5 Trivia Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Kacak Sultan Brunei

Biodata Putera Sultan Brunei

Nama Pengiran Muda Abdul Mateen menjadi tular dan hangat diperkatakan di media-media sosial tempatan sejak beberapa hari lalu.

Ketularan ini berlaku dek kerana putera kepada kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah ini memiliki rupa paras yang kacak, bertubuh sasa dan mempunyai personaliti menarik dimana mampu memikat hati gadis-gadis di luar sana.

Pengiran merupakan anak hasil perkahwinan Sultan Brunei bersama bekas isteri bernama Hajah Mariam dan merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei.

Selain itu, jejaka berusia 26 tahun ini juga mewakili negaranya menerusi acara Ekuestrian Polo di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung bermula 19 Ogos hingga 30 Ogos ini.

Menariknya, Pengiran turut berentap dengan kumpulan polo Malaysia yang diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Jangan buang masa lagi, jom semak 5 trivia menarik dan ringkasan biodata Pengiran Muda Abdul Mateen ini.

1. Berpangkat Leftenan

Pada Mei 2010, Pengiran bersama-sama 200 rekrut askar telah menyertai Royal Military Academy Sandhurst. Setelah tamat menjalani latihan askar, Sultan Hassanah Bolkiah menyaksikan majlis graduasi Pengiran Muda Abdul Mateen Leftenan yang menerima kedaulatan pertama pangkat ketenteraan iaitu Leftenan di akademi berkenaan pada 2011.

2. Mementingkan Pelajaran

Selepas mengikuti rekrut di Royal Military Academy Sandhurst, Pengiran melanjutkan pengajiannya di University Of London dalam jurusan Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi yang tamat pada 2016.

3. Aktif Bersukan

Di samping sukan polo, Pengiran turut aktif dalam scuba diving, golf, tinju dan bola sepak. Bahkan, jejaka kacak ini pernah menyertai pasukan bola sepak Brunei iaitu AM Gunners. Pengiran juga mempunyai lesen memandu pesawat jet.

4. Wanita Idaman

Dipetik dari portal Daily Mail UK, Pengiran mendedahkan beberapa ciri wanita idamannya iaitu seseorang yang simple, real (jadi diri sendiri) dan tidak hipokrit (genuine). Mungkinkah anda wanita idaman Pengiran Muda Abdul Mateen?

5. Pencinta Haiwan

Menerusi instagramnya, Pengiran seringkali memuatnaik fotonya bersama haiwan kesayangan dimana beliau membela beberapa ekor kucing domestik dan harimau. Untuk pengetahuan pembaca, Pengiran hanya memiliki satu-satunya laman media sosial iaitu instagram.

Biodata Ringkas Pengiran Muda Abdul Mateen

Nama Penuh: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanah Bolkiah Mui’izaddin Waddaulah
Nama Gelaran: Pengiran Muda Abdul Mateen/ Putera Mateen
Tarikh Lahir: 10 Ogos 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Zodiak: Leo
Asal: Bandar Seri Bagawan, Brunei Darul Salam
Adik Beradik: Anak kesepuluh daripada 12 beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu Brunei
Warganegara: Brunei

Laman Sosial Pengiran Muda Abdul Mateen

Foto Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen

Biodata-Pengiran-Muda-Abdul-Mateen-e1503596112442-300x300 5 Trivia Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Kacak Sultan Brunei haiwan-peliharaan-putera-brunei-300x300 5 Trivia Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Kacak Sultan Brunei keluarga-sultan-brunei-300x300 5 Trivia Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Kacak Sultan Brunei prince-of-brunei-300x300 5 Trivia Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Kacak Sultan Brunei putera-brunei-yang-kacak-300x300 5 Trivia Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Kacak Sultan Brunei royal-prince-of-brunei-300x300 5 Trivia Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Kacak Sultan Brunei

azlan-150x150 5 Trivia Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Kacak Sultan Brunei

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak Sultan Hassanal Bolkiah #Biodata Pengiran Muda Abdul Mateen #biodata putera sultan brunei #Kenali Pengiran Muda Abdul Mateen #Pengiran Muda Abdul Mateen #Pengiran Muda Abdul Mateen Putera Brunei #Putera Mateen #Trivia Menarik Putera Mateen

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.