AF Megastar 2017 Himpunkan 24 Bekas Pelajar Bermula 3 September Ini!

Af Megastar 2017

Berita baik buat peminat setia program realiti Akademi Fantasia (AF), Astro bakal menghimpunkan semula bekas-bekas pelajar program tersebut menerusi satu program baharu yang dikenali sebagai AF Megastar.

AF Megastar akan dihangatkan oleh 24 peserta AF iaitu lapan orang bekas juara dan 16 orang bekas peserta kegemaran.

Antara bekas juara AF yang bertanding pada program ini ialah Zahid AF2, Faizal AF4, Mila Jirin AF5, Shahir AF8, Faizul AF2013, Firman AF2014, Sufi AF2015 dan Amir AF2016.

Manakala, 16 bekas pelajar AF yang turut serta berentap dalam rancangan ini adalah Rosma AF1, Adam AF2, Anding AF2, Bob AF2, Amylea AF3, Marsha AF3, Idayu AF3, Nubhan AF6, Aril Pilus AF7, Adira AF8, Amir Jahari AF9, Indah Ruhaila AF2013, Azhar AF2013, Ewal AF2014, Syamel AF2015 dan Ara AF2016.

Seperti program AF terdahulu, AF Megastar masih mengekalkan sistem penjuriannya iaitu 60% dari juri profesional dan 40% ditentukan oleh undian para penonton atau AFUNDI melalui kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara atas talian (online) menerusi www.afmegastar.com.my

Dikendalikan oleh pengacara nombor satu negara iaitu Datuk Aznil Nawawi, program ini akan disiarkan secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam setiap Ahad pada 8.30 malam di saluran Astro Ria 104 bermula 3 September 2017.

Untuk pengetahuan para pembaca, AF telah bersiaran selama 13 musim dan mempunyai seramai 179 alumni sejak debut pada 3 Jun 2003.

azlan-150x150 AF Megastar 2017 Himpunkan 24 Bekas Pelajar Bermula 3 September Ini!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #AF Megastar #AF Megastar 2017 #AF Megastar Astro Ria 104 #Akademi Fantasia (AF) #Akademi Fantasia Megastar #Astro Ria 104 #Bintang Akademi Fantasia

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.