Kenali Firman Siagian, Bintang Gegar Vaganza 4 Berasal Dari Indonesia

Firman Siagian, Bintang Gegar Vaganza 4

Firman Siagian atau nama lengkapnya Firman Rahmat Siagian merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dunia seni hiburan Indonesia dan Malaysia.

Popular dengan lagu seperti Kehilangan, Jangan Pikirin Abang, Rindu Serindu Rindunya dan Fatwa Pujangga, anak jati Balige, Toba Samosir, Indonesia ini telah berkelana di arena seni suara selama 12 tahun.

Selain aktif menyanyi solo, figura ganteng ini juga adalah vokalis kepada kumpulan Jimi Jangkrix yang memperjuangkan muzik rock&roll, blues dan jazz.

Bintangnya kembali bersinar terang apabila menyertai program terbitan Astri Ria iaitu Gegar Vaganza (GV) 4 mulai 29 Oktober 2017 lalu. Di samping Firman, program realiti tersebut turut dijayakan oleh Liza Hanim, Aisyah, Lan, Syura dan ramai lagi.

Untuk pengetahuan para pembaca, bakat nyanyian lelaki berusia 39 tahun ini dicungkit menerusi program Indonesia Idol musim kedua di mana beliau meraih gelaran tempat ketiga menerusi rancangan berkenaan.

Apakata kita intai ringkasan dan trivia menarik penyanyi berbintang Scorpio ini di bawah.

Biodata Ringkas Firman Siagian

Nama Penuh: Firman Rahmat Siagian
Nama Komersil: Firman Siagian
Umur: 39 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 3 November 1978
Zodiak: Scorpio
Asal: Balige, Toba Samosir, Indonesia
Adik Beradik: Anak bongsu daripada sembilan beradik
Kerjaya: Penyanyi
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Warganegara: Indonesia

Lagu/Single: Kehilangan, Jangan Pikirin Abang (duet bersama Alice), Rindu Serindu Rindunya, Fatwa Pujangga, Separuh Hati, Istri Muda, Sang Garuda, Pololo, Terbang, Hatimu Batu, Melatiku, Tetap Yang Terindah, Cukup 3 Kata (duet bersama Cut Memey), Jentikan Jari, Nanti Dulu (duet bersama Kamaya), Broken Heart (duet bersama Setia Band) dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Firman Siagian

Trivia Menarik Tentang Firman Siagian

  • Menamatkan zaman solonya dengan wanita bernama Marisya Purwana Putri pada 24 Jun 2012.
  • Hasil perkahwinan berkenaan, Firman dan isteri dikurniakan dua cahaya mata iaitu Diamond Ziggy Siagian dan Saphierre Hensam Siagian.
  • Firman pernah menganggotai satu kumpulan rock yang dikenali sebagai The Fly di mana beliau menggunakan nama pentasnya sebagai Gian.
  • Figura ini juga pernah berentap di pentas program Dangdut Academy Celebrity 2 (DA Celeb 2) sebelum menyertai rancangan GV4.
  • Pernah mengalami kesakitan teruk di bahagian belakang badan akibat masalah cakera teranjak (slipped disc).
  • Beliau juga pernah membuat konsert di Malaysia iaitu Firman Siagian Live in Kuala Lumpur pada 22 Jun 2014 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
  • Sebelum diuruskan oleh JimJank Management, Firman pernah bernaung di bawah label Nagaswara dan Multiswara.
  • Sangat meminati penyanyi Indonesia yang popular sekitar 80-an, Iwan Fals.
  • Beliau juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan dua orang penyanyi popular Indonesia iaitu Kamaya dan Melinda.
  • Setakat artikel ini ditulis, Firman memiliki lebih 11,000 pengikut di Instagram dan lebih 14,000 pengikut di Facebook miliknya.
azlan-150x150 Kenali Firman Siagian, Bintang Gegar Vaganza 4 Berasal Dari Indonesia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Firman Siagian #Firman Siagian #firman siagian agama #firman siagian dan istri #Firman Siagian Gegar Vaganza 2017 #Firman Siagian Gegar Vaganza 4 #firman siagian indonesian idol #firman siagian lagu #firman siagian marissa purwana putri #firman siagian mp3 #firman siagian mualaf #Firman Siagian Penyanyi Lagu Jangan Pikirin Abang #Firman Siagian Penyanyi Lagu Kehilangan #firman siagian separuh hati lagu #Kenali Firman Siagian #Penyanyi Lagu Jangan Pikirin Abang #Penyanyi Lagu Kehilangan #Profil Firman Siagian

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.