Aizat Hassan, Pelakon Drama Kisah Yang Hilang

Aizat Hassan, Pelakon Drama Kisah Yang Hilang

Biarpun sudah lama bergelar anak wayang, jejaka bernama Aizat Hassan ini masih lagi kurang dikenali berbanding pelakon-pelakon lelaki yang lain.

Percaya atau tidak, anak jati Kuala Lumpur ini sudah memasuki tahun kelapan di lapangan seni lakonan tempatan.

Si Kolot Suamiku, Pembancuh Kopi Mr Vampire, Sha & Shah, PA Encik Monster dan Urusan Hati Cik Drama Queen merupakan sebahagian drama bersiri lakonan lelaki berusia 24 tahun ini.

Selain di kaca televisyen, anak bongsu daripada tujuh beradik ini juga berlakon di layar perak. Antara filem yang telah dibintanginya adalah Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi, Dorm Melati dan Isteri Untuk Dijual.

Dalam perkembangan terkini, Aizat atau nama sebenarnya Rohaizat Hassan bakal tampil dengan drama terbaharu berjudul Kisah Yang Hilang yang bakal disiarkan menerusi slot Seramedi di saluran TV3 tidak lama lagi. Drama berkenaan turut dijayakan oleh Izzue Islam, Eyka Farhana, Wan Gegau dan Epy Kodiang.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan jejaka berbintang Libra ini.

Biodata Ringkas Aizat Hassan

Nama Penuh: Rohaizat Hassan
Nama Komersil: Aizat Hassan
Umur: 24 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 14 Oktober 1993
Zodiak: Libra
Asal: Ampang, Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tujuh beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon

Drama/Telefilem: Kisah Yang Hilang, Pembancuh Kopi Mr Vampire, Si Kolot Suamiku, Semusim Rindu, Urusan Hati Cik Drama Hati, PA Encik Monster, Bergetar Tulang Rusuk, Ana Love Ente, Lukisan Kasih, Dia Tetap Ayah, Milik Siapa Syurga Itu, Hantu Punya Bos, Sha & Shah, Sha & Shah Raya, Melarik Awan, Sapaan Ramadhan, Qalesya, Lembing Dan Layang, Ramadhan Tanpamu, Ella Putri, Anda Telah Diprank, Gadis Kampung Paling Popular, Cinta Pandang Ke-2 dan banyak lagi.

Filem: Dorm Melati, Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi, Keranda Tok Wan Terbang, Isteri Untuk Dijual, Aku Tak Bodoh dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Aizat Hassan

Trivia Menarik Tentang Aizat Hassan

  • Aizat kini bernaung di bawah label Metrowealth International Group (MIG Production Sdn Bhd).
  • Mengetuk pintu industri lakonan menerusi filem Aku Tak Bodoh ketika berusia 16 tahun.
  • Demi minat terhadap dunia seni suara, Aizat turut menyertai program realiti nyanyian terbitan Astro Ria iaitu The Band sekitar 2014.
  • Rajin cover lagu popular seperti Harus Aku (Sufian Suhaimi), Segalanya (Haqiem Rusli), Tekad (Hazami), Dikoyak Waktu (Ronnie Hussien) dan banyak lagi menerusi akaun Instagramnya.
  • Menjadi penyeri kepada video muzik berjudul Jauh dendangan duo Hani dan Zue.
  • Mengimpikan untuk mendapat watak-watak antagonis seperti pembunuh upahan atau psiko dalam mempelbagaikan mutu lakonannya.
  • Seringkali mengikuti kelas lakonan yang dianjurkan oleh FINAS (Rumah Akror Seniman)
  • Turut mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Aizat Army.
  • Figura ini memiliki lebih 30,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Aizat Hassan, Pelakon Drama Kisah Yang Hilang

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Aizat Hassan #aizat hassan biodata #aizat hassan instagram #Aizat Hassan Pelakon Drama Kisah Yang Hilang #aizat hassan profile #aizat hassan semusim rindu #Biodata Aizat Hassan #Drama Kisah Yang Hilang TV3 #Images for Aizat Hassan #Kenali Aizat Hassan #Profil Aizat Hassan #Rohaizat Hassan #Trivia Menarik Aizat Hassan

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.