Ikuti 5 Langkah Mudah Ini Untuk Elak Akaun Instagram Anda ‘DiHack’ Oleh Anasir Jahat!

Akaun Instagram Diceroboh Hackers

Buat pengguna media sosial seperti Instagram, pastinya anda pernah mendengar atau mengetahui tentang aplikasi berkenaan sangat mudah digodam atau dihack oleh penggodam.

Bukan sahaja orang biasa bahkan instagram milik selebriti tempatan dan antarabangsa popular turut menjadi mangsa kejadian penggodaman ini.

Selain tidak dapat mendaftarkan masuk akuan, foto-foto yang terdapat dalam instagram akan hilang dan berubah secara tiba-tiba.

Dalam mengatasi masalah ini, penulis berkongsi dengan anda tentang 5 langkah mudah elakkan akaun instagram anda dihack oleh anasir-anasir jahat. Take a look!

1. Sila Aktifkan ‘Two-Factor Authentication’

Tahukah anda, Instagram mempunyai filtur keamanan yang dikenali sebagai ‘Two-Factor Authentication’ yang berfungsi menjaga keselamatan instagram yang dimiliki kita semua. Semudah ABC, anda hanya perlu klik simbol di atas kanan pada laman profil kemudian pilih Two Factor Authencation lalu aktifkan Require Security Code. Setelah mengaktifkan filtur ini, anda akan diminta memasukkan kod keamanan yang dihantar menerusi SMS setiap kali mendaftar masuk (login) Instagram dari peranti baharu. Malah, anda juga akan mendapat kod sokongan (backup code) sebagai tambahan jika anda lupa username dan password Instagram.

2. Guna Password Unik & Tidak Diketahui Orang Lain

Untuk keselamatan, anda diminta untuk tidak menggunakan nama penuh, nama panggilan atau tarikh lahir sebagai password untuk Instagram anda. Ini kerana, maklumat-maklumat ini mudah ditebak oleh penggodam atau hacker untuk menceroboh masuk ke akaun instagram anda. Oleh itu, penulis mencadangkan kepada seluruh pengguna instagram untuk menggantikan password terdahulu dengan password baharu yang lebih rumit tetapi mudah diingat oleh anda. Kalau boleh, password tersebut mestilah unik dan tidak diketahui oleh orang lain.

3. Hapuskan ‘Cache’ Pada Instagram Anda Secara Berkala

Untuk pengetahuan pembaca, beberapa hacker di luar sana mampu membaca dan menemui password anda dengan beberapa kaedah termasuklah menerusi aplikasi password generator. Jadi, anda semua disarankan untuk menghapuskan cache di aplikasi instagram secara berkala supaya media sosial anda terselamat dari dipecah masuk anasir jahat.

4. Waspada Apabila Guna Wifi Percuma

Apabila anda melayari internet dengan menggunakan wifi percuma, sentiasalah berwaspada kerana terdapat ‘mata-mata’ yang sedang memerhatikan anda. Untuk info, penggodam sangat mahir dalam mencipta wifi mereka sendiri dan menipu pengguna yang berfikiran bahawa wifi berkenaan dari kafe, restoran atau pejabat yang boleh diakses percuma meskipun secara realitinya peranti mereka sedang disambung kepada peranti penjenayah. Oleh itu, si penggodam dapat membaca dan mengetahui secara langsung apa yang diguna oleh seseorang yang menggunakan wifi tersebut termasuklah segala password media sosial yang dimiliki anda. Justeru, berhati-hatilah ketika mengguna wifi awam atau percuma.

5. Jangan Klik ‘Unknown Link’ Yang Tidak Diketahui Anda

Last but not least, anda diminta jangan menekan atau klik sebarang Unknown Link yang tidak diketahui atau kurang jelas pada anda. Kebanyakkan pautan asing sebegini dilakukan oleh hacker-hacker untuk menjerat pengguna bagi mendapatkan segala informasi peribadi berkaitan anda.

 

azlan-150x150 Ikuti 5 Langkah Mudah Ini Untuk Elak Akaun Instagram Anda 'DiHack' Oleh Anasir Jahat!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Langkah Mudah Elak Akaun Instagram Anda 'DiHack' #Akaun Instagram Kena Hack #cara elakkan password instagram digodam #Cara Mudah Elakkan Instagram Anda Dari Digodam Anasir Jahat #elak instagram digodam #hack akaun instagram #Instagram Digodam #Langkah Mudah Atasi Instagram Anda Dari Dihack Oleh Penggodam #tips elak instagram dari digodam

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.