5 Manfaat ‘Baby Oil’ Yang Perlu Anda Ketahui!

Produk Johnsons Baby Body Oil

Selain bayi dan kanak-kanak, baby oil atau minyak bayi sangat berguna dan memberi kebaikan kepada kita semua.

Bukan sahaja lembut dan beraroma menyenangkan, baby oil juga kaya dengan vitamin A dan mineral yang bermanfaat untuk kecantikan dan kebersihan diri.

Nah, ini 5 manfaat baby oil yang perlu anda ketahui. Let’s check the list!

1. Pembersih Solekan

Jika pencuci muka anda tidak mencukupi membersihkan sebarang solekan di wajah, apakata anda menghapuskannya terlebih dahulu dengan kapas yang dituang baby oil. Kaedah ini boleh digunakan buat anda yang takut mengalami iritasi jika memakai makeup remover. Di samping menanggalkan solekan, baby oil turut melembutkan lagi kulit wajah anda. Hebat bukan!

2. Pengganti Shaving Cream

Anda kehabisan shaving cream? Jangan risau, anda boleh gantikan shaving cream dengan baby oil buat sementara waktu bagi mencukur jambang, misai atau bulu ketiak. Mungkin hasilnya tidak semaksimal shaving cream tetapi baby oil sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah bercukur anda.

3. Pelembab Bibir

Buat yang mengalami masalah bibir kering, baby oil boleh menjadi penyelamat anda. Caranya, oleskan sedikit baby oil pada sekeliling bibir dengan urutan perlahan-lahan. Untuk kesan yang memberansangkan, lakukan rawatan ini setiap malam sebelum anda tidur.

4. Menjadikan Rambut Sihat & Bersinar

Rambut adalah salah satu aset yang berharga buat manusia terutamanya bagi wanita. Untuk mendapatkan rambut yang sihat dan bersinar, sapukan baby oil secukupnya di seluruh rambut termasuklah kulit kepala seperti saat anda memakai shampoo. Kemudian, bungkuskan rambut anda dengan tuala yang telah direndam dengan air panas selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan rambut yang kuat dan berkilau.

5. Bersihkan Telinga

Membersihkan telinga menggunakn cotton bud atau pengorek telinga merupakan antara rutin yang dilakukan oleh kita semua. Sebelum membersihkan telinga secara perlahan-lahan, jangan lupa untuk mencelup cotton bud anda pada baby oil. Pastinya, telinga anda akan menjadi lagi bersih.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Manfaat Baby Oil Perlu Anda Ketahui #Kebaikan Baby Oil #Kebaikan Minyak Bayi #Manfaat Baby Oil #Manfaat Baby Oil Untuk Kecantikan #Manfaat Minyak Bayi

Wanita, Hindari 5 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Kulit Wajah Anda Bermasalah!
Memiliki kulit wajah yang cerah, tidak berjerawat dan berseri-seri merupakan impian setiap wanita
Ulser Kornea, Pengguna Kanta Lekap Berisiko Mengalami Buta Kekal!
Mesti ada segelintir daripada anda yang gemar memakai kanta lekap dan ada ketikanya
Tanda Mengalami ACL, Kecederaan Lutut Yang Biasa Berlaku Kepada Mereka Yang Aktif Bersukan!
Kecederaan lutut atau dalam bahasa saintifiknya osteoarthritis sering dialami oleh mereka yang gemarkan
20 Fakta Mengenai Manfaat Air Sejuk & Ais Untuk Tubuh Badan Yang Jarang Diketahui!
Minuman mengandungi ais menjadi pilihan utama kerana mampu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat.

Comments are closed.