Ketahui 4 Jenis Cukai Yang Ada Di Malaysia

Cukai Di Malaysia

Jenis cukai adalah pengetahuan yang mesti diketahui oleh semua orang awam. Dengan pengetahuan ini, pembayar cukai seperti kita, akan tahu di mana wang kita akan digunakan dan dibelanjakan.

4 Jenis Cukai Yang Ada Di Malaysia

Cukai adalah perlu untuk pembangunan sesebuah negara. Lagi banyak cukai yang dikutip, lagi banyak pembangunan dan projek dapat dijalankan oleh kerajaan demi kepentingan semua pihak. Jadi apakah cukai-cukai yang ada di Malaysia?

  1. Cukai Secara Langsung

Cukai langsung adalah cukai yang kita sebagai rakyat membayar secara langsung kepada kerajaan. Contoh-contoh cukai secara langsung seperti cukai pendapatan. Jenis cukai ini diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Ini bermaksud, semakin tinggi pendapatan kita, lebih banyak cukai pendapatan yang kita perlu bayar.

Bagi yang baru bekerja, buka terus fail dengan LHDN dengan mendaftar di e-daftar (kebiasaan pihak HR majikan akan uruskan semua ini). Tahukah anda jika kita tidak tinggal di Malaysia lebih dari 6 bulan, kita tidak perlu membayar cukai pendapatan?

Satu lagi jenis cukai langsung adalah Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau dikenali dengan nama RPGT. Ia adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). Kadar CHKT adalah antara 0% hingga 30%, dan bergantung kepada tempoh pegangan.

  1. Cukai Secara Tidak Langsung

Cukai tidak langsung adalah cukai yang dibayar secara tidak langsung kepada kerajaan. Contoh cukai tidak langsung adalah cukai perkhidmatan.

Pengurusan cukai perkhidmatan adalah di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Dari sudut pandangan yang lebih terperinci, contohnya apabila kita menginap di sebuah hotel atau makan di kedai-kedai tertentu, kita akan membuat pembayaran yang disertakan sekali dengan cukai perkhidmatan. Itulah jumlah cukai yang kita bayar kepada pihak hotel, dan seterusnya hotel akan membayar cukai tersebut kepada kerajaan.

  1. Cukai Jualan

Cukai jualan adalah cukai yang dikenakan ke atas pengeluar yang mengeluarkan barangan dan juga kepada pengimport yang mengimport barang. Kebanyakan item yang tertakluk kepada cukai jualan ialah sebanyak 10%. Contoh barang yang tertakluk kepada cukai jualan ialah perabot, peti sejuk, televisyen, pakaian, kasut, beg tangan dan banyak lagi barangan.

Sebagai pengguna sememangnya kita tidak didedahkan bahawa produk ini tertakluk kepada cukai jualan kerana ia tidak didedahkan kepada pengguna. Namun elemen cukai jualan telah diambil kira sebagai kos, dan peniaga telah memasukkan ke dalam harga jualan produk tersebut.

  1. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Langkah pembaharuan cukai dilaksanakan bagi memastikan sistem cukai yang lebih telus dan cekap. Kerajaan telah menghapuskan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang tersedia sebelum ini dan menggantikannya dengan cukai ke atas barangan dan perkhidmatan atau dalam bahasa Inggeris adalah Good and Service Tax (GST). Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk meluaskan sumber pendapatan negara, yang selama ini banyak bergantung kepada hasil minyak petroleum.

Cukai barangan dan perkhidmatan telah diperkenalkan di lebih daripada 160 buah negara di seluruh dunia dan telah terbukti berkesan dalam konteks ekonomi moden. Negara-negara seperti Singapura, United Kingdom, Australia dan Thailand telah lama memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan.

Loading...

Tags: #apa itu cukai pendapatan #apa itu cukai? #cukai barangan dan perkhidmatan #cukai di malaysia #cukai jualan #cukai kerajaan #cukai langsung #cukai pendapatan #cukai perkhidmatan #cukai secara langsung #good and service tax #GST #income tax #jenis cukai di malaysia #Jenis cukai malaysia #jenis-jenis cukai di malaysia #kutip cukai #service tax #syarat dikenakan cukai pendapatan

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.