ini akan memberi beban pada tepi hadapan cakera intervertebral dan boleh menyebabkan hernia.

Duduk di atas kerusi, tutup mata anda dan berehat. Apbila anda membuka mata anda, anda akan nampak titik bahagian tengah skrin anda. Jika perlu, letakkan alas di bahagian bawah skrin anda supaya ia berada di paras mata anda. Pastikan skrin anda betul di hadapan anda dan bukannya menghadap sisi supaya beban pada leher dan mata anda adalah minimum.

5.Letih Dan Sakit Mata

Apabila anda bekerja menghadap skrin komputer terlalu lama, anda mungkin akan mengalami sindrom yang dipanggil sindrom penglihatan komputer yang terdiri daripada penglihatan kabur, mata kering dan mata merah. Ia juga boleh mengakibatkan sakit kepala.

Betulkan posisi  skrin komputer anda sekali lagi. Menurut doktor, kedudukan optimum pusat monitor adalah pada paras mata, pada jarak kira-kira 50cm dari wajah anda. Hilangkan silau dari skrin. Jika komputer anda berada di sebelah tingkap, alihkannya atau tutup tingkap tersebut dengan langsir atau tirai. Laraskan kecerahan, kontra dan saiz tulisan (font) skrin komputer anda.

Anda juga boleh menggunakan cermin mata khas yang membantu menyaringkan sebahagian daripada spektrum. Dengan cara ini, mata anda akan kurang rasa letih dan anda boleh menjaga penglihatan anda.

Jangan lupa untuk buat senaman mata. Anda boleh melihat ke luar tingkap dan ‘imbas’ bilik dengan mata anda sekurang-kurangnya 20 saat. Anda juga boleh melakukan senaman mata yang mudah.

6.Cepat Penat

Jika anda mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan gemar mengambil makanan yang tidak berkhasiat, kolestrol akan berkumpul di dinding saluran dalaman dan merekat. Urat akan direnggangkan dan injap juga akan berhenti berfungsi. Rasa sensasi yang tidak menyenangkan akan muncul seperti sakit, cepat letih pada kaki, kaki bengkak dan tekanan darah tinggi. Gejala ini akan berlaku pada waktu lewat petang. Cuba ambil masa 15 minit untuk bersenam setiap hari.

Sumber rujukan : Majalah Jelita
Loading...

Tags: #6 Cara Mudah Jaga Kesihatan di Tempat Kerja #cara hilangkan mata keletihan #cara hilangkan sakit belakang #cara hilangkan sakit kaki #cara hilangkan sakit leher #cara mudah hilangkan tangan keletihan #jaga kesihatan di tempat kerja #kerja pejabat #penyakit kerja di pejabat

Cara Hindarkan Mulut Berbau. Agar Rasa Selesa Saat Bergaul!
Bau mulut dalam istilah medikal disebut juga dengan halitosis. Masalah mulut berbau sering
Senarai Doa Dan Persediaan Diri Wajib Anda Tahu Sebelum Masuk Hutan
Pada masa dahulu kepercayaan terhadap semangat hutan begitu tebal di kalangan orang Melayu.
Cara Memujuk Anak Menggosok Gigi, Supaya Gigi Mereka Tidak Rosak!
Anak-anak perlu diterapkan dengan tabiat menggosok gigi kerana ia adalah perkara yang sihat
5 Jenis Pokok Hiasan Mampu Hilangkan Stress Anda!
Stres boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Saban hari, pasti ada satu atau lebih