10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!

10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!

Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari suatu destinasi ke destinasi lain dengan jarak sederhana dan jauh, ini senarai 10 syarikat penerbangan dengan tambang murah terbaik di dunia. Senarai ini dikeluarkan oleh Skytrax.

10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia

  1. Ryanair

ryanair 10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!

Ryanair ialah syarikat penerbangan rendah Ireland yang berpusat di Dublin. Ryanair mula beroperasi sejak 1984 dan mendapat anugerah salah satu daripada sepuluh penerbangan termurah pada 2017, dengan tambah serendah $96 (RM395) untuk kesemua trip, bagi lebih 190 destinasi yang ditawarkan. Tambahan pula, keselesaan sepanjang penerbangan adalah keutamaan bagi syarikat penerbangan ini.

  1. Pegasus Airlines

Pegasus-Airlines 10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!

Pegasus Airlines merupakan syarikat penerbangan tambang rendah Turki yang berpusat di Istanbul. Kos penerbnagan minima yang ditawarkan untuk setiap destinasi adalah serendah $95 (RM390) dan syarikat penerbangan ini menawarkan banyak kemudahan dan keistimewaan kepada penumpang seperti ektra bagasi, ruang kaki yang luas, pengangkutan di lapangan terbang serta servis parkir.

  1. Onur Air

Onur-Air 10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!

Seterus dalam senarai ini ialah Onur Air, sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang juga berpusat di Istanbul, Turki. Syarikat ini menawarkan harga istimewa iaitu $80 (RM328) kepada penumpang di Turki. Ini bermakna jika anda berada di Turki dan ingin mengembara, inilah penerbangan terbaik sebagai pilihan.

  1. Atlasjet

Atlasjet 10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!

Ini sebuah lagi syarikat penerbangan dari Turki yang termasuk dalam senarai syarikat penerbangan tambang murah terbaik pada tahun 2017. Seperti Pegasus Airlines, Atlastjet berpusat di Istanbul dan menawarkan harga yang berpatutan. Syarikat ini menawarkan tambang minimum serendah $91 (RM374) untuk destinasi seperti Moscow, London dan Paris!

  1. Tigerair

Tigerair 10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!

Tigerair ialah syarikat penerbangan berpusat di Singapura. Syarikat ini telah dua kali memenangi anugerah Low Cost Airline of the Year bagi tahun 2006 dan 2010. Pada masa kini, harga biasa yang ditawarkan hanyalah pada kadar $90 (RM369).

  1. SpiceJet

SpiceJet 10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!

Berada di tangga kelima ialah SpiceJet, syarikat penerbangan tambang rendah di India. SpiveJet pada masa kini adalah syarikat penerbangan keempat terbesar di India dari segi jumlah penumpang yang diangkut. Selain menawarkan harga murah, syarikat ini pernah menerima anugerah syarikat penerbangan tambang murah terbaik Asia Selatan dan Asia Tengah dari Skytrax pada tahun 2007.

  1. FastJet

FastJet 10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!

Fastjet ialah syarikat penerbangan dengan tambang termurah yang beroperasi di Afrika. Yang menakjubkan, harga yang ditawarkan adalah serendah $76 (RM312) untuk setiap trip, menjadikan syarikat ini salah satu dalam senarai penerbangan termurah di dunia tahun 2017 dari benua Afrika.

  1. AirAsia

AirAsia 10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!

Dengan harga minimum $71  (RM291) untuk trip jarak sederhana dan jauh, AirAsia berada di tangga ketiga. AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang rendah yang berpusat di Kuala Lumpur dan merupakan penrbangan tambang murah terbesar di Malaysia. AirAsia menawarkan penerbangan ke banyak bandar di seluruh dunia, termasuklah Dubai, Melbourne dan Sydney. Manakala bagi penerbangan jarak dekat, AirAsia adalah yang terbaik dengan kadar $22 (RM89).

  1. Viva Aerobus

Viva-Aerobus 10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!

Tempat kedua bagi penerbangan dengan tambang termurah tahun 2017 ialah Viva Aerobus, syarikat penerbangan tambang murah Mexico yang berpusat di Monterrey. Tambangnya adalah dalam purata $65 (RM267) untuk destinasi-destinasi yang ditawarkan. Lebih menarik, syarikat ini juga beroperasi di Illinois, Houston, Florida, Orlando dan La Vegas.

  1. Firefly Malaysia

Firefly-Malaysia 10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!

Dan yang terakhir, di tangga pertama untuk world’s cheapest airlines 2017 ialah Firefly Malaysia. Purata harga untuk setiap trip adalah serendah $45 (RM185), harga termurah bagi kesemua penerbangan di dunia. Perkara yang negatif ialah masih beroperasi untuk hanya beberapa lokasi, tetapi servis yang ditawarkan adalah terbaik. Penerbangan ini adalah pilihan yang baik jika anda ingin mengembara ke Singapura atau Bnagkok dengan bajet rendah selain AirAsia.

Loading...

Tags: #10 syarikat penerbangan dengan tambang termurah di dunia #AirAsia #atlasJet #Aviation #FastJet #Firefly Malaysia #flight tambang murah dunia #KLIA #klia2 #low cost airlines #lowest cost airlines in the world #Onur Air #Pegasus Airlines #RyanAir #skytrax list #SpiceJet #syarikat penerbangan tambang rendah termurah di dunia #tambang murah flight #TigerAir #top 10 syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia #Viva Aerobus #world’s cheapest airlines 2017

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!"