Kesan Merokok Di Awal Pagi & Sebelum Tidur! Ini Akibat Bakal Dihadapi Oleh Perokok Tegar!

Kesan Merokok Lepas Bangun Tidur

Bagi seorang perokok tegar, sebatang rokok di awal pagi setelah bangun dari tidur adalah seperti sesuatu perkara yang wajib. Jika tidak, semuanya rasa serba tidak kena. Begitu juga pada waktu sebelum tidur. Namun, tanpa disedari, kebiasaan tersebut perlu dihentikan kerana merokok pada awal hari lebih berbahaya daripada merokok pada siang atau malam hari.

Penelitian menunjukkan, merokok setelah bangun tidur akan meningkatkan risiko terjadinya kanser paru-paru, kanser leher dan kanser kepala. Manakala penelitian terhadap merokok sebelum tidur mendapati ia akan mempengaruhi tidur.

Menurut lifestyle.kompas.com, peneliti Joshua Muscat dari Penn State College of Medicine berkata, “Perokok pagi hari memiliki tingkatan nikotin yang tinggi  dan racun lain dari tembakau di tubuhnya. Mereka juga  lebih ketagih daripada perokok yang menahan diri untuk tidak merokok setengah jam atau lebih setelah bangun tidur.” (2011)

Untuk mengetahui mengapa ada perokok yang terkena kanser dan tidak, Muscat dan kumpulannya meneliti adakah kaitan antara risiko kanser dengan kebiasaan menghisap rokok pertama pada pagi hari. (lifestyle.kompas.com, 2011).

Menurut meetdoctor.com, kajian yang dilakukan oleh Penn State College of Medicine yang diterbitkan dalam The American Cancer Society’s journal menjelaskan:

  • Penelitian pertama melibatkan 4,775 pesakit kanser paru-paru dan 2,835 perokok lain yang tidak memiliki kanser paru-paru. Mereka yang merokok 30 minit setelah bangun tidur berisiko 179 kali lebih tinggi menderita  kanser paru-paru dibandingkan dengan mereka yang menunggu lebih dari 60 minit.
  • Orang-orang yang merokok 31 hingga 60 minit setelah bangun memiliki risiko 131 kali dibandingkan dengan mereka yang menunggu setidaknya satu jam.
  • Penelitian kedua melibatkan 1055 orang dengan kanser otak dan leher serta 795 orang yang merokok tetapi tidak menderita kanser otak dan leher. Mereka yang merokok dalam waktu 30 minit selepas bangun tidur berisiko 159 kali menderita kanser otak dan leher dibandingkan dengan mereka yang menunggu satu jam.
  • Manakala risiko perokok yang merokok 31 hingga 60 minit setelah bangun tidur adalah 142 kali daripada mereka yang menunggu setidaknya satu jam.

Dipetik dari dw.com, bagi kesan merokok sebelum tidur pula, pasukan penyelidik Universiti Rochester pada tahun 2013 melakukan eksperimen dengan tikus yang terdedah kepada asap rokok kronik. Para saintis mendapati tiada gangguan sebenar terhadap ritma sirkadian semulajadi (circadian rhythm) yang hanya menjadi lebih buruk dengan peningkatan tahap tembakau yang disedut. Akibat gangguan ritma sirkadian tidak hanya mengganggu tidur, tetapi juga meningkatkan risiko kemurungan dan gangguan psikologi lain.

Menurut kajian pada tahun 2011, merokok sebelum tidur mengakibatkan perokok 2.5 kali lebih berisiko mengalami apnea tidur, iaitu kesukaran bernafas semasa tidur. Keadaan ini berlaku kerana otot semasa tidur mengalami kelonggaran dan menutup saluran pernafasan. Perokok lebih kerap mengalaminya, kerana asap rokok mengganggu tisu di hidung dan tekak.

Manakala, menurut kajian pada tahun 2013, University of Florida mendapati semua perokok kehilangan purata masa tidur selama 1.2 minit untuk setiap rokok yang mereka hisap. Ini disebabkan oleh rangsangan nikotin dan kesan tidak merokok semasa tidur. Mereka yang merokok dua jam sebelum tidur, mengalami masalah tidur kerana nikotin mengganggu kitaran tidur-bangun semula jadi.

Menurut National Sleep Foundation, insomnia boleh disebabkan oleh keadaan psikiatri dan kesihatan serta gaya hidup. Oleh kerana nikotin adalah perangsang, perokok dengan mudah terkena insomnia jika mereka selalu mengamalkan tabiat merokok sebelum tidur.

Namun, semua sedar bahawa tabiat merokok banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan, malah ia juga turut memberi kesan kepada perokok pasif apabila tersedut asap rokok apabila berada berhampiran perokok aktif. Berikut adalah beberapa kesan buruk merokok kepada manusia:

  • Berisiko mengidap penyakit jantung

Rokok menimbulkan aterosklerosis atau dengan kata lain pembuluh darah mengeras. Keadaan ini merupakan pengumpulan zat lemak di arteri, lemak akan menghalang aliran darah dan menyebabkan penyempitan pada pembuluh darah. Jantung terpaksa bekerja keras dan tekanan berlebihan dapat menyebabkan sakit dada. Jika terdapat  lebih daripada satu bahagian arteri, serangan jantung boleh berlaku. Semakin banyak rokok diambil, semakin tinggi risiko untuk mendapat sakit jantung.

  • Mengakibatkan stroke

Ia adalah kerana kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. 10 hingga 12% kematian di Malaysia adalah disebabkan penyakit merbahaya termasuk disebabkan oleh rokok. Dan salah satunya stroke (angin ahmar) berkait rapat dengan tabiat merokok. Nikotin yang terkandung di dalam rokok akan merosakkan salur darah. Kajian saintifik telah menunjukkan, nikotin boleh menyebabkan salur darah menjadi tebal dan sempit. Dan ia akan menyebabkan saluran darah tidak lancar dan tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan akan lumpuh atau kes yang lebih kritikal boleh membawa maut.

  • Penyakit paru-paru

Tabiat merokok boleh meningkatkan risiko terkena pneumonia, emfisma dan bronchitis kronis. Sel-sel di kerongkong akan menjadi rengsa dan berubah kepada sel yang tak normal kesan daripada menyedut asap rokok bertahun-tahun.

  • Diabetis

Diabetis jua dikaitkan dengan tabiat merokok. Kajian menunjukkan merokok akan meningkatkan risiko terjadinya diabetis. Dan ia juga akan menyebabkan komplikasi lain seperti penyakit jantung, stroke, mata dan penyakit buah pinggang.

  • Sebabkan kemandulan

Kesan merokok boleh menyebabkan kemandulan di kalangan wanita. Bagi wanita yang sedang hamil pula, merokok bukan saaja menjejaskan kesihatan ibu, malah juga bayi di dalam kandungan. Asap rokok yang beracun akan meningkatkan risiko keguguran, kematian janin, lahir tidak cukup bulan dan sebagainya. Bahan kimia seperti nikotin akan diserap ke dalam tubuh ibu, dan merentasi uri ibu unutk bertindak kepada bayi yang masih dalam kandungan. Ia akan menyebabkan perkembangan otak bayi terencat semasa di dalam kandungan lagi. Anak yang bakal lahir akan mengalami masalah pernafasan dan boleh menyebabkan kematian mengejut.

  • Asma, jangkitan paru-paru dan telinga dalam kalangan perokok pasif

Siapakah perokok pasif? Perokok pasif ialah orang yang menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok secara tidak langsung. Kepekatan bahan kimia di dalam asap rokok basi adalah lebih banyak berbanding dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Asap rokok akan disedut ke dalam paru-paru tanpa ditapis. Kanak-kanak adalah golongan yang berisiko mendapat penyakit asma, paru-paru dan masalah pernafasan lain jika terdedah kepada asap rokok.

Rujukan :
http://lifestyle.kompas.com (2011)
https://meetdoctor.com (2017)
http://www.dw.com (2015)
Loading...

Tags: #akibat merokok #bahaya merokok di pagi hari #bahaya merokok sebelum tidur #bahaya merokok selepas bangun tidur #karangan keburukan merokok #kesan buruk merokok #kesan buruk merokok di awal pagi #kesan buruk merokok sebelum tidur #kesan buruk merokok selepas bangun tidur #kesan buruk tabiat merokok #kesan merokok #kesan merokok kepada kesihatan #kesan merokok terhadap individu #kesan merokok terhadap tidur #merokok #merokok awal pagi #merokok membahayakan kesihatan #merokok sebelum tidur #penyakit akibat merokok

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Comments are closed.