Restoran Kari Kambing 40 Hari, Tempat Makan Best Penggemar Kambing!

Hidangan Nasi Kari Kambing Feat

Bagi peminat dan penggemar kambing, sudah pasti nama Restoran Kari Kambing 40 Hari merupakan destinasi wajib mereka untuk melepaskan ‘gian’ tersebut terutama mereka yang menetap di negeri Johor dan kawasan sekitarnya.

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa diberi nama sedemikian, adakah kambing tersebut dimasak selama 40 hari atau adakah kambing tersebut diperap selama 40 hari dan barulah ia dimasak.

Sebenarnya, nama tersebut dipilih adalah kerana restoran tersebut dibuka selama 40 hari secara berterusan dan hanya akan ditutup untuk tiga hari sahaja.

Terletak di Kampung Haji Ghaffar, Jalan Yong Peng, Ayer Hitam, Johor, restoran ini sentiasa penuh dan tidak pernah putus dengan kehadiran orang ramai yang ingin menjamu selera tidak kira pada hari biasa mahupun hujung minggu.

Menariknya, di restoran ini, cara penyediaan nasi arab mereka kepada pelanggan adalah dengan menawarkan pengalaman makan beramai-ramai menggunakan dulang besar. Cara tersebut sesuai dipilih oleh mereka yang datang secara berkumpulan. Betul-betul rasa macam berada di majlis sambutan Maulidurasul.

Bagi mereka yang mungkin datang seorang atau sekadar berdua pula, mereka juga boleh pilih untuk menggunakan pinggan biasa sahaja tanpa menggunakan dulang.

Bukan sahaja pelanggan dari Johor dan kawasan sekitarnya sahaja, namun pelanggan dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Singapura juga sanggup datang untuk tidak melepaskan peluang menikmati keenakan nasi arab panas bersama kari kambing yang diadun bersama rempah khas tersebut.

Walaupun lokasinya agak jauh dari bandaraya Johor Bahru iaitu kira-kira 86 kilometer, namun itu bukan penghalang bagi pelanggan untuk datang dan makan di restoran tersebut.

Dari segi harga pula, bagi satu dulang nasi arab yang boleh dimakan empat hingga lima orang, hanya RM45 sahaja dan harga bagi sepinggan pula ialah RM12.

Bagi mereka yang mungkin kali pertama ingin mencuba, jangan gusar dan risau kerana tempat letak kenderaan percuma dan luas turut disediakan. Lokasinya juga mudah kerana betul-betul bersebelahan dengan Lebuhraya utara Selatan (PLUS) Ayer Hitam, Johor dan hanya tujuh kilometer dari susur keluar tol Ayer Hitam.

Namun begitu, untuk makan di sini, pelanggan harus bersabar sedikit kerana perlu beratur untuk memesan makanan dan meja yang disediakan juga cepat penuh dan perlu menunggu giliran. Kesabaran dan kepenatan menunggu pasti hilang dan berbaloi sebaik sahaja makanan siap dan terhidang di meja anda.

Selain daripada nasi arab kambing dan ayam, terdapat juga beberapa menu lain yang turut ditawarkan seperti nasi lemak dan roti canai berserta variasi air minuman seperti sirap dan limau.

Bagi mereka yang ingin menempah secara awal untuk sebarang majlis seperti hari jadi, majlis reunion dan lain-lain juga boleh berbuat demikian selain turut menyediakan perkhidmatan katering.

Alamat:
Restoran Kari Kambing 40 Hari
215, Kampung Haji Ghaffar,
Bt 5 1/2, Jalan Yong Peng,
Johor Darul Takzim.

Waktu Operasi:
Setiap hari bermula 7.30 pagi hingga 3 petang

Telefon:
Haji Anuar Abdul Aziz
019-6272243
014-6372243
07-7583128

Facebook:
Restoran Kari Kambing 40 Hari

menu-kari-kambing-150x150 Restoran Kari Kambing 40 Hari, Tempat Makan Best Penggemar Kambing! Restoran-Kari-Kambing-40-Hari-150x150 Restoran Kari Kambing 40 Hari, Tempat Makan Best Penggemar Kambing! restoran-kari-kambing-johor-150x150 Restoran Kari Kambing 40 Hari, Tempat Makan Best Penggemar Kambing!hidangan-nasi-kari-kambing-150x150 Restoran Kari Kambing 40 Hari, Tempat Makan Best Penggemar Kambing!

a63430bc-6f68-4460-a663-b092fe992402-150x150 Restoran Kari Kambing 40 Hari, Tempat Makan Best Penggemar Kambing!

Sairul Zamri Misrani

Seorang wartawan muda yang sangat suka melancong dan mengembara ke tempat-tempat baharu. Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di salah sebuah akhbar berbahasa Melayu terkemuka negara hinggalah ke saat ini.

More Posts

Follow Me:
facebook Restoran Kari Kambing 40 Hari, Tempat Makan Best Penggemar Kambing!

Loading...

Tags: #Kari kambing 40 hari #Kari kambing ayer hitam #Penggemar kambing #Restoran kari kambing 40 hari #tempat makan berdekatan ayer hitam #tempat makan best johor #tempat makan di johor

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Restoran Kari Kambing 40 Hari, Tempat Makan Best Penggemar Kambing!"