Lagu ‘Senorita’ Satukan Syamsul Yusof, Dato’ AC Mizal & Shuib Sepahtu Untuk OST Filem Abang Long Fadil 2

Lirik Lagu Senorita OST Abang Long Fadil 2

Dalam memeriahkan lagi tayangan filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan mulai 24 Ogos 2017 di seluruh Malaysia, Syamsul Yusuf berkolaborasi bersama Dato’AC Mizal dan Shuib Sepahtu menyanyikan lagu runut bunyi (OST) filem tersebut berjudul Senorita.

Kini, lagu catchy yang dihasilkan sepenuhnya oleh Syamsul bersama-sama Anwar Fazal ini seringkali diputar di corong-corong radio tempatan.

Single ini mengisahkan tentang lelaki yang jatuh cinta pada seorang wanita cantik persis bidadari dimana tidak memandang rupa paras, pangkat dan kekayaan dalam mencari cinta sejati.

Sehingga artikel ini ditulis, video muzik Senorita telah ditonton lebih 800,000 tontonan sejak dimuatnaik pada 11 Ogos lalu. Terdahulu, video lirik lagu ini mendapat sambutan yang luar biasa sehingga mencecah setengah juta tontonan dalam masa beberapa hari.

Menariknya, single ini mendapat respon positif daripada para peminat dan penggiat seni muzik tempatan.

Selain Senorita, filem arahan Syafiq Yusof ini turut menampilkan satu lagi lagu OST bertajuk Kaki Licik yang dinyanyikan oleh Zizan Razak bersama kumpulan Viral dan Lawa Nie Geng.

Di samping Zizan, Dato’ AC Mizal, Syamsul dan Shuib, filem aksi komedi terbitan Skop Productions ini juga dibintang oleh Tania Hudson, Wak Doyok, Achey, dan A Galak.

Lirik Lagu Senorita – Syamsul Yusof, Dato’ AC Mizal & Shuib Sepahtu

(Chorus)
Kau buat aku terpana,
Kau buatku hilang kata,
Kau buat tidur tak lena sampai nak naik gila,
Mandiku rasa tak basah,
Demamku tak kebah-kebah,
Jangan kau biarku rebah,
Ku mahu terus gagah.

Degup jantungku palpitasi,
Cepu mindaku halusinasi,
Mari ke sini marilah oh Senorita.
(Repeat)

Bagaikan bidadari dari syurga.
Kadang-kadang aku panggil kamu senorita.
Panggilan manja untuk buat kau suka .
Jatuh cinta mamacita!
Dia tidak pandang Evo, Lambo dia cuma cari yang jujur abang tak poyo.

Yeah cintanya bagai letrik, bukan egosentrik,
Dia suka picnic, pakai lipstik, filem klasik, memang hotchick.
Uh, fabolous marvelous tapi sangat jealous!
Uh, thats cool!

Ohh..
She’ so fine she’s so good everybody in the hood say..
Ohh..
Wanna know email, Twiiter, Facebook, IG tell me baby.

(Ulang Chorus)

(Second Verse)
Now 1 2 3 to the 4
everybody get down to the flow,
jika ada salah silap abang.. let me know,
Dia dari kuala lumpur!

Abang tiada banglo, bukan macam Pablo, money-money cash flow, oh No!

What?
Bukan saja cantik tapi juga sempurna,
Kalau ada jodoh takkan kemana.
Siapa kata abang badboy huh (2×)
I’m a good boy!

Ohh.. She’ so fine she’s so good everybody in the hood say.
Ohh.. wanna know email, Twitter, Facebook, IG tell me baby

Beriku ruang sayangku
Jangan kau kata NO dulu
Ku mahu bukti padamu
Aku soldadu kamu

Bak kata Bruno Mars dulu, I would catch grenade for you,
Aku lebih dari itu, I wanna go to Jannah with you

Cukup-cukuplah sudah
Kita main-main madah
Aku lelah, hampir rebah, engkaulah senorita…
Engkaulah senorita..

Doa dulu
Sampai waktu
Kau dan aku, satu.

Cuba goyang macam lagu boom boom pow
Tahu lagu dulu lagu boom boom pow?
Black Eyed Peas abang bukan polis
Jangan senyum sinis jangan menangis
hah.

(Ulang Chorus)

 

azlan-150x150 Lagu 'Senorita' Satukan Syamsul Yusof, Dato' AC Mizal & Shuib Sepahtu Untuk OST Filem Abang Long Fadil 2

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Filem Abang Long Fadil 2 #Lagu Senorita OST Filem Abang Long Fadil 2 #Lirik Lagu Senorita #ost abang long fadil 2 #Senorita Syamsul Yusof Dato AC Mizal & Shuib Sepahtu

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.