Biodata Hazami, Bintang Gegar Vaganza 4

Biodata Hazami, Bintang Gegar Vaganza 4

Norkamal Hazami Ahmad Abdul Rahman atau lebih kenali sebagai Hazami adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di lapangan seni hiburan tanah air.

Popular dengan lagu seperti Sonata Musim Salju, Mungkir Bahagia dan Kata, figura kelahiran Ipoh, Perak ini sudah berkecimpung dalam dunia seni suara selama 16 tahun.

Bukan sahaja bergelar penyanyi dan guru vokal, anak seni ini turut aktif dalam bidang penulisan lirik lagu.

Selain dinyanyikan oleh diri sendiri, Hazami turut menghasilkan lagu untuk beberapa artis popular negara termasuklah Coretan Cinta (Dayang Nurfaizah), Rawan (Azharina), Pinta (Nikki Palikat) dan Harapan (Fazli Zainal).

Bintangnya kembali bersinar terang apabila menyertai program terbitan Astro Ria iaitu Gegar Vaganza 4 (GV) mulai 29 Oktober 2017. Selain Hazami, program berkenaan turut disertai Liza Hanim, Syura, Elyana, Aqasha dan ramai lagi.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan figura berbintang Pisces ini.

Biodata Ringkas Hazami

Nama Penuh: Norkamal Hazami Ahmad Abdul Rahman
Nama Komersil: Hazami
Umur: 42 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 22 Februari 1975
Zodiak: Pisces
Asal: Ipoh, Perak
Adik Beradik: Anak kelima daripada tujuh beradik
Kerjaya: Penyanyi, Penulis Lagu & Guru Vokal
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Hazamiloveu

Lagu/Single: Sonata Musim Salju, Mungkir Bahagia, Kiblatku, Kata, Diari Cinta Kita, Maha, Bukan Aku Tak Mengerti, Sehebat Kamu, Tekad, Sonata Rindu, Yang Ku Mahu, Redha, Sebenarnya, Memang Benar, Fantasia, Satu Cinta, Ku Cinta Padamu, Jadi Pilihanku, Bukan Igauan, Inspirasi, Pasti, Tiada Dikau Tiada Daku, Ikatan Mesra Lebaran, Tidak Mungkin dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Hazami

Trivia Menarik Tentang Hazami

  • Biarpun dilahirkan di Ipoh, Perak, Hazami dibesarkan di Pulau Pinang.
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Rekaan Industri dari Brunei University West London.
  • Pernah menjadi guru vokal untuk program realiti nyanyian terbitan nTV7 iaitu Audition.
  • Turut bergelar mentor kepada protege Ayu di dalam rancangan realiti nyanyian popular TV3, Mentor pada tahun 2006.
  • Memenangi kategori Vokal Terbaik dan lagu Pop Rock di Anugerah Juara Lagu 20 (AJL20) menerusi lagu Kata dan Persembahan Terbaik di AJL 21 dengan lagu Mungkir Bahagia.
  • Album pertamanya iaitu Tekad Redha Tabah yang diterbitkan pada Julai 2003 berjaya dijual sebanyak 15,000 dan layak menerima Gold Platinum.
  • Insan seni ini juga pernah tercalon di carta lima bagi kategori Artis Lelaki Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2008.
  • Pernah ditahan di hospital beberapa hari kerana menghidap penyakit kantung darah pecah atau diverticulum yang menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak.
  • Sepanjang bergelar penyanyi, Hazami pernah bernaung di bawah label Warner Music dan Cloudworks Entertainment.
  • Makanan kegemarannya adalah ayam masak pedas dan masak lemak cili api.
  • Setakat hari ini, Hazami telah merakamkan lapan buah album iaitu Tekad Redha Tabah (2002), Kata (2005), Kiblatku (2007), Yang Pertama (2009), Running (2009), The Best Of Hazami (2013) dan ILUVU (2015).
  • Mempunyai lebih 11,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Hazami, Bintang Gegar Vaganza 4

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Hazami #Hazami #Hazami Gegar Vaganza 2017 #Hazami Gegar Vaganza 4 #Hazami Sonata Musim Salju #Kenali Hazami #Penyanyi Hazami #Profil Hazami #Trivia Hazami #Trivia Menarik Hazami

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.