5 Kegunaan Minyak Kelapa Untuk Kesihatan & Kecantikan Anda!

Manfaat Minyak Kelapa

Amalan menggunakan minyak kelapa atau coconut oil telah diamalkan dalam kehidupan seharian sejak zaman nenek moyang kita lagi.

Selain digunakan dalam kesihatan, minyak kelapa juga bermanfaat kepada seseorang yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri.

Jika sebelum ini minyak kelapa digunakan secara tradisional tetapi kini khazanah turun-temurun berkenaan dikomersil dan mendapat permintaan luar biasa di seluruh dunia terutamanya di Asia Tenggara.

Berikut, penulis senaraikan 5 kegunaan minyak kelapa untuk kesihatan dan kecantikan buat tatapan para pembaca. Take a look!

1. Atasi Masalah Kulit Berjerawat

Buat yang mengalami kulit berjerawat, minyak kelapa mampu menjadi alternatif terbaik buat anda. Kebaikan lauric asid dan capric di dalam minyak kelapa sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah ini. Dengan menuangkan minyak kelapa pada kapas dan oleskan di bahagian berjerawat setiap hari secara rutin, pastinya memberikan kesan yang positif buat si pemakai. Ingat! Jangan pakai terlalu banyak kerana akan membuatkan wajah anda lebih berminyak.

2. Pengganti Hand Cream

Sedar atau tidak, minyak kelapa sangat sesuai dijadikan sebagai pengganti hand cream atau krim tangan (losyen) anda. Minyak kelapa dapat mengatasi masalah kulit kering dan kasar dengan memerangkap kelembapan secara semula jadi agar kulit anda menjadi kekal sihat dan cantik.

3. Merawat Masalah Sunburn & Iritasi

Seringkali terkena.sunburn apabila berlibur di pantai? Mengalami masalah iritasi akibat produk kecantikan yang tidak sesuai? Jangan risau, atasi masalah berkenaan dengan keajaiban minyak kelapa. Bukan sahaja mengurangkan kemerah-merahan pada kulit, minyak kelapa yang mengandungi SPF boleh menjadi sunblock untuk melindungi dan merawat kulit anda daripada terbakar cahaya matahari.

4. Meningkatkan Imunisasi Badan

Tahukah anda, minyak kelapa bagus untuk meningkatkan imunisasi badan terutamanya buat seseorang yang mudah jatuh sakit. Malah, minyak kelapa juga bersifat sebagai agen membantu menentang sebarang penyakit. Caranya, anda perlu telan sesudu teh minyak kelapa bagi imunisasi yang lebih tinggi.

5. Perapi Rambut

Untuk mendapatkan rambut yang hitam, tebal dan bersinar, apakata anda menggunakan minyak kelapa sebagai perapi rambut harian. Dengan satu senduk minyak kelapa, sapukan pada permukaan kulit kepala dan rambut dengan urutan perlahan-lahan. Lakukan dua atau tiga kali seminggu untuk kesan yang memberansangkan. Pastinya, ramai yang cemburu dengan rambut yang dimiliki anda.

azlan-150x150 5 Kegunaan Minyak Kelapa Untuk Kesihatan & Kecantikan Anda!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Coconut Oil #Kebaikan Minyak Kelapa Untuk Kesihatan #Kegunaan Minyak Kelapa #khasiat minyak kelapa #Manfaat Coconut Oil #Manfaat Minyak Kelapa #Manfaat Minyak Kelapa Untuk Kecantikan

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.