Resepi Masakan Nasi Goreng Tom Yam Versi Thai

Nagi Goreng Tom Yam

Resepi Nasi Goreng Tom Yam Versi Thai

Bahan-bahan :

  • 2 mangkuk nasi putih (dileraikan)
  • 2 biji telur
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 1/2 sudu besar Paste Tom Yam Thai
  • Sedikit kobis dan sawi (dipotong)
  • 5 biji cili padi (ditumbuk)
  • 1- 2 helai daun limau purut (dihiris halus)
  • 1 batang serai (dihiris halus)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Sedikit hirisan lengkuas
  • 10 ekor udang (terpulang)
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.
  2. Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi . Goreng hingga wangi.
  3. Masukkan udang , Paste Tom Yam Thai dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.
  4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau serata.
  5. Masukkan nasi dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sekata.
  6. Masakan sedia dihidangkan dengan taburan bawang goreng.

Carian Berkaitan

resepi nasi goreng tomyam

Encik Shino

Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #bahan bahan memasak Nasi Goreng Tom Yam Versi Thai #cara memasak Nasi Goreng Tom Yam Versi Thai #menu Nasi Goreng Tom Yam Versi Thai #nasi goreng tom yam #nasi goreng tomyam #resepi Nasi Goreng Tom Yam Versi Thai

Jom Belajar Memasak Bakso Ala Indonesia!
Bahan-bahannya: *Resepi untuk 7 hingga 8 orang makan. 1/2 bungkus bihun dicelur hingga
Resipi Kerabu Kaki Ayam
Bahan-bahannya : 12 ketul kaki ayam dibersihkan dan dipotong dua 1 biji bawang
Cara Menyediakan Jus Kedondong Asam Boi
Bahan-bahan : 12 biji buah kedondong 10 biji asam boi jenis putih 4
Resipi Air Jagung Special
Bahan-bahan : Kordial perisa jagung Air Gula secukup rasa 1/2 tin Jagung manis

Comments are closed.